Theo Hernández

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Theo Hernández
Theo Hernández.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhTheo Bernard François Hernández[1]
Tarikh lahir (1997-10-06) 6 Oktober 1997 (umur 22)[2]
Tempat lahirMarseille, Perancis
Ketinggian1.84 m
Posisi permainanBek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkiniMilan
Nombor19
Kerjaya remaja
2006–2007Rayo Majadahonda
2007–2015Atlético Madrid
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2015–2017Atlético Madrid B9(0)
2016–2017Alavés (pinjam)32(1)
2017–2019Real Madrid13(0)
2018–2019Real Sociedad (pinjam)24(1)
2019–Milan0(0)
Pasukan kebangsaan
2015Perancis B184(0)
2015–2016Perancis B199(0)
2016Perancis B203(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 7 Julai 2019 (UTC).
† Kemunculan (Gol).

Theo Bernard François Hernández (Sebutan bahasa Perancis: [teo ɛʁnɑ̃dɛz, - ɛʁnandɛs]; lahir 6 Oktober 1997) merupakan seorang pemain bola sepak Perancis yang bermain di posisi bek kiri untuk kelab Itali, A.C. Milan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Atlético Madrid[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Marseille, Hernández menyertai akademi Atlético Madrid pada tahun 2007 semasa berusia sembilan tahun.[3] Selepas melalui perkembangan yang baik di akademi, beliau dimasukkan ke dalam pasukan simpanan yang beraksi di Tercera División pada musim panas 2015.

Pada 3 Februari 2016, Hernández telah memperbaharui kontraknya. Dua hari berikutnya, beliau telah dipanggil ke skuad senior untuk menghadapi perlawanan La Liga menentang SD Eibar[4] tetapi beliau hanya duduk di bangku simpanan dan menyaksikan pasukannya meraih kemenangan 3-1.

Pada 4 Ogos 2016, Hernandez telah memperbaharui kontraknya sehingga tahun 2021 dan seterusnya dipinjam ke kelab Deportivo Alavés untuk tempoh satu tahun.[5] Beliau melakukan penampilan sulungnya pada lewat bulan tersebut ketika perlawanan menentang Sporting de Gijón.

Pada 16 Oktober 2016, Hernandez telah dilayangkan kad merah ketika perlawanan menentang Málaga CF selepas melakukan terjahan keras ke atas Ignacio Camacho. Beliau menjaringkan gol sulungnya pada 7 Mei dalam perlawanan menentang Athletic Bilbao.

Hernández membantu pasukannya untuk mara ke perlawanan akhir Copa del Rey buat kali pertama dalam sejarah kelab yang berusia 91 tahun. Beliau telah menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan akhir tersebut pada 27 Mei 2017 yang menyaksikan pasukannya tunduk kepada Barcelona 3-1.[6]

Real Madrid[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Julai 2017, Hernández menandantangani kontrak selama enam tahun bersama Real Madrid selepas membayar kos perpindahannya sebanyak €24 juta.[7][8] Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 16 Ogos dengan menggantikan Marco Asensio ketika menentang Barcelona dalam kejohanan Supercopa de España 2017.[9]

Hernández melakukan tiga penampilan sepanjang kempen Liga Juara-Juara[10] sekali gus membantu kelabnya meraih kejayaan kejohanan Eropah tersebut buat kali ketiga berturut-turut.[11] Pada 10 Ogos 2018, beliau telah dipinjamkan ke Real Sociedad.[12][13]

Milan[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Julai 2019, Hernández berpindah ke kelab Serie A, A.C. Milan dalam rundingan yang menelan kos perpindahan sebanyak €20 juta.[14][15]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bapa Hernández, Jean-François juga merupakan seorang pemain bola sepak. Lucas Hernandez merupakan abangnya yang merupakan pemain pertahanan untuk kelab Atlético Madrid. Keluarganya berasal daripada keturunan Sepanyol.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 15 Mac 2019.[16]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Sepanyol Alavés 2016-17 32 1 6 1 38 2
Sepanyol Real Madrid 2016-17 13 0 6 0 3 0 1 0 23 0
Sepanyol Real Sociedad 2016-17 20 1 4 0 24 1
Jumlah kerjaya 74 2 16 1 3 0 2 0 95 3

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Real Madrid

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hernandez, Theo Bernard Francois" (dalam bahasa Sepanyol). Madrid Football Federation. Dicapai 15 June 2019. 
  2. ^ "FIFA Club World Cup UAE 2017: List of players: Real Madrid CF" (PDF). FIFA. 16 December 2017. m/s. 5. Dicapai 23 December 2017. 
  3. ^ "Lucas y Theo Hernandez, sociedad defensora ilimitada" [Lucas and Theo Hernandez, defensive company unlimited]. Mundo Deportivo (dalam bahasa Sepanyol). 17 September 2014. Dicapai 21 July 2016. 
  4. ^ "Simeone forced into rookie back line for Eibar visit". Diario AS. 5 February 2016. Dicapai 21 July 2016. 
  5. ^ "Theo Hernandez renews until 2021". Atlético Madrid. 4 August 2016. Dicapai 4 August 2016. 
  6. ^ "Barcelona salvage season with Copa del Rey win against Alaves". ESPN FC. 27 May 2017. Dicapai 5 July 2017. 
  7. ^ "Real Madrid sign Theo Hernandez from Atletico Madrid on six-year deal". ESPN. 5 July 2017. Dicapai 5 July 2017. 
  8. ^ "Official announcement: Theo Hernandez". Real Madrid C.F. 5 July 2017. Dicapai 5 July 2017. 
  9. ^ "Real Madrid 2 Barcelona 0 (5–1 on aggregate): Woeful Barca dismissed as Zinedine Zidane's unstoppable side win Super Cup". The Daily Telegraph. 16 August 2017. Dicapai 20 July 2018. 
  10. ^ "Así llegan Real Madrid y Liverpool a la final de la Champions" [That is how Real Madrid and Liverpool arrive to the Champions final] (dalam bahasa Sepanyol). RCN Radio. 25 May 2018. Dicapai 20 July 2018. 
  11. ^ "Madrid beat Liverpool to complete hat-trick". UEFA. 26 May 2018. Dicapai 28 May 2018. 
  12. ^ "Official announcement: Theo Hernández". Real Madrid C.F. 10 August 2018. Dicapai 10 August 2018. 
  13. ^ "Agreement for Theo Hernández to play on loan". Real Sociedad. 10 August 2018. Dicapai 10 August 2018. 
  14. ^ "Official Announcement: Theo Hernández". Real Madrid CF. 6 July 2019. Dicapai 6 July 2019. 
  15. ^ "Theo Hernandez is Rossonero". A.C. Milan. 6 July 2019. Dicapai 6 July 2019. 
  16. ^ "T. Hernández". Soccerway. Perform Group. Dicapai 10 April 2017. 
  17. ^ "Real Madrid 2–1 Man. United". UEFA. Dicapai 8 August 2017. 
  18. ^ "Cristiano Ronaldo free-kick fires Real Madrid to Club World Cup glory". The Guardian. 16 December 2017. Dicapai 18 December 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]