Ismawi Zen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Prof. Dr. Ismawi bin Zen adalah pensyarah Jabatan Senibina Lanskap, Kulliyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Sarawak tahun 2010.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dr.Ismawi yang berasal dari Kampung Gedong, Samarahan, Sarawak memulakan kerjayanya sebagai penolong pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia pada 1978. Pada 1996 beliau menjadi Pensyarah dan Dekan Kulliyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, UIAM. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Rektor UIAM dari 1999 hingga 2005.

Panel arkitek Masjidil Haram[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik oleh Kerajaan Arab Saudi mengetuai barisan panel arkitek untuk pembangunan semula bandar Mekah termasuk Masjidil Haram, supaya menjadi lebih luas, mesra alam, dan selamat.Panel arkitek itu terdiri daripada 16 syarikat arkitek antarabangsa dari 13 negara termasuk Arab Saudi, Malaysia, Mesir, Jordan, Jepun, Jerman, Perancis, Switzerland, England, India, dan Afrika Selatan.

Tokoh Maal Hijrah Sarawak 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Disember 2010, Prof. Dr. Ismawi bin Zen dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Sarawak di Dewan Suarah, Bintulu, Sarawak. Anugerah itu disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Abang Barieng sempena sambutan Maal Hijrah 1432/ 2010.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]