Issa Diop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Issa Diop
Issa Diop (2018-04-21).jpg
Diop bersama Toulouse pada 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Issa Laye Lucas Jean Diop[1]
Tarikh lahir (1997-01-09) 9 Januari 1997 (umur 24)[2]
Tempat lahir Toulouse, Perancis
Ketinggian 1.94 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
West Ham United
Nombor 23
Kerjaya remaja
2004–2006 Balma SC
2006–2015 Toulouse
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2015 Toulouse B 7 (0)
2015–2018 Toulouse 85 (6)
2018– West Ham United 54 (4)
Pasukan kebangsaan
2013 Perancis B16 4 (0)
2013 Perancis B17 5 (0)
2015 Perancis B18 2 (0)
2015–2016 Perancis B19 20 (3)
2017 Perancis B20 3 (0)
2016–2018 Perancis B21 6 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 Februari 2020

Issa Laye Lucas Jean Diop (lahir 9 Januari 1997) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab West Ham United.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Toulouse[sunting | sunting sumber]

Diop telah dilahirkan di Toulouse dan beraksi untuk akademi kelab Balma SC sebelum berpindah ke Toulouse FC pada tahun 2006.[3] Beliau memulakan latihan pertamanya bersama skuad utama pada September 2015 dan menandatangani kontrak pertamanya pada bulan November. Beliau merupakan sebahagian daripada kemasukan besar-besaran pemain muda yang diserap ke dalam skuad utama termasuklah Alban Lafont, Zinédine Machach, Alexis Blin dan Yann Bodiger.[4]

Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam saingan Ligue 1 semasa berusia 18 tahun pada 28 November 2015 ketika aksi menentang Nice. Beliau beraksi sehingga wisel penamat dan melakukan kemunculan pertama bersama dengan rakan sepasukannya, Lafont.[5] Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika membuat penampilan keduanya pada 2 Disember 2015 dengan menewaskan Troyes 3-0.[6] Beliau seterusnya tampil dalam 21 perlawanan bersama pasukannya selain membantu pasukannya mencatatkan lapan perlawanan tidak dibolosi. Pada musim itu juga, beliau telah dibuang padang sebanyak dua kali yang mana menyaksikan prestasi pasukannya berjaya mengelakkan penyingkiran pada hari terakhir musim.[7][8]

Diop telah melakukan 30 penampilan liga ketika musim 2016–17. Beliau dijadikan sebagai kapten pasukan buat kali pertama pada April 2017.[9]

Pada musim 2017–18, Diop menjadi kapten pasukan Toulouse pada bulan Oktober. Pasukannya berjaya melangkah mara ke peringkat suku akhir Coupe de France tetapi bergelut dalam saingan liga dengan berjaya mengelakkan penyingkiran pada perlawanan play-off menewaskan Ajaccio pada Mei 2018.

West Ham United[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Jun 2018, kelab Liga Perdana Inggeris iaitu West Ham United telah mengesahkan perpindahan Diop yang menandatangani kontrak selama lima tahun. Nilai perpindahan yang dilaporkan oleh media British sebanyak 22 juta euro lalu diumumkan sebagai rekod perpindahan kelab meleburkan rekod perpindahan Marko Arnautović pada Julai 2017 yang bernilai 20 juta euro.[10][11][12] Diop melakukan penampilan sulungnya di Liga Perdana Inggeris pada 25 Ogos ketika pasukannya tumbang 3-1 kepada Arsenal. Dalam perlawanan itu, beliau telah menjaringkan gol sendiri sekali gus menjadi pemain West Ham pertama yang menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan sulungnya di Liga Perdana Inggeris.[13] Pada tiga hari kemudian, Diop menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham dalam perlawanan Piala EFL menentang AFC Wimbledon selepas pasukannya dibolosi lawan hanya selepas 72 saat sepak mula. Beliau menyamakan kedudukan permainan sebelum pasukannya meraih kemenangan 3-1.[14] Beliau telah meraih pujian berikutan prestasinya menentang Arsenal dan Manchester United di samping pengurus José Mourinho memuji prestasi Diop semasa West Ham menewaskan kelabnya 3-1 dan memuji pencari bakat yang telah berjaya mengenal pasti keupayaan serta potensi Diop.[15][16] Pada 22 Februari 2019, Diop menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana Ingeris ketika pasukannya menewaskan Fulham 3-1.[17]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Diop merupakan pemain belia Perancis di setiap peringkat umur dengan melakukan kemunculan sulungnya untuk pasukan bawah-16 Perancis pada tahun 2013. Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan Perancis yang menjuarai Kejohanan Eropah Bawah-16 UEFA selain menjaringkan gol pada aksi final.[18] Tambahan lagi, Diop juga telah disenaraikan ke dalam Pasukan Pilihan Kejohanan.

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Perancis dalam perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah 2017 menentang Ukraine pada 2 September 2016.

Beliau juga layak untuk mewakili Maghribi melalui keturunan sebelah ibunya dan mewakili Senegal melalui keturunan sebelah bapanya.[19] Pada Oktober 2018, beliau menyatakan komitmennya untuk mewakili pasukan antarabangsa Perancis.[20]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Datuk Diop, Lybasse Diop juga merupakan pemain bola sepak yang pernah beraksi untuk Bordeaux serta pemain Senegal pertama yang beraksi di Ligue 1.[21] Beliau juga berasal daripada keturunan Maghribi menerusi keluarga ibunya.[22]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 29 Februari 2020.[23]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Toulouse 2015–16 21 1 1 0 1 0 23 1
2016–17 30 2 1 0 0 0 31 2
2017–18 26 2 2 0 3 0 31 2
Jumlah 77 5 4 0 4 0 85 5
England West Ham United 2018–19 33 1 2 0 3 1 38 2
2019–20 22 3 2 0 2 0 26 3
Jumlah 55 4 4 0 5 1 64 5
Jumlah kerjaya 132 9 8 0 9 1 149 10

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Perancis B19

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA U-20 World Cup Korea Republic 2017: List of Players: France" (PDF). FIFA. 11 June 2017. m/s. 5. Dicapai pada 30 August 2019.
  2. ^ "Issa Diop: Overview". Premier League. Dicapai pada 30 August 2019.
  3. ^ "Issa DIOP" (dalam bahasa Perancis). Fédération Française de Football. Dicapai pada 21 June 2018.
  4. ^ White, Adam (18 June 2018). "Issa Diop – West Ham are purchasing a future leader, but not a finished product". Get French Football News. Dicapai pada 21 June 2018.
  5. ^ "Toulouse vs. Nice - 28 November 2015". Soccerway. Dicapai pada 25 June 2018.
  6. ^ "Toulouse thrash Troyes in relegation six-pointer". Ligue de Football Professionnel. 2 December 2015. Dicapai pada 6 December 2015.
  7. ^ "FourFourTwo's 59 Best Under-21 Wonderkids in the World: 40-31". FourFourTwo. 5 October 2016. Dicapai pada 21 June 2018.
  8. ^ Wilmot, Lee (21 June 2018). "Everything you need to know about West Ham's new centre-back Diop". football.london. Dicapai pada 21 June 2018.
  9. ^ Stone, Simon (19 June 2018). "Issa Diop: West Ham sign Toulouse defender for club record £22m". BBC Sport. Dicapai pada 15 June 2018.
  10. ^ "West Ham sign sought-after French defender Issa Diop". West Ham United F.C. 19 June 2018. Dicapai pada 19 June 2018.
  11. ^ Stone, Simon (19 June 2018). "Issa Diop: West Ham sign Toulouse defender for club record £22m". BBC Sport. Dicapai pada 16 July 2018.
  12. ^ "West Ham sign French defender Diop for club record fee". Reuters. 19 June 2018. Dicapai pada 20 June 2018.
  13. ^ Oludare, Shina (25 August 2018). "Issa Diop makes Premier League history with own goal against Arsenal". Goal. Dicapai pada 26 August 2018.
  14. ^ "AFC Wimbledon 1–3 West Ham United". BBC Sport. 28 August 2018. Dicapai pada 30 September 2018.
  15. ^ Dove, Ed (30 August 2018). "Issa Diop's class shines through despite chaotic week". ESPN. Dicapai pada 30 September 2018.
  16. ^ Robson, James (29 September 2018). "Jose Mourinho hails West Ham 'monster' Issa Diop for 'dominating' Paul Pogba and Manchester United". London Evening Standard. Dicapai pada 11 October 2018.
  17. ^ Hafez, Shamoon (22 February 2019). "West Ham United 3-1 Fulham". BBC Sport. Dicapai pada 17 June 2019.
  18. ^ "Under-19 - France-Italy". UEFA. Dicapai pada 15 June 2018.
  19. ^ "Nine things you need to know about new signing Issa Diop". West Ham United F.C. Dicapai pada 20 June 2018.
  20. ^ Marteh, Danesius (11 October 2018). "West Ham's Issa Diop confirms international future is with France". BBC Sport. Dicapai pada 11 October 2018.
  21. ^ "Graine de Pitchouns – Issa Diop". Toulouse FC. 26 June 2015. Diarkib daripada yang asal pada 13 June 2018. Dicapai pada 29 January 2019.
  22. ^ "TFC: France, Sénégal, Maroc... Le capitaine Issa Diop a l'embarras du choix pour son avenir international". 20 Minutes. 12 February 2018. Dicapai pada 11 October 2018.
  23. ^ "Issa Diop". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 19 March 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]