José Mourinho

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
José Mourinho
Jose Mourinho - Inter Mailand (5).jpg

Jose Mourinho ketika membimbing Inter Milan pada 2009

Maklumat peribadi
Nama penuh José Mário dos Santos Mourinho Félix
Tarikh  lahir 26 Januari 1963 (53 tahun)
Tempat  lahir'    Setúbal, Portugal
Ketinggian 1.75 m (5 ka 8+78 in)[1]
Pasukan diurus
2000
2001-2002
2002–2004
2004–2007
2008–2010
2010–2013
2013–2015
2016–
Benfica
U.D. Leiria
F.C. Porto
Chelsea
Inter Milan
Real Madrid
Chelsea
Manchester United


* Kemunculan (Gol)

José Mário dos Santos Mourinho Félix, biasa dikenali sebagai José Mourinho, GOIH (pron. IPA /ʒu'zɛ mo'ɾiɲu/) (lahir 26 Januari 1963 di Setúbal) merupakan seorang bekas pemain bola sepak dan pengurus bolasepak berbangsa Portugis; beliau juga merupakan pengurus kelab England, Manchester United.

Beliau dikenali dan popular sebagai seorang pengurus yang paling berjaya di dunia. Mourinho melibatkan diri dalam bola sepak apabila bermain dalam Liga Kedua Portugis. Beliau mempelajari sains sukan di Universiti Teknikal Lisbon dan menghadiri kursus kejurulatihan di Britain. Beliau juga pernah bekerja sebagai guru fizikal dan guru akademik. Pada awal 1990an, beliau bekerja sebagai jurubahasa untuk Sir Bobby Robson ketika di Sporting CP dan Porto di Portugal, dan Barcelona di Sepanyol.

Mourinho mula dikenali ketika menguruskan Benfica dan Uniao de Leiria, membawa ke kedudukan yang lebih tinggi. Beliau kembali sebagai pengurus Porto pada 2002, memenangi Primeria Liga, Taca de Portugal, dan Piala UEFA pada 2003. Mourinho juga membawa pasukan itu memenangi Supertaca Dandido de Oliviera, kejuaraan liga portugis dan Liga Juara-Juara Eropah. Mourinho berpindah untuk menjadi pengurus Chelsea dan memenangi Liga Perdana Inggeris pada tahun pertama beliau dengan 95 mata. Pada tahun kedua beliau, Chelsea kekal sebagai juara pada musim berikutnya; pada musim 2006-07, Chelsea memenangi kedua-dua Piala FA dan League Cup. Mourinho meninggalkan Chelsea pada September 2007.

Pada 2008, Mourinho berpindah ke kelab Itali, Internazionale. Dalam masa tiga bulan, beliau memenangi Supercoppa Italiana dan melengkapkan musim dengan kemenangan liga. Pada 2009-10, Inter memenangi Serie A, Coppa Italia dan Liga Juara-Juara Eropah, menjadikan Mourinho antara pengurus yang memenangi Juara-Juara Eropah dalam dua kelab berbeza.Beliau memenangi Anugerah Jurulatih Ballon d'Or FIFA. Beliau menjadi pengurus Real Madrid pada 2010, memenangi Copa del Rey pada musim pertama. Pada musim berikutnya, beliau memenangi La Liga dan berjaya memenangi kejuaraan liga dalam empat negara yang berbeza: Portugal, England, Itali dan Sepanyol. Beliau kembali sebagai pengurus Chelsea apabila meninggalkan Real Madrid pada Jun 2013. Pada bulan Disember 2015, José Mourinho dipecat oleh Chelsea selepas permulaan yang longlai dalam saingan liga. Pada 26 Mei 2016, beliau dilantik sebagai pengurus baharu Manchester United.

Beliau dikenali sebagai seorang yang berpengetahuan tinggi dalam taktikal, berkarisma dan mendapat keputusan berdasarkan permainan yang cemerlang. Beliau sering dikatakan pengganti bagi pengurus Argentina, Helenio Herrera.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mourinho lahir pada 1963 di Setubal, Portugal, anak kepada Jose Manuel Mourinho Felix, dikenali sebagai Felix Mourinho dan isteri, Maria Julia Carrajola dos Santos. Bapanya bermian bola secara professional untuk Os Belenenses dan Vitoria de Setubal. Ibunya pula merupakan seorang guru sekolah rendah.

Sejak kecil, bola sepak merupakan perkara penting kepada Mourinho. Komitmen terhadap bola sepak di Porto dan Lisbon menyebabkan Felix tidak dapat selalu menjumpai anaknya. Pada usia remaja, Mourinho menonton perlawanan hujung minggu bapa beliau dan ketika bapa beliau menjadi seorang jurulatih, Mourinho mula melakukan pemerhatian dalam sesi latihan dan meninjau pasukan lawan. Mourinho ingin mengikut jejak bapanya tetapi kekurangan kualiti untuk bermain bola menyebabkan Mourinho bertindak ingin menjadi seorang pengurus bola sepak.

Ibu beliau memasukkan beliau dalam sekolah bisnes, Mourinho keluar pada hari pertama beliau, membuat keputusan untuk fokus kepad asukan, dan menghadiri Universiti Teknikal Lisbon untuk mempelajari sains sukan. Beliau mengajari pelajaran fizikal dalam banyak sekolah dan selepas lima tahun, beliau mendapat diploma. Mourinho menghadiri kursus jurulatih yang diadakan oleh Persatuan Bola Sepak England dan Scotland, beliau mempelajari teknik psikologi dan motivasi teori.

Kerjaya pengurusan[sunting | sunting sumber]

Mourinho menjadi seorang jurulatih untuk pasukan muda di Vitoria de Setubal pada awal 1990an. Beliau menjadi pembantu jurulatih di Estrela da Amadora, kemudian peninjau di Ovarense. Kemudian pada 1992, Bobby Robson melantik beliau sebagai jurubahasa apabila Robson mendapat jawatan sebagai jurulatih di Sporting CP. Mourinho dan Robson mula berbincang mengenai taktik dan kejurulatihan dalam tugus mengalih bahasa. Robson dipecat oleh Sporting pada Disember 1993. Apabila FC Porto melantik beliau sebagai pengurus, Mourinho juga turut berpindah. Ketika di Porto, Mourinho dilantik sebagai pembantu Robson apabila Porto capai ke perlawanan separuh akhIr Liga Juara-Juara Eropah pada 1993-94, dan memenangi 1993-94 Taca de Portugal, Kejuaraan Portugal 1994-95, 1995-96 dan pada 1994, 1995 dan 1996 Piala Super Portugis.

Selepas 2 tahun di Porto, Mourinho dan Robson berpindah ke FC Barcelona pada 1996. Mourinho dan keluarga juga turut berpindah ke Barcelona dan beliau dikenali sebagai orang penting untuk menterjemah dalam sidang media, sesi pelan latihan dan membantu pemain-pemain melalui nasihat taktikal dan analis pihak lawan. Robson dan Mourinho merupakan gandingan yang baik, Robson mencadangkan stail serangan manakala Mourinho dari segi pertahanan. Kerjasama antara mereka menyasikan Barcelona memenangi Piala Juara-Juara Eropah. Robson berpindah ke kelab lain musim berikutnya tetapi Mourinho dikekalkan.

Mourinho bekerja sebagai pembantu Louis van Gaal di Barcelona, beliau mula mempelajari stail van Gaal dan membandingkan perbezaan antara kedua-dua jurulatih itu. Barcelona memenangi La Liga dua kali pada dua tahun pertama Van Gaal. Van Gaal menyaksikan bahawa pembantu-pembantunya lebih dari hanya menjadi pembantu. Van Gaal membiarkan Mourinho mengambil alih pasukan utama (berlakon menjadi pembantu Mourinho) untuk beberapa trofi seperti Copa Catalunya, dimana Mourinho memenanginya pada 2000.

Benfica[sunting | sunting sumber]

Mourinho dilantik sebagai pengganti Jupp Heynckes untuk menjadi pengurus Benfica pada September 2000. Menurut laporan, Benfica mahu melantik Jesualdo Ferreira sebagai pembantu Mourinho tetapi beliau menolak dengan melantik Carlos Mozer, bekas pertahanan Benfica sebagai orang kanan beliau.

Mourinho dan Mozer membuktikan kombinasi yang popular, memenangi 3-0 menentang Sporting pada Disember 2000. Ianya menjadi risiko untuk presiden kelab, Joao Valee Azevado dan yang baru dilantik, Manuel Vilarinho apabila beliau mahu meletakkan posisi bekas pemain Toni sebagai jurulatih baharu. Walaupun Vilarinho tidak mahu memecat beliau, Mourinho menggunakan kemenangan ke atas Spoting untuk menguji kesetiaan presiden dan meminta beliau untuk memanjangkan kontrak. Vilarinho menolak permintaan tersebut dan terus meletak jawatan. Beliau meninggalkan kelab itu pada 5 Disember 2000 selepas hanya menjaga 9 perlawanan.

União de Leiria[sunting | sunting sumber]

Mourinho menjadi pengurus Uniao de Leiria pada Julai 2001. Ketika di kelab itu, pasukan itu bertanding untuk kedudukan ketiga dan keempat pada Januari. Selepas kemenangan 2-1 menentang Pacos de Ferreira pada 27 Januari, pasukan itu berada ditempat ketiga, satu mata dihadapan Porto dan tiga mata dihadapan Benfica.

Porto[sunting | sunting sumber]

Beliau menggantikan Octavio Mochado sebagai pengurus Porto pada Januari 2002. Beliau telah membantu Porto menjuarai liga Portugal selain memenangi Piala UEFA pada tahun 2003. Pada musim berikutnya, beliau telah membantu pasukannya mengekalkan gelaran liga bersama Porto. Mourinho juga berjaya membawa Porto memenangi Liga Juara-Juara UEFA pada tahun 2004 selepas menewaskan AS Monaco 3-0 di perlawanan akhir.

Chelsea[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, ia telah diumumkan bahawa Jose Mourinho akan menggantikan Claudio Ranieri sebagai pengurus baharu Chelsea. Semasa sidang media pertamanya, Mourinho berkata, Jangan memanggil saya seorang yang sombong, tetapi apa yang saya cakap ini adalah benar. Saya ialah juara Eropah. Saya menganggap diri saya ini ialah Yang Teristimewa. Dan pada ketika itulah media mula memanggil Mourinho Yang Teristimewa. Mourinho telah membantu Chelsea memenangi Liga Perdana Inggeris dan Piala FA pada tahun 2005 di musim pertamanya. Mourinho sekali lagi berjaya membawa Chelsea menjuarai liga pada tahun 2006. Mourinho kembali membantu Chelsea menjuarai Piala FA dan Piala Liga Inggeris pada tahun 2007. Beliau meninggalkan Chelsea pada bulan September 2007 selepas permulaan yang tidak konsisten.

Inter Milan[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mei 2008, Mourinho disahkan menjadi pengurus baharu pasukan dari Itali, Inter Milan. Beliau menjulang trofi pertama bersama Inter apabila memenangi Supercoppa Italiana kira-kira 3 bulan beliau menjawat jawatan pengurus pasukan tersebut. Beliau juga membantu Inter Milan muncul naib juara Serie A di musim pertamanya. Pada musim keduanya, beliau membantu pasukannya menjuarai treble pada tahun 2010, iaitu memenangi Serie A, Coppa Italia dan Liga Juara-Juara UEFA selepas menewaskan Bayern Munich 2-0 di Madrid, Sepanyol yang menyaksikan petemuan semula Mourinho dengan pengurus yang pernah bekerja dengannya di Barcelona, Louis van Gaal yang melatih Bayern Munich. Hasil pencapaian tersebut, Mourinho berjaya merangkul Anugerah Pengurus Terbaik FIFA Ballon D' Or 2010. Mourinho meletak jawatan selepas beliau bersetuju untuk mengendalikan pasukan Real Madrid.

Real Madrid[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010, Jose Mourinho sah menjadi pengurus baharu Real Madrid menggantikan Manuel Pellegrini. Dalam perlawanan El Clasico menentang Barcelona, Real Madrid dibelasah 5-0 di Camp Nou. Mourinho menganggap perlawanan paling buruk dalam kariernya. Mourinho membantu Real Madrid menjuarai Copa del Rey selepas menewaskan Barcelona 1-0 di perlawanan akhir. Di musim keduanya, Real Madrid menghadapi Piala Super Sepanyol, Mourinho melakukan kontroversi apabila beliau dikatakan mencucuk mata penolong jurulatih Barcelona, Tito Vilanova. Beliau membantu Real Madrid menjuarai La Liga buat kali pertama sejak 4 tahun dan menang El Clasico keatas Barcelona 2-1. Dalam musim ketiganya, Mourinho melanjutkan kontraknya bersama Real Madrid sehingga tahun 2016. Namun, Mourinho gagal membawa Real Madrid mempertahankan liga, tetapi sekadar naib juara, mereka juga tersingkir di separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA ditangan Borussia Dortmund. Mereka berjaya ke perlawanan akhir Copa del Rey, tetapi tewas ditangan jiran setempat, Atletico Madrid. Jose Mourinho menganggap musim 2012–13 merupakan musim terburuk dalam kariernya. Presiden Real Madrid, Florentino Perez, mengesahkan Mourinho akan meninggalkan pasukan itu pada pertengahan tahun 2013.

Kembali ke Chelsea[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Jun 2013, ia telah disahkan bahawa Mourinho akan kembali ke Chelsea. Karier beliau kembali ke pasukan tersebut bermula apabila pasukan Chelsea tewas menerusi sepakan penalti 4-3 kepada Bayern Munich yang dikendalikan Pep Guardiola dalam Piala Super UEFA 2013. Beliau sekadar membantu Chelsea menamatkan liga di tangga ketiga dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA. Di musim keduanya, Mourinho membantu pasukannya menjuarai Piala Liga Inggeris. Chelsea mengesahkan kejuaraan liga dalam baki 3 perlawanan terakhir dengan kemenangan 1-0 keatas Crystal Palace. Dalam musim ketiganya, Mourinho telah melanjutkan kontrak kepada tiga tahun bersama Chelsea sehingga tahun 2019. Chelsea tewas 1-0 kepada Arsenal dalam Piala Perisai Komuniti di Stadium Wembley. Dalam perlawanan pertama saingan Liga Perdana Inggeris menentang Swansea City, Mourinho memarahi doktor pasukannya, Eva Carneiro kerana memberi rawatan kepada pemainnya Eden Hazard di masa kecederaan. Dua hari kemudian, Mourinho menyingkirkan Eva daripada barisan doktor pasukan. Chelsea memulakan kempen 2015–16 dengan langkah longlai, apabila mereka berada di tangga ke-16, sekadar mengumpul 11 mata selepas 12 perlawanan, dua mata dihadapan zon penyingkiran. Disaat prestasi buruk Chelsea, Mourinho menganggap Persatuan Bola Sepak England (FA) mengarut. Beliau telah didenda oleh FA sebanyak £500,000. Beliau juga telah dibuang padang ketika Chelsea tewas 1-2 kepada West Ham United pada bulan September 2015 akibat membantah keputusan pengadil memerintah pemainnya, Nemanja Matic dibuang padang selepas menerima layangan kad kuning kedua. Kontroversi itu telah menyebabkan masa depan Mourinho bersama Chelsea kian ranap. Pada 15 Disember 2015, Jose Mourinho telah dipecat oleh Chelsea selepas tewas 2-1 kepada pendahulu liga, Leicester City.

Manchester United[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Mei 2016, Jose Mourinho secara rasminya dilantik sebagai pengurus baharu Manchester United, menggantikan Louis van Gaal yang telah dipecat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:


Didahului oleh
Turki Şenol Güneş
Jurulatih Terbaik UEFA
2003-2005
Diikuti oleh:
Belanda Frank Rijkaard
Didahului oleh
Perancis Arsène Wenger
Pengurus Terbaik Barclays
2005-2006
Diikuti oleh:
Scotland Sir Alex Ferguson
Didahului oleh
Itali Carlo Ancelotti
Juara Liga Juara-Juara UEFA
2003-04
Diikuti oleh:
Sepanyol Rafael Benítez
Didahului oleh
Belanda Bert van Marwijk
Juara Piala UEFA
2002-03
Diikuti oleh:
Sepanyol Rafael Benítez
Didahului oleh
Sepanyol Rafael Benítez
Juara Piala FA
2007
Diikuti oleh:
Incumbent
Didahului oleh
Jerman Jupp Heynckes
Pengurus S.L. Benfica
2000
Diikuti oleh:
Portugal António Oliveira (Toni)
Didahului oleh
Portugal Manuel José
Pengurus U.D. Leiria
2001-2002
Diikuti oleh:
Portugal Mário Reis
Didahului oleh
Portugal Octávio Machado
Pengurus F.C. Porto
2002-2004
Diikuti oleh:
Itali Luigi Del Neri
Didahului oleh
Itali Claudio Ranieri
Pengurus Chelsea F.C.
2004-2007
Diikuti oleh:
Israel Avram Grant