Alban Lafont

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Alban Lafont
Alban Lafont (2018-04-21) 1.jpg
Lafont bersama Toulouse pada 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Alban Marc Lafont[1]
Tarikh lahir (1999-01-23) 23 Januari 1999 (umur 22)[2]
Tempat lahir Ouagadougou, Burkina Faso
Ketinggian 1.93 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Nantes (dipinjam dari Fiorentina)
Nombor 1
Kerjaya remaja
2008–2014 AS Lattoise
2014–2015 Toulouse
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2018 Toulouse 98 (0)
2018– Fiorentina 34 (0)
2019–Nantes (pinjam) 23 (0)
Pasukan kebangsaan
2015 Perancis B16 5 (0)
2015 Perancis B17 2 (0)
2016 Perancis B18 4 (0)
2017–2018 Perancis B19 5 (0)
2017–2019 Perancis B20 7 (0)
2019– Perancis B21 5 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Februari 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 November 2019

Alban Marc Lafont (lahir 23 Januari 1999) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Nantes secara pinjaman dari Fiorentina.

Selepas mencatatkan progres melalui akademi AS Lattoise, Lafont menyertai Toulouse pada tahun 2014 sebelum beliau menjadi penjaga gol paling muda yang pernah beraksi di Ligue 1 apabila beliau melakukan penampilan sulungnya pada tahun berikutnya. Beliau seterusnya tampil dalam 100 perlawanan untuk Toulouse dalam semua kejohanan sebelum berpindah ke Fiorentina pada 2018.

Lafont juga mewakili pasukan antarabangsa Perancis di pelbagai peringkat umur dan tampil mewakili pasukannya ke kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 2017.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Toulouse[sunting | sunting sumber]

Lafont telah memulakan kariernya bersama kelab amatur AS Lattoise dengan beraksi di posisi pemain tengah menyerang sebelum mengubah posisi kepada penjaga gol.[3] Beliau menghabiskan masa selama enam tahun bersama Lattoise sebelum menyertai kelab Ligue 1, Toulouse pada tahun 2014.[4]

Musim 2015–16[sunting | sunting sumber]

Lafont menghabiskan masa selama lebih daripada setahun di akademi Toulouse sebelum pengendali kelab iaitu Dominique Arribagé memberikan peluang kepada beliau untuk melakukan penampilan sulung dalam perlawanan Ligue 1 pada 28 November 2015 semasa menentang Nice.[5][6] Dengan itu, beliau seterusnya menjadi penjaga gol paling muda yang pernah beraksi di Ligue 1 di kala beliau berusia 16 tahun dan 310 hari sekali gus meleburkan rekod yang dipegang oleh Mickaël Landreau.[7] Dengan menggantikan Ali Ahamada dan Mauro Goicoechea sebagai penjaga gol utama Toulouse, Lafont berjaya mencatatkan jersi bersih pada dua perlawanan kompetitifnya yang pertama sebelum akhirnya dibolosi pada aksi menentang Lorient pada 5 Disember 2015 yang berakhir dengan kekalahan 3-2. Pada Januari 2016, Lafont telah disenaraikan sebagai pemain bawah-20 tahun terbaik pada kedudukan ke-34 oleh penerbit Itali, La Gazzetta dello Sport dan tampil sebagai salah seorang penjaga gol dalam senarai itu selain pemain Milan, Gianluigi Donnarumma.[8] Selepas mengekalkan kedudukan selesa dengan mengutip sepuluh mata apabila kemasukan Lafont ke dalam skuad utama, Toulouse akhirnya berjaya mengelakkan penyingkiran pada hari terakhir musim hasil sumbangan lapan perlawanan yang mencatatkan jersi bersih tanpa dibolosi sepanjang 24 perlawanan yang disertai oleh beliau untuk kempen kali ini.[9] Pada 30 Jun 2016, beliau telah menandantangani kontrak baru bersama Toulouse yang menetapkan beliau sebagai pemain kelab itu sehingga tahun 2020.[10]

Musim 2016–17[sunting | sunting sumber]

Lafont kekal sebagai penyarung jersi nombor satu Toulouse pada musim berikutnya. Beliau memulakan kempen dengan berjaya mengekalkan jersi bersih ketika aksi menentang Marseille pada minggu pembukaan.[11] Pada 22 Oktober , beliau telah dinamakan sebagai "Pemain Terbaik Perlawanan" berikutan prestasinya yang cemerlang semasa terikat seri tanpa jaringan menentang Angers. Perlawanan itu menjadikan jersi bersih keempat yang dicapai oleh Lafont dalam sepuluh penampilan liga untuk kempen ini.[12] Tiga jersi bersih yang lain terhasil ketika perlawanan menentang Marseille, Saint-Étienne dan juara bertahan, Paris Saint-Germain.[13] Empat hari kemudian, Lafont melakukan penampilan sulungnya dalam kejohanan Coupe de la Ligue yang juga mencatatkan jersi bersih ketika pasukannya meraih kemenangan 1-0 ke atas kelab dari Ligue 2, Auxerre.[14] Seterusnya, beliau melakukan penampilan pertamanya dalam saingan Coupe de France pada 8 Januari 2017 dalam aksi kekalahan 2-1 kepada Marseille pada masa tambahan. Pada bulan berikutnya, beliau menjadi penjaga gol termuda dalam masa 30 tahun untuk beraksi dalam 50 perlawanan liga ketika pasukannya mengikat PSG 0-0.[15] Beliau menamatkan kempen ini dengan 38 penampilan dalam semua kejohanan di samping berjaya mencatatkan sebelas jersi bersih sekali gus menyaksikan Toulouse menghuni tangga ke-13 liga.[16]

Musim 2017–18[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2018, selepas meneruskan prestasi yang cemerlang bersama Toulouse, Lafont telah dinamakan oleh CIES Football Observatory sebagai pemain harapan kedua terbaik di bawah usia 20 tahun. Hanya Gianluigi Donnarumma merupakan pemain yang dinilai lebih cemerlang daripada beliau manakala pemenang anugerah Golden Boy, Kylian Mbappé di tempat ketiga.[17] Beliau melakukan penampilannya ke-100 untuk kelab pada 29 April 2018 dengan beraksi menentang Rennes pada perlawanan liga yang tamat dengan kekalahan 2-1. Beliau berjaya mencatatkan 12 jersi bersih untuk musm ini dan menyaksikan Toulouse berjaya merebut kemenangan pada pusingan play-off menewaskan Ajaccio sekali gus membantu kelab untuk mengelakkan penyingkiran ke divisyen kedua.[18]

Fiorentina[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Julai 2018, Lafont menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Itali, Fiorentina dengan nilai perpindahan yang dilaporkan sebanyak 7 juta euro termasuk bonus.[19] Penampilan sulungnya hadir pada 26 Ogos apabila beliau beraksi menentang ChievoVerona yang berkesudahan Fiorentina menang besar 6-1 pada hari ulang tahun Fiorentina ke-92.[20][21] Beliau selanjutnya melakukan 38 kemunculan pada musim itu tetapi kempen kali ini agak berbeza apabila koleksi penyelamatan bola yang cemerlang oleh Lafont telah dipadan dengan beberapa siri kecuaian oleh dirinya.[22]

Dipinjam ke Nantes[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Jun 2019, selepas kehilangan tempat kepada Bartłomiej Drągowski, Lafont kembali ke Perancis untuk menyertai kelab Nantes menerusi pinjaman selama satu musim penuh sebagai pengganti kepada pemain Nantes yang baru berpindah, Ciprian Tătărușanu.[23][24]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Lafont telah mewakili pasukan kebangsaan Perancis di pelbagai peringkat umur. Beliau telah melakukan enam penampilan untuk pasukan bawah-16 Perancis dan mengetuai pasukan itu pada tiga perlawanan berlainan. Beliau seterusnya melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-17 Perancis pada 20 Oktober 2015 ketika menentang Ireland Utara dengan mencatatkan jersi bersih pada perlawanan itu. Namun, Lafont tidak terpilih untuk mewakili Perancis ke Kejohanan Eropah 2017 kerana Toulouse menagih akan khidmatnya pada dua baki perlawanan terakhir Ligue 1 yang bergelut untuk mengelakkan penyingkiran.[25]

Pada September 2016, Lafont telah disenaraikan ke dalam skuad pasukan bawah-18 Perancis oleh pengurus Bernard Diomède untuk menghadapi Kejohanan Limoges 2016.[26] Beliau tampil sebagai penjaga gol utama Perancis dan menamatkan kejohanan itu di tangga teratas selepas meraih dua kemenangan daripada tiga perlawanan dan mencatatkan satu perlawanan seri.[27] Beliau telah ditawarkan untuk menyertai pasukan bawah-20 pada tahun berikutnya. Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama pasukan bawah-20 ketika menentang England pada 25 Mac.[28] Pada bulan Mei tahun yang sama, beliau telah disenaraikan untuk mewakili skuad Perancis yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 2017 yang berlangsung di Korea Selatan.[29] Sepanjang kejohanan itu, peranan penjaga gol saling berganti antara beliau dengan Paul Bernardoni sebelum kempen pasukannya berakhir di pusingan 16 selepas kecundang kepada Itali.[30]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lafont telah dilahirkan di ibu negara Burkina Faso iaitu Ouagadougou. Bapanya merupakan orang Perancis manakala ibunya pula ialah orang Burkina Faso.[31] Ibu bapanya bercerai semasa beliau berusia sembilan tahun dan Lafont berpindah ke Perancis untuk tinggal bersama bapanya di Herault. Ibunya pula terus tinggal di Burkina Faso sebelum dia menjadi Ahli Parlimen Pergerakan Kemajuan Rakyat di Dewan Perhimpunan Burkina Faso.[32][33] Lafont berasal daripada keluarga atlet. Datuk sebelah keluarga ibunya bermain bola sepak selama sepuluh tahun sebelum berkhidmat sebagai presiden Ouagadougou Shooting Star manakala ibunya merupakan seorang pemain kebangsaan bola baling. Bapanya juga bermain sukan tenis.[34] Pada Januari 2016, saudara Lafont antara 30 yang terbunuh dalam serangan Ouagadougou apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di restoran Cappuccino.

Pada 25 September 2016, Lafont menjadi pemain termuda untuk dijemput sebagai tetamu ke dalam program bola sepak Perancis, Téléfoot.[35][36]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 8 Februari 2020.[37]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Toulouse 2015–16 24 0 0 0 0 0 24 0
2016–17 36 0 1 0 1 0 38 0
2017–18 38 0 1 0 3 0 2[b] 0 44 0
Jumlah 98 0 2 0 4 0 2 0 106 0
Itali Fiorentina 2018–19 34 0 4 0 38 0
Perancis Nantes 2019–20 23 0 2 0 0 0 25 0
Jumlah kerjaya 155 0 8 0 4 0 2 0 169 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Penjaga gol termuda beraksi di Ligue 1: 2015 (pada usia 16 tahun dan 310 hari)

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Comunicato Ufficiale N. 59" [Official Press Release No. 59] (PDF) (dalam bahasa Italian). Lega Serie A. 2 October 2018. m/s. 4. Dicapai pada 3 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "FIFA U-20 World Cup Korea Republic 2017: List of Players: France" (PDF). FIFA. 11 June 2017. m/s. 5. Dicapai pada 3 June 2019.
  3. ^ Steines, Geoffrey (15 January 2016). "Alban Lafont, ce Gamin qui n'en est pas un". Football365 (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 26 June 2016.
  4. ^ May, Sam (8 April 2017). "Alban Lafont: Meet the sensational shot stopper lighting up Ligue 1". Back of the Net Football. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-20. Dicapai pada 4 July 2017.
  5. ^ "Toulouse vs. Nice – 28 November 2015 – Soccerway". Soccerway. Dicapai pada 28 November 2015.
  6. ^ Bekker, Liam (26 December 2016). "100 Best Young Players to Watch in 2017 Part 1 – Goalkeepers". Outside of the Boot. Dicapai pada 26 February 2017.
  7. ^ Bayol, Marie-Océane (5 December 2015). "UEFA.com's weekly wonderkid: Alban Lafont". UEFA.com. Dicapai pada 7 December 2015.
  8. ^ Flanagan, Aaron (28 January 2016). "Dele Alli ranked No.8 on a list of the world's best under-20 stars – but who ranks above him?". Daily Mirror. Dicapai pada 24 October 2016.
  9. ^ Scott, Andrew (14 May 2016). "Toulouse Pull off Great Escape". Ligue 1. Dicapai pada 15 May 2016.
  10. ^ "Alban Lafont et Issa Diop signent pros au TFC". L'Equip (dalam bahasa Perancis). 30 June 2016. Dicapai pada 13 July 2016.
  11. ^ "Frustration for Gomis and OM". Ligue 1. 14 August 2016. Dicapai pada 15 August 2016.
  12. ^ "Lafont Keeps Angers at Bay". Ligue 1. 22 October 2016. Dicapai pada 24 October 2016.
  13. ^ Bajaj, Abhisek (13 October 2016). "Transfer Rumour: Arsenal FC to Rival Juventus and Porto for 17-year old French Goalkeeping Prodigy Alban LAfont". The Hard Tackle. Dicapai pada 24 October 2016.
  14. ^ Crossan, D (28 October 2016). "Testing Toulouse Trip for Troubled OL". Ligue 1. Dicapai pada 4 November 2016.
  15. ^ Watson, Jack (20 February 2017). "Toulouse starlet becomes youngest goalie to hit 50 Ligue 1 appearances for three decades". Squawka. Dicapai pada 16 April 2017.
  16. ^ "Lafont-Football Statistics-Form Guide". Squawka. Dicapai pada 22 June 2017.
  17. ^ Margueritte, Henri (19 February 2018). "Alban Lafont, ce Français qui devance Mbappé au classement des footballeurs les plus prometteurs". Huffington Post (dalam bahasa French). Dicapai pada 21 February 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ Burton, Chris (30 May 2018). "Liverpool goalkeeper targets: Donnarumma, Alisson & 10 options who can replace calamitous Karius". Goal. Dicapai pada 30 May 2018.
  19. ^ "Alban Lafont signe à la Fiorentina jusqu'en 2023 (officiel)" (dalam bahasa French). L'Équipe. 2 July 2018. Dicapai pada 2 July 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ "Serie A, Fiorentina dilaga all'esordio: Chievo travolto 6-1" (dalam bahasa Italian). LaPresse. 26 August 2018. Dicapai pada 27 August 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ Beresford, Chloe (26 August 2018). "Birthday Boys Fiorentina Go For The Win". Euro Fantasy League. Dicapai pada 27 August 2018.
  22. ^ "OFFICIAL: Lafont loaned to Nantes". Viola Nation. 29 June 2019. Dicapai pada 3 July 2019.
  23. ^ "UFFICIALE: Fiorentina, Lafont ceduto in prestito biennale al Nantes" (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 29 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  24. ^ "Transferts : Alban Lafont (Fiorentina) prêté deux ans à Nantes (officiel)" (dalam bahasa French). Le Equipe. 29 June 2019. Dicapai pada 29 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  25. ^ Stival, Nicolas (3 May 2016). "Ligue 1: Pressenti en Azerbaïdjan, Alban Lafont finira la saison avec le TFC". 20 Minutes (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 9 May 2016.
  26. ^ "Équipe de France, Alban Lafont et Malang Sarr avec les U18 pour le Tournoi de Limoges". Goal (dalam bahasa Perancis). 28 September 2016. Dicapai pada 30 September 2016.
  27. ^ "Lafarge Foot Avenir 2016". Jeunesse Sportive Lafarge Limoges (dalam bahasa Perancis). 9 October 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-05. Dicapai pada 19 October 2016.
  28. ^ Trésarrieu, Flavien (25 March 2017). "Alban Lafont sur sa première convocation en U20 : "Il n'y a pas de gêne à avoir"". L'Equipe. Dicapai pada 25 March 2017.(dalam bahasa Perancis)
  29. ^ Holyman, Ian (9 May 2017). "Kylian Mbappe not included in France's Under-20 World Cup squad". ESPN. Dicapai pada 10 May 2017.
  30. ^ "FIFA U-20 World Cup Korea Republic 2017". FIFA. 1 June 2017. Dicapai pada 4 July 2017.
  31. ^ Jaquin, Alexandre (1 December 2015). "Toulouse: cinq choses à savoir sur le prodige Alban Lafont". RMC Sport (dalam bahasa French). Dicapai pada 7 December 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  32. ^ Raynaud, Claire (3 April 2016). "Les confidences de la mère d'Alban Lafont, députée du Burkina Faso". La Depeche (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 26 June 2016.
  33. ^ Kallenbrunn, Phillipe (13 November 2016). "Alban Lafont, 17 ans, de Ouagadougou à la Ligue 1". Le Journal du Dimanche (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 5 December 2016.
  34. ^ Yokhin, Michael (13 October 2016). "Toulouse's Alban Lafont is Ligue 1's answer to Gianluigi Donnarumma". ESPN. Dicapai pada 17 October 2016.
  35. ^ "Alban Lafont, le gardien que le monde entier envie au TFC". LaDepeche (dalam bahasa Perancis). 19 October 2016. Dicapai pada 9 November 2016.
  36. ^ "Alban Lafont : "L'Equipe de France, c'est un objectif" Pour sa première télévis". Téléfoot (dalam bahasa Perancis). 25 September 2016. Dicapai pada 9 November 2016.
  37. ^ "A. Lafont: Summary". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 3 June 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad FC Nantes