Jabatan Keadilan Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat
United States Department Of Justice
Cap Mohor
Bendera

Ibu pejabat Jabatan Keadilan Amerika Syarikat di
The Robert F Kennedy Building
Intisari agensi
Dibentuk01 Julai 1870; 153 tahun yang lalu (1870-07-01)
JenisJabatan
Bidang kuasa
Pemerintah persekutuan Amerika Syarikat
Ibu pejabatThe Robert F Kennedy Building
950 Pennsylvania Avenue, Northwest,
Washington, DC
38°53′36″N 77°1′30″W / 38.89333°N 77.02500°W / 38.89333; -77.02500Koordinat: 38°53′36″N 77°1′30″W / 38.89333°N 77.02500°W / 38.89333; -77.02500
Kakitangan113,543 (2012)
Belanjawan tahunan$31 bilion (2015)
Eksekutif Jabatan
Laman sesawang
https://justice.gov

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ( Bahasa Inggeris : United States Department Of Justice ; singkatan : DOJ ) ataupun Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ialah jabatan eksekutif pemerintah persekutuan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang dan pentadbiran keadilan di negar tersebut seumpama kementerian-kementerian keadilan atau dalam negeri yang wujud di negara-negara lain. Jabatan ini dibentuk pada tahun 1870 semasa pentadbiran Ulysses S. Grant.

Motto untuk Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ini dalam Bahasa Latin ialah "Qui Pro Domina Justitia Sequitur" ; dalam Bahasa Melayu, ia bermaksud "Sesiapa yang mendakwa bagi pihak keadilan".[1] [2]

Jabatan Kehakiman mengurus beberapa agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA). Jabatan ini bertanggungjawab untuk menyiasat kejadian penipuan kewangan, yang mewakili kerajaan Amerika Syarikat dalam hal-hal perundangan (seperti dalam kes-kes sebelum Mahkamah Agung), dan menjalankan sistem penjara persekutuan.[3][4] TJabatan ini juga bertanggungjawab untuk mengkaji semula perlakuan penguatkuasaan undang-undang tempatan seperti yang diarahkan oleh Akta Kawalan Jenayah dan Penguatkuasaan Undang-Undang 1994.[5]

Jabatan ini diketuai oleh Peguam Negara Amerika Syarikat yang dicalonkan oleh Presiden dan disahkan oleh Senat dan merupakan anggota Kabinet. Peguam Negara semasa ialah Matthew Whitaker (Pemangku).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Revision of Original Letter Dated 14 February 1992 Diarkibkan 2015-09-19 di Wayback Machine, United States Department of Justice.
  2. ^ Madan, Rafael (Fall 2008). "The Sign and Seal of Justice" (PDF). Ave Maria Law Review. 7: 123, 191–192. Dicapai pada December 8, 2014.
  3. ^ "Fraud Section (FRD) | Department of Justice". Justice.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 4, 2017.
  4. ^ "Organization, Mission & Functions Manual: Attorney General, Deputy and Associate | DOJ | Department of Justice". Justice.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 4, 2017.
  5. ^ "Conduct of Law Enforcement Agencies | CRT | Department of Justice". Justice.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 4, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]