Jalan Tun Tan Cheng Lock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Tun Tan Cheng Lock
Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur 20230813 102945.jpg
Jalan Tun Tan Cheng Lock menghala ke barat
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Panjang0.30 km[1] (0.19 mi)
Simpang utama
Hujung baratJalan Tun Sambanthan dan Jalan Hang Kasturi dekat Pasar Seni, Kuala Lumpur
Persimpangan utama
  • Jalan Tun H.S. Lee
  • Jalan Petaling
  • Jalan Sultan
  • Lorong Bandar 16
Hujung timurJalan Pudu dan Jalan Tun Perak dekat Pudu Sentral
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Tun Tan Cheng Lock merupakan sebatang jalan raya utama di Kuala Lumpur, Malaysia.[2] Jalan Tun Tan Cheng Lock menghubungkan Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Hang Kasturi di barat berdekatan dengan bangunan Pasar Seni dan Denai Kasturi dengan Jalan Tun Perak dan Jalan Pudu di timur dekat Pudu Sentral dan Menara Maybank.[1][3]

Jalan Tun Tan Cheng Lock merupakan jalan raya timur–barat. Beberapa jalan raya membuat pertemuan dengan Jalan Tun Tan Cheng Lock atau bercabang daripadanya. Dari barat ke timur, ia merangkumi Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Petaling, Jalan Sultan, dan Lorong Bandar 16.[1][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Dari penghujung barat, Jalan Tun Tan Cheng Lock bermula di simpang empat Jalan Tun Sambanthan dengan Jalan Hang Kasturi dekat dengan bangunan Pasar Seni dan Denai Kasturi (Kasturi Walk). Ia akan menuju ke arah timur, lalu membuat pertemuan dengan Jalan Tun H.S. Lee dekat bangunan Wisma Megah. Berdekatan dengan bangunan Wisam Fui Chui dan Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock bakal membuat pertemuan dengan Jalan Petaling, dan seterusnya dengan Jalan Sultan. Jalan Tun Tan Cheng Lock akan membengkok sedikit ke arah timur laut, lalu membuat pertemuan dengan Jalan Tun Perak dan Jalan Pudu semasa penamatnya. Penamat timur untuk Jalan Tun Tan Cheng Lock terletak berhampiran dengan Menara Maybank, ibu pejabat syarikat bank Malaysia, Maybank; dan bangunan Pudu Sentral.[1][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jalan Tun Tan Cheng Lock (2020)
Persimpangan Jalan Tun Tan Cheng Lock–Jalan Tun Sambanthan–Jalan Hang Kasturi (2023)

Sebelum digelar sebagai Jalan Tun Tan Cheng Lock, nama asal yang diperuntukkan bagi jalan raya ini ialah Lebuhraya Foch (daripada bahasa Inggeris: Foch Avenue). Jalan Tun Tan Cheng Lock dinamai sempena presiden pertama bagi parti politik Malaysia, Persatuan Cina Tanah Melayu (kini dikenali sebagai Persatuan Cina Malaysia; MCA) ialah Tan Cheng Lock (1883–1960).

Perkhidmatan bas ulang-alik Bas Petaling telah berkhidmat di Jalan Tun Tan Cheng Lock pada tahun 1960, dengan kekerapan 45 minit. Perkhidmatan Bas Petaling itu bakal melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock (Foch Avenue), Jalan Sultan Mohamed, Jalan Sultan Sulaiman (Sulaiman Road), stesen keretapi Kuala Lumpur, Jalan Sultan Hishamuddin (Victory Avenue), Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman (Batu Road), Jalan Dang Wangi (Campbell Road), Jalan Ampang, Jalan Melaka, Jalan Tun Perak (Mountbatten Road), dan Jalan Sultan (Sutan Street).[4]

Pada tahun 1968, Lim Hong atau nama sebenarnya Lim Yong Yik telah dikenali pasti dalam suatu penyiasatan– di mana Lim Hong telah dikenali pasti sebagai mangsa rompakan dan telah ditembak mati pada waktu malam di Jalan Tun Tan Cheng Lock dekat sini. Lim Hong merupakan seorang lelaki yang bekerja sebagai jurutenik Tentera Udara Diraja Malaysia di Pangkalan TUDM Sungai Besi, telah ditembak mati oleh sekumpulan perompak yang terdiri daripada tiga orang.[5] Kumpulan perompak itu telah merompak wang sebanyak $2500 dari seorang penjaga kedai, Au Yong Wing Keong. Au teah bergelut dan memutuskan untuk melarikan diri. Salah satu perompak dalam kumpulan perompak telah melepaskan tembakan ke arah Au, namun tersasar ke dada Lim.[5]

Menurut mangsa yang menulis di The Straits Times pada tahun 1968, Jalan Tun Tan Cheng Lock ditakrifkan sebagi tempat memburu wang yang aktif bagi penyeluk saku. Menurutnya, dia menaiki bas awam ke Petaling Jaya, namun telah kehilangan $35 akibat kelakuan penyeluk saku. Kekacauan di hentian bas Foch menyebabkan orang ramai yang tidak berdisiplin atau peka bergegas masuk ke dalam bas yang terhad ke Petaling Jaya– menyediakan keadaan sesuai untuk penyeluk saku untuk menyeluk wang mereka.[6] Menurut Tengku Mohamad Yusoff bin Tengku Nimbul, selaku ketua polis Kuala Lumpur, mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menaiki bas berikutan kes penyeluk saku yang dilakukan oleh seorang budak lelaki 16 tahun tahun 1967. Menurutnya, Leboh Foch (Jalan Tun Tan Cheng Lock), Jalan Melaka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman merupakan tempat-tempat berbahaya kerana di situ merupakan tempat aktif penyeluk saku.[7]

Seorang pelajar lelaki St. John's Institution (Sekolah Menengah Inggeris St. John), Zulkifli bin Abdul Ghani telah dirompak oleh dua orang pemuda di hentian bas dekat Jalan Tun Tan Cheng Lock pada 17 Julai 1968. Dua orang perompak itu telah mengambil jam tangan miliknya yang berharga sekitar $65.[8]

Pada 24 Januari 1966, ketika musim perayaan di Kuala Lumpur, terdapat kemalangan jalan raya di Jalan Tun Tan Cheng Lock– melibatkan seorang mangsa wanita maut yang bernama Choong Siok Hwa, 69 tahun. Choong telah dirempuh oleh seorang penunggang motosikal yang berada di Jalan Tun Tan Cheng Lock, ketika dia sedang melintas jalan. Mangsa telah maut ketika dilarikan ke Hospital Kuala Lumpur.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 29 Januari 2024.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2022). "Dokumen Gazetir – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2022" (PDF). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 29 Januari 2024.
  3. ^ a b c Penyumbang OpenStreetMap (29 Februari 2024). "Jalan Tun Tan Cheng Lock" (dalam bahasa Inggeris). OpenStreetMap. Dicapai pada 23 April 2023.
  4. ^ "Khidmat baru Bas Petaling" [Perkhidmatan baharu Bas Petaling]. Berita Harian. 11 Jun 1960. Dicapai pada 1 Mac 2024 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara Singapura.
  5. ^ a b "Man shot was RMAF junior technician" [Mangsa lelaki ditembak merupakan juruteknik muda TUDM]. The Straits Budget (dalam bahasa Inggeris). 13 November 1968. m/s. 8. Dicapai pada 1 Mac 2024 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara Singapura.
  6. ^ "Bus chaos, pickpockets" [Kekacauan bas dan penyeluk saku]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 20 April 1968. m/s. 10. Dicapai pada 1 Mac 2024 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara Singapura.
  7. ^ "Jaga2 saku ketika naiki bas—Polis" ["Jaga-jaga saku ketika naik bas,"– Polis]. Berita Harian. 16 Mei 1967. m/s. 3. Dicapai pada 1 Mac 2024 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara Singapura.
  8. ^ "Jam pelajar kena samun". Berita Harian. 17 Julai 1968. m/s. 10. Dicapai pada 1 Mac 2024 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara Singapura.
  9. ^ "Woman killed in crash" [Wanita terbunuh akibat kemalangan]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 25 Januari 1966. m/s. 9. Dicapai pada 1 Mac 2024 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara Singapura.