Retikulum endoplasma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jalinan endoplasma)
Lompat ke: pandu arah, cari
Mikrograf rangkaian retikulum endoplasma kasar sekitar nukleus sel (bawah sebelah kanan gambar). Bulatan kecil yang gelap dalam gambar merupakan mitokondrion.

Retikulum endoplasma (atau jalinan endoplasma) ialah sejenis organel dalam sel eukariot yang membentuk rangkaian kantung ditutupi membran atau rongga seakan tiub - sisterna - yang saling berhubung. Membran organel ini berjalinan secara berterusan dengan membran nukleus luaran. Retikulum ini wujud dalam kebanyakan jenis sel eukariot namun ia tiada pada sel darah merah dan spermatozoa. Terdapat dua jenis retikulum endoplasma yang ada dalam sel iaitu jenis kasar dan licin. Permukaan retikulum endoplasma kasar (bersitosol) dipenuhi ribosom yang merupakan tapak sintesis protein. Retikulum endoplasma kasar begitu menonjol terutamanya pada jenis sel tertentu seperti hepatosit. Retikulum jenis licin pula kekurangan ciri ini dan berfungsi dalam penghasilan serta metabolisma lipid, penghasilan hormon steroid dan pendetoksikan;[1] dan ia terdapat banyaknya dalam sel-sel gonad dan hati mamalia.

Struktur[sunting | sunting sumber]

Jalinan endoplasma terdiri daripada satu sistem pundi leper (sisterna) yang dibatasi oleh membran unit tunggal. Membran penggarisan sisterna mungkin berterusan dengan membran nukleus, membran plasma dan jasad Golgi.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Jalinan endoplasma bertindak sebagai satu sistem lalu lintas dan pengangkutan di dalam sel. Selain itu, ia berfungsi sebagai pengangkut kepada protein yang disentesis di dalam ribosom. Jalinan endoplasma juga berfungsi sebagai tempat sintesis lipid.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Bahagian lain di dalam sel:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Endoplasmic Reticulum (Rough and Smooth)". Dicapai pada 21 November 2015.