Peroksisom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Struktur asas peroksisom berdasarkan peroksisom pada sel-sel badan tikus.

Peroksosom ialah salah satu daripada organel-organel yang dijumpai di sitoplasma sel eukariot.[1] Enzim-enzim peroksisom menjalankan tindak balas oksidatif, dan boleh menghasilkan hidrogen peroksida, serta berkebolan menguraikan molekul tersebut. Selain itu, peroksisom terlibat dalam penguraian asid-asid lemak berantai amat panjang, perantara asid-asid hempedu, asid D-amino dan poliamina.[2]

Peroksisom pada pertama kalinya dihuraikan oleh pelajar kedoktoran Sweden, J. Rhodin pada 1954,[3] dan dikenal pasti sebagai organel oleh ahli sitologi Belgium, Christian de Duve pada 1967.[4]

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Dalam sel haiwan, peroksisom menguraikan asid-asid lemak berantai amat panjang melalui pengoksidaan beta menjadi asid lemak berantai sederhana sebelum dibawa ke mitokondrion untuk diuraikan menjadi karbon dioksida dan air. Dalam sel tumbuhan, keseluruhan proses ini hanya berlaku di peroksisom.[5][6]

Tindak-tindak balas awal dalam penghasilan plasmalogen berlaku di peroksisom. Plasmalogen ialah komponen utama mielin pada sel saraf.

Tindak balas oksidatif[sunting | sunting sumber]

Peroksisom memiliki enzim-enzim oksidatif seperti oksidase asid D-amino dan oksidase asid urik (tiada pada manusia).[7] Enzim-enzim tertentu, dengan bantuan molekul oksigen, membuang atom hidrogen pada substrat organik, R lalu menghasilkan hidrogen peroksida, H2O2.

Katalase, satu lagi enzim peroksisom menggunakan hidrogen peroksida untuk mengoksidakan substrat-substrat seperti fenol, formaldehid dan alkohol.

Apabila hidrogen peroksida wujud secara berlebihan, katalase akan menguraikan molekul ini menjadi air dan oksigen.

Kepentingan klinikal[sunting | sunting sumber]

Adenoleukodistrofi ialah satu penyakit genetik yang berlaku akibat mutasi pada gen ABCD1, gen protein yang membantu kemasukan molekul asid-asid lemak berantai amat panjang ke dalam peroksisom, dan tertakluk pada kromosom X. Penyakit ini membawa kepada kecacatan pada salut mielin yang melitupi sel neuron serta pengumpulan asid lemak yang berlebihan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Islinger M, Voelkl A, Fahimi HD, Schrader M (November 2018). "The peroxisome: an update on mysteries 2.0". Histochemistry and Cell Biology. 150 (5): 443–471. doi:10.1007/s00418-018-1722-5. PMC 6182659. PMID 30219925.
  2. ^ Bonekamp NA, Völkl A, Fahimi HD, Schrader M (2009). "Reactive oxygen species and peroxisomes: struggling for balance". BioFactors. 35 (4): 346–55. doi:10.1002/biof.48. PMID 19459143.
  3. ^ Rhodin, J (1954). "Correlation of ultrastructural organization and function in normal and experimentally changed proximal tubule cells of the mouse kidney". Doctorate Thesis. Karolinska Institutet, Stockholm.
  4. ^ de Duve C (April 1969). "The peroxisome: a new cytoplasmic organelle". Proceedings of the Royal Society of London. Series B, Biological Sciences. 173 (1030): 71–83. Bibcode:1969RSPSB.173...71D. doi:10.1098/rspb.1969.0039. PMID 4389648.
  5. ^ Alberts B, Johnson A, Lewis J, Raff M, Roberts K, Walter P (2002). "Chapter 12: Peroxisomes". Molecular Biology of the Cell (ed. Fourth). New York: Garland Science. ISBN 978-0-8153-3218-3.
  6. ^ Schrader, Michael; Kamoshita, Maki; Islinger, Markus (Mar 2019). "Organelle interplay—peroxisome interactions in health and disease". Journal of Inherited Metabolic Disease (dalam bahasa Inggeris). 0. doi:10.1002/jimd.12083. ISSN 1573-2665. PMID 30864148.
  7. ^ del Río LA, Sandalio LM, Palma JM, Bueno P, Corpas FJ (November 1992). "Metabolism of oxygen radicals in peroxisomes and cellular implications". Free Radical Biology & Medicine. 13 (5): 557–80. doi:10.1016/0891-5849(92)90150-F. PMID 1334030.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Organel sel
Akrosom | Dinding sel | Membran sel | Kloroplas | Silium/Flagelum | Sentrosom | Sitoplasma | Retikulum endoplasma | Jasad / perkakas Golgi | Lisosom | Melanosom
Mitokondrion | Miofibril | Nukleus | Parentesom | Peroksisom | Plastid | Ribosom | Vakuol | Vesikel