Jamahiriya Arab Libya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Nama rasmi negara Libya banyak ditukar beberapa kali sepanjang pemerintahan Muammar Gaddafi, mula-mulanya sebagai Republik Arab Libya sehingga 1977 di mana Jamahiriya Arab Libya Rakyat Sosialis (Socialist People's Libyan Arab Jamahariya).[1] Jamahiriya merupakan istilah khusus dipakai Gaddafi[1] yang sering ditakrifkan sebagai "negara masyarakat". Negara ini dinamakan semula sekali lagi sebagai Jamahiriya Rakyat Sosialis Raya Arab Libya (Great Socialist People's Libyan Arab Jamahiriya) pada tahun 1986 setelah berlakunya serangan Amerika Syarikat ke atas negara tersebut pada tahun itu.

Rencana ini mencakupi banyak fasa dalam pemerintahan Gaddafi terhadap negara Libya sejak beliau menggulingkan Raja Idris I dalam suatu rampasan kuasa yang aman dan penghapusan kerajaan baginda sehinggalah beliau digulingkan dan terbunuh dalam peperangan menentang pemberontak pimpinan Majlis Peralihan Kebangsaan pada 2011.

Penggulingan Raja Idris[sunting | sunting sumber]

Pada 1 September 1969, sekumpulan 70 orang dalam kalangan pegawai tentera muda mengambil alih kerajaan dari Benghazi lalu mengyistiharkan terhapusannya pemerintahan raja di Libya. Unit-unit tentera cepat bergerak menyokong rampasan kuasa ini sehingga mampu mengukuhkan kuasa di Tripoli dan di serata negara itu..Tiada kegenasan mahupun kematian yang berlaku dari reampasan kuasa ini, bahkan penggulingan kuasa ini sangat diraikan terutamanya dalam kalangan rakyat muda di bandar-bandar.[2]

Republik Arab Libya (1969–1977)[sunting | sunting sumber]

Jamahiriya Rakyat Sosialis Raya Arab Libya (1977–2011)[sunting | sunting sumber]

Jamahiriya Sosialis Agung Rakyat Arab Libya

الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الإشتراكية العظمى
al-Jamāhīrīyah al-'Arabīyah al-Lībīyah ash-Sha'bīyah al-Ishtirākīyah al-'Uẓmá
1977–2011
Flag of Libya
{{{coat_alt}}}
Flag Coat of arms
Lagu kebangsaan: الله أكبر
"Allahu Akbar"
(Bahasa Inggeris: "Allah Maha Besar")
Location of Libya
Ibu kotaTripoli (1977–2011)
Sirte (2011)[3]
Bahasa lazimArab
Agama
Islam
PemerintahanJamahiriya sosialis Islam Tunggal
Brotherly Leader and Guide of the Revolution 
• 1977–2011
Muammar Gaddafi
Era sejarahPerang Dingin · Perang Menentang Keganasan
• Pihak Berkuasa RakyatPihak Berkuasa Rakyat
2 Mac 1977
28 Ogos 2011
20 Oktober 2011
Populasi
• 2010
6,355,100
MatawangDinar Libya
Kod panggilan218
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik Arab Libya
Majlis Peralihan Kebangsaan

2 Mac 1977, Kongres Agung Rakyat, dengan perintah Gaddafi diterima-pakai "Deklarasi dengan penubuhan Pihak Berkuasa Rakyat"[4][5] dan diistiharkan Jamahiriya Sosialis Rakyat Libya (Bahasa Arab: الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الاشتراكية[6] al-Jamāhīrīyah al-'Arabīyah al-Lībīyah ash-Sha'bīyah al-Ishtirākīyah). Dalam falsafah politik rasmi semasa pemerintahan Gaddafi, sistem "Jamahiriya" adalah unik di negara ini, meskipun ia dipersembahkan sebagai Teori Antarabangsa Ketiga, yang telah dicadangkan oleh Gaddafi untuk diguna pakai di seluruh Dunia Ketiga. Kongres Agung Rakyat juga mewujudkan jawatan Setiausaha Agung Majis Agung Rakyat, terdiri daripada sisa-sisa anggota Majlis Markas Revolusi yang dibubarkan, dengan Gaddafi memegang jawatan sebagai setiausaha agung, dan juga melantik Jawatankuasa Agung Rakyat, yang mana mengantikan Majlis Menteri-Menteri, yang mana penyandang jawatannya dikenali sebagai setiausaha dan bukannya menteri.

Kerajaan Libya mendakwa bahawa Jamahiriya merupakan sebuah demokrasi terus tanpa sebarang parti-parti politik, ditadbir oleh rakyat melalui majlis dan komuniti popular rakyat (dinamakan sebagai Kongres Asas Rakyat). Rhetorik rasmi tidak menyenangi idea negara bangsa, ikatan puak kekal diutamakan, termasuk pemberian pangkat-pangkat dalam Angkatan Tentera Jamahiriya Arab Libya.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Mouammar Kadhafi, Hamid Barrada, Marc Kravetz, Mark Whitaker (1984). Kadhafi : "je suis un opposant à l'échelon mondial" (dalam bahasa French). Paris: P.-M. Favre. m/s. 104. 
  2. ^ BBC News: 1969: Bloodless coup in Libya
  3. ^ "Anti-Gadhafi forces take over port in Sirte". CNN. 27 September 2011. Diarkibkan daripada asal pada 22 September 2011. 
  4. ^ General People's Congress declaration (2 March 1977) at EMERglobal Lex for the Edinburgh Middle East Report. Retrieved 31 March 2010.
  5. ^ "ICL - Libya - Declaration on the Establishment of the Authority of the People". Dicapai 16 May 2016. 
  6. ^ Geographical Names, "اَلْجَمَاهِيرِيَّة اَلْعَرَبِيَّة اَللِّيبِيَّة اَلشَّعْبِيَّة اَلإِشْتِرَاكِيَّة: Libya", Geographic.org. Retrieved 27 February 2011.
  7. ^ Protesters Die as Crackdown in Libya Intensifies, The New York Times, 20 February 2011; accessed 20 February 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]