Jambatan Menara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jambatan Menara
جمبتن منارا
Tower Bridge
Tower bridge London Twilight - November 2006.jpg
Jambatan Menara pada waktu senja
Koordinat51°30′20″N 0°04′31″W / 51.50556°N 0.07528°W / 51.50556; -0.07528
MembawaJalan Lingkaran Dalam London
MenyeberangiSungai Thames
LokasiBoro London:
– sebelah utara: Tower Hamlets
– sebelah selatan: Southwark
Dinamakan sempenaMenara London
PenyelenggaraBridge House Estates
Status warisanBangunan terpelihara Gred I
Laman sesawangwww.towerbridge.org.uk
Didahului olehMenara London
Diikuti olehJambatan Elizabeth II
Ciri-ciri
Reka bentukImbang/gantung
Panjang keseluruhan800 kaki (240 m)
Tinggi213 kaki (65 m)
Sejarah
ArkitekHorace Jones
Mula dibina21 Jun 1886 (1886-06-21)
Siap dibina1894
Dibuka30 Jun 1894; 128 tahun yang lalu (1894-06-30)
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini

Jambatan Menara adalah sebuah jambatan imbang dan gantung yang terletak di London, England. Jambatan ini merentasi Sungai Thames dan berada berdekatan dengan Menara London, dan ia merupakan salah satu daripada lima jambatan di London yang dimiliki dan diselenggara oleh Bridge House Estates, suatu amanah kebajikan yang ditubuhkan pada tahun 1282.

Dibina di antara tahun 1886 hingga 1894, jambatan ini direka bentuk oleh Horace Jones, dijuruterakan oleh John Wolfe Barry dengan bantuan Henry Marc Brunel.[1] Jambatan Menara dibina bagi memberi capaian yang lebih baik ke East End, yang telah mengembangkan keupayaan komersialnya pada abad ke-19. Jambatan ini telah dibuka oleh Edward VII, Putera Wales dan Alexandra, Puteri Wales pada tahun 1894.

Panjang Jambatan Menara ialah 800 kaki (240 m) dan terdiri daripada dua menara jambatan dengan ketinggian 213 kaki (65 m). Menara berkembar tersebut dihubungkan dengan dua laluan pejalan kaki di aras atas dan sepasang jambatan imbang di tengahnya, yang boleh diangkat bagi membenarkan laluan untuk kapal. Asalnya jambatan ini dikuasakan secara hidraulik dan mekanisme pengendaliannya ditukar kepada sistem elektrohidraulik pada 1972. Jambatan Menara menjadi sebahagian daripada Jalan Lingkaran Dalam London A100[2] dan dengan itu menjadi sempadan bagi zon bayaran kesesakan London. Dek jambatan ini boleh dicapai secara bebas kepada kenderaan dan pejalan kaki, di mana menara berkembarnya, laluan pejalan kaki di aras atas dan bilik enjin zaman Victoria membentuk sebahagian daripada Pameran Jambatan Menara.

Jambatan Menara menjadi salah satu mercu tanda terkenal di London. Ia kadang-kala dikelirukan dengan Jambatan London yang terletak kira-kira 0.5 batu (800 m) ke hulu sungai Thames.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Portman, Derek (2004). "Henry Marc Brunel: Civil Engineer". Construction History (dalam bahasa Inggeris). 20: 71–83. JSTOR 41613878.
  2. ^ "A100". Roader's Digest: The SABRE Wiki (dalam bahasa Inggeris). The Society for All British and Irish Road Enthusiasts.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]