Jatuh Cinta & Hati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jatuh Cinta & Hati???
Album studio oleh
Dilancarkan pada15 Jun 2002
Dirakamkan pada2001–2002
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
Genre
Panjang42:00
BahasaBahasa Melayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatBroadway Entertainment
PenerbitBoon Tan
Kronologi Ashira
Di Ombak Resah
(2000)
Jatuh Cinta & Hati???
(2002)
Single daripada Jatuh Cinta & Hati???
  1. "Jatuh Cinta"
    Dikeluarkan: Mei 2002
  2. "Selamanya Tak Akan Berakhir"
    Dikeluarkan: Oktober 2002
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jatuh Cinta & Hati??? ialah album studio pertama dan terakhir oleh penyanyi wanita Malaysia, Ashira, dikeluarkan pada 15 Jun 2002 oleh Broadway Entertainment.[1][2][3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ashira mula menyiapkan Jatuh Cinta & Hati pada 2001 susulan kejayaan lagu "Di Ombak Resah" dan EP sulungnya berjudul sama. Beliau menandatangani kontrak bersama Broadway Entertainment selepas meninggalkan BMG Music Malaysia.[4] Album ini menjadi album studio rasmi pertama beliau, mengandungi 10 lagu berbanding Di Ombak Resah yang hanya memuatkan 5 lagu.[5] "Jatuh Cinta" dan "Selamanya Tak Akan Berakhir" dikeluarkan sebagai single untuk album ini, "Selamanya Tak Akan Berakhir" juga pernah terpilih sebagai finalis Separuh Akhir Muzik Muzik 18. Meskipun menerima ulasan positif daripada pengkritik muzik, album ini menjadi kegagalan komersial.[6]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Menulis untuk Harian Metro, Abie Abdullah dalam ulasan retrospektif beliau mengenai Jatuh Cinta & Hati??? menyifatkan album ini "menjawab segala kekecewaannya ketika bersama album Di Ombak Resah tidak lama dulu" sambil berpendapat "konsep pop dance yang diketengahkan, betul-betul sesuai dengan vokal remaja miliknya".[7]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenulisMasa
1."Jatuh Cinta"Ferry FB, Iva4:00
2."Mimpi"A. Hadi, Syed Env3:42
3."Realiti Impian"Syde Env3:53
4."Bicara"Sharon Paul, Lew Mable4:16
5."Cinta Kita"Sharon Paul, Lew Mable4:00
6."Kerana Dirinya"Syde Env3:56
7."Inspirasi"Syde Env, Fiedah4:26
8."Adamu Di Sisi"Syde Env, Lew Mable4:26
9."Selamanya Tak Akan Berakhir"Adnan Abu Hassan, Nur Khalina4:14
10."Jatuh Hati"Roslan4:35
Jumlah masa: 42:00


Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Tenaga kerja diperoleh dari catatan media album.[8]

  • Boon Tan - penerbit, jururakam, juruadun
  • Boon Tan & Adnan Abu Hassan - penerbit eksekutif, pembantu penerbit
  • Broadway Studio - studio rakaman

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh keluaran Format Label
Malaysia 15 Jun 2002 CD, Muat turun digital,[9] media penstriman[10] Broadway Entertainment

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ashira: Jatuh Cinta & Hati???". Khazanah Muzik. Jun 2012. Dicapai pada 13 Disember 2012.
  2. ^ Hanisah Selamat (7 Julai 2002). "Ashira mampu bangkit mood segar". Berita Minggu. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  3. ^ Ellyna Ali (5 Januari 2003). "Vokal Ashira mantap". Berita Minggu. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  4. ^ "Ashira beralih syarikat rakaman lain". Utusan Malaysia. 19 Februari 2001. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  5. ^ Abue Abdullah (8 Jun 2002). "Ashira berbeza". Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2020.
  6. ^ Sudirman Mohd Tahir (24 September 2020). "Ashira hilang kerja, diminta keluar rumah". Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2020. Selepas album kedua gagal di pasaran, Ashira mengambil keputusan untuk menyanyi di kelab malam sekitar Kuala Lumpur sejak 2003.
  7. ^ Abie Abdullah (18 Jun 2002). "Ashira buktikan boleh". Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2020.
  8. ^ Jatuh Cinta & Hati (catatan media). Ashira. Broadway Entertainment. 2002. 7243 549240 23.CS1 maint: others (link)
  9. ^ "Jatuh Cinta & Hati by Ashira". Spotify. Dicapai pada 3 Julai 2020.
  10. ^ "Jatuh Cinta & Hati, album by Ashira". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 3 Julai 2020.