Pergi ke kandungan

Jennica Garcia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jennica Garcia
Kelahiran
Jennica Alexis Maitim Garcia

(1989-12-26) 26 Disember 1989 (umur 36)
WarganegaraFilipina
Nama lainJen, Nic-Nic
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2007 - kini
MajikanGMA Network
ABS-CBN
EjenGMA Artist Center (2007-2014)
PasanganAlwyn Uytingco (k. 2014)
Anak-anakAthena Mori Garcia Uytingco
Ibu bapa

Jennica Alexis Maitim Garcia (lahir 26 Disember 1989) merupakan seorang pelakon wanita Filipina. Beliau merupakan anak kepada pelakon wanita popular Filipina, Jean Garcia. Beliau juga seorang pengarah filem dengan latihan.

Jennica Garcia merupakan merupakan anak perempuan tunggal kepada Jean Garcia dan Jigo Garcia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya apabila mendapat peranan sebagai Karen Manansala dalam drama Impostora, program pertamanya bersama GMA Network. Beliau kemudiannya melangkah ke layar lebar menerusi filem Hide and Seek terbitan Regal Films. Beliau berpasangan dengan Mart Escudero, yang memenangi Ultimate Loveteam (bersama Kris Bernal) dalam rancangan StarStruck di GMA. Beliau juga diberitakan berdating dengan Mart. Punca perpisahan mereka adalah kerana kehadiran orang ketiga, dan salah seorang daripada mereka yang terlibat ialah JC Tiuseco yang Jennica bekerja dengannya untuk salah satu episod rancangan Maynila. Pelakon itu dan Mart menafikannya dan tidak akan memberikan sebab mengapa mereka berpisah. Mereka putus hubungan pada awal 2009. Peranan terbesarnya ialah peranannya sebagai Eliza dalam drama Ako Si Kim Samsoon. Beliau merupakan artis kontrak Regal Films sebagai salah seorang daripada Regal Babies.

Selepas Kim Samsoon, beliau menyertai barisan pelakon Gagambino.[1] Beliau telah bekerja dengan ibunya sejak Impostora dan bergandingan sekali lagi bersama Mart Escudero menerusi projek berbeza. Ini merupakan peranan telefantasya pertama Jennica. Selepas Gagambino, Jennica merupakan salah seorang daripada empat barisan pelakon drama Adik Sa’Yo, berpasangan dengan pelakon Dennis Trillo, yang bersiaran pada 8 Jun 2009. Drama itu berakhir pada 11 September 2009 dan memproleh rating tertinggi di TV. Beliau menerima banyak ulasan baik kerana lakonannya sebagai Karen dalam drama tersebut kerana sifat terus terangnya terutamanya babak beliau mengejar Rueben (Trillo) [2] Beliau berlakon dalam siri SRO Cinemaserye yang bertajuk Reunion bersama Sheena Halili dan bekas teman lelakinya, Mart Escudero; ia bersiaran pada 17 September 2009.

Jennica dan keluarganya terselamat daripada banjir semasa ribut taufan Ketsana (juga dikenali sebagai Taufan Ondoy) pada 26 September 2009. Ini merupakan kali kedua musnah sejak 2003.

Beliau baru-baru ini berlakon dalam drama Sine Novela keduanya, Ina Kasusuklaman Ba Kita? bersama ibunya, Jean Garcia.[3]

Beliau juga baru-baru ini membintangi drama Pilyang Kerubin bersiaran di GMA Network. Beliau kini membintangi drama sitkom pertamanya, Jejemom yang bersiaran pada Ogos 2010, dan dalam Bantatay, yang bersiaran pada September 2010.

Selepas lima bulan berehat dari drama, Jennica muncul dalam sitkom Show Me Da Manny pada 17 April 2010, bersama bintang tinju Filipina, Manny Pacquiao dan pelakon Marian Rivera. Pada bulan berikutnya, beliau muncul dalam Mind Master (7 Mei). Beliau kembali menerusi drama Captain Barbell; semasa rakaman itu dijalankan, beliau pengsan dan dikhabarkan hamil. Pada 2014, Garcia ditukarkan ke rangkaian saingan GMA Network, ABS-CBN selepas menghabiskan dramanya bersama rangkaian Kapuso, Carmela dan beliau muncul dalam episod rancangan Ipaglaban Mo!.

Beliau mengesahkan telah berkahwin dengan Alwyn Uytingco pada Februari tahun yang sama.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
TahunTajukPerananCatatanRangkaian
2016Yan Ang Morning!Herself/GuestGuestGMA Network
2015Pepito ManalotoJulietGuest
2014Ipaglaban Mo: Pagkilala ng AmaAna Mauricio/ Ana dela PazLead RoleABS-CBN
Banana SplitHerselfGuest
Wattpad Presents: DyepNiNiallaMain CastTV5
CarmelaAlliyahMain CastGMA Network
2013My Husband's LoverAyaMain Cast
Bukod Kang PinagpalaOfelia AlmazanMain Cast
2012Kasalanan Bang Ibigin Ka?Bianca SantiagoMain Cast
My BelovedMonica QuijanoMain Cast
2011Spooky Nights: SingilLeaMain Role
Captain BarbellLindaGuest
2010-2011BantatayJoannaMain Cast
2010Puso ng Pasko: Artista ChallengeHerselfGuest
JejeMom Lovely Dela CruzMain Cast
Pilyang KerubinBettyGuest Role
Ina, Kasusuklaman Ba Kita?Rizzi M. BustamanteLead Role
2009Dear Friend: The Three BachelorsEmilyLead Role
SRO Cinema: ReunionChanitillyLead Role
Adik Sa 'YoKaren MaglipotLead Role
MaynilaAppleLead Role
Maynila: Death, Be NotVinaLead Role
2008-2009GagambinoGelay Lopez BayaniSupporting Role
2008Dear Friend: Bulong ng PusoTonyLead Role
Ako si Kim SamsoonEliza BuotSupporting Role
Babangon Ako't Dudurugin KitaYoung Julie MacedaSupporting Role
2007Pasan Ko Ang DaigdigJanetSupporting Role
Boys Nxt DoorSummer / WinterMain Cast
ImpostoraKaren ManansalaSupporting Role
TahunTajukPerananSyarikat penerbitan filem
2012Alyas WawayViva Films, Regal Films, & Scenema Concept International
2009Shake, Rattle & Roll XIShielaRegal Films
2008Shake, Rattle & Roll XKayseeRegal Films
One True LoveRayaRegal Films & GMA Films
2007Hide and SeekNicaRegal Films

  1. Dinno Erece (August 22, 2008) ”Gagambino” is set to spin its web. PEP.ph. Retrieved on 2013-01-15.
  2. Mark Angelo Ching (June 5, 2009) Adik Sa'Yo will premiere on June 8. Pep.ph. Retrieved on 2013-01-15.
  3. Ruel J. Mendoza (January 22, 2010) Jennica Garcia has to muster up enough courage to physically hurt her mom in their new soap. Pep.ph. Retrieved on 2013-01-15.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]