Jennifer Connelly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jennifer Connelly
Jennifer Connelly 2012.jpg
Connelly pada tahun 2012
Kelahiran Jennifer Lynn Connelly
(1970-12-12) 12 Disember 1970 (umur 47)
Cairo, New York, A.S.
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1981–sekarang
Pasangan Paul Bettany (kahwin 2003–kini) «start: (2003)»"Marriage: Paul Bettany to Jennifer Connelly" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Jennifer_Connelly)
Pasangan David Dugan (1991-1996)
Anak 3

Jennifer Lynn Connelly (lahir Disember 12, 1970)[1] ialah seorang pelakon Amerika Syarikat yang memulakan kariernya sebagai model kanak-kanak. Beliau muncul dalam iklan majalah, surat khabar dan televisyen sebelum membuat peranan lakonan pertamanya dalam filem jenayah 1984, Once Upon a Time in America. Connelly terus menjadi model dan berlakon, membintangi filem-filem seperti Labyrinth, Career Opportunities dan The Rocketeer. Beliau mendapat pujian meluas untuk peranannya dalam filem sains fiksyen 1998, Dark City dan filem 2000, Requiem for a Dream.

Pada tahun 2002, Connelly memenangi Anugerah Akademi, Anugerah Golden Globe dan Anugerah BAFTA untuk perananya sebagai Alicia Nash dalam filem 2001, A Beautiful Mind. Filem-filem seterusnya termasuk Hulk, Dark Water, Blood Diamond, The Day the Earth Stood Still, He's Just Not That into You dan Creation.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Connelly dilahirkan di Cairo, New York. Beliau merupakan anak perempuan kepada Ilene dan Gerard Karl Connelly (1941–2008).[2][3] Bapanya berketurunan Ireland dan Norway manakala ibunya berketurunan Yahudi.[4][5] Connelly dibesarkan di Brooklyn Heights dimana beliau menghadiri Saint Ann's, sebuah sekolah swasta khusus dalam seni.[5] Bapanya mengalami asma jadi keluarga mereka berpindah ke Woodstock, New York pada tahun 1976 untuk mengelakkan kabut di bandar.[2] Empat tahun kemudian, keluarganya kembali ke Brooklyn Heights dan Connelly kembali belajar di Saint Ann's.[6]

Karier[sunting | sunting sumber]

Awal karier[sunting | sunting sumber]

Connelly dipilih sebagai peranan sokongan dalam filem 1984, Once Upon a Time in America.[5][7] Semasa menjalani pengambaran Once Upon a Time in America, Connelly membuat penampilan televisyen pertamanya dalam episod "Stranger in Town" siri British, Tales of the Unexpected.[8]

Peranan utama pertamanya adalam dalam filem 1985, Phenomena.[9] Beliau kemudiannya mempunyai peranan utama dalam Seven Minutes in Heaven, ditayangkan pada tahun yang sama.[10]

1980an–1990an[sunting | sunting sumber]

Connelly mula dikenali ramai menerusi filem 1986, Labyrinth dimana beliau melakonkan watak Sarah. Dua tahun kemudian, beliau membintangi sebagai pelajar balet dalam filem Itali, Étoile,[11] dan berlakon sebagai pelajar kolej, Gabby dalam Some Girls.[12] Pada tahun 1990, Dennis Hopper mengarahkan The Hot Spot dimana Connelly melakonkan watak Gloria Harper.[13] Filem ini gagal mencapai kejayaan di box office tetapi lakonan Connelly dipuji.

Filem Connelly seterusnya merupakan filem romantik komedi 1991, Career Opportunities, membintangi bersama Frank Whaley.[14] Filem Disney, The Rocketeer (1991) menyusul selepas itu.[15] Beliau melakonkan watak Jenny Blake.[16] Beliau muncul bersama Jason Priestley dalam video muzik Roy Orbison, "I Drove All Night" pada tahun berikutnya.[17]

Connelly kemudiannya muncul dalam Of Love and Shadows, sebuah filem Argentina-Amerika Syarikat 1994 ditulis dan diarahkan oleh Betty Kaplan serta dibintangi Antonio Banderas. Pada tahun 1995, pengarah, John Singleton memilih Connelly untuk watak pelajar kolej lesbian dalam Higher Learning.[18] Beliau kemudiannya muncul dalam filem 1996, Far Harbor sebagai Elie.[19] Ia disusuli dengan filem thriller, Mulholland Falls.[20]

Beliau mula muncul dalam filem bajet rendah seperti filem 1997, Inventing the Abbotts dimana beliau berlakon sebagai Eleanor.[21] Penampilan seterusnya adalah dalam filem sains fiksyen 1998, Dark City juga dibintangi Rufus Sewell, William Hurt, Ian Richardson dan Kiefer Sutherland.[22] Connelly melakonkan watak Emma.

Awal 2000an[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2001, Connelly mempunyai peranan dalam Pollock sebagai Ruth Kligman.[23] Pada tahun 2000, beliau muncul dalam Requiem for a Dream, diarahkan oleh Darren Aronofsky dan berdasarkan novel dengan tajuk yang sama oleh Hubert Selby, Jr.[24] Connelly melakonkan watak Marion Silver.[25][26]

Beliau muncul sebagai Catherine Miller dalam drama bersiri FOX, The $treet.[27] Juga pada tahun 2000, beliau muncul dalam Waking the Dead, sebuah filem berdasarkan novel 1986 dengan tajuk yang sama, melakonkan watak Sarah Williams.[28]

Beliau mempunyai peranan dalam filem 2001, A Beautiful Mind sebagai Alicia Nash.[29] Filem ini mencapai kejayaan kritis dan komersial, mengutip US$313 juta di seluruh dunia.[30] Beliau melakonkan watak Betty Ross dalam filem Hulk. Ia disusuli dengan House of Sand and Fog. Beliau melakonkan watak Kathy Nicolo.[31]

2005–sekarang[sunting | sunting sumber]

A brown haired woman, wearing a white dress with small flowers detail and a black ribbon in her hips. She is also wearing pendants. Behind her there is a woman dress with a white shirt and a white skirt with big flowers details.
Connelly di Central Park, Bandar Raya New York, Jun 2005

Selepas dua tahun tidak muncul dalam filem, Connelly kembali dalam filem seram 2005, Dark Water berdasarkan filem Jepun 2002 dengan tajuk yang sama.[7] Beliau melakonkan watak Dahlia.[32]

Beliau melakonkan watak Kathy Adamson dalam Little Children bersama Kate Winslet.[33] Connelly membintangi Blood Diamond bertentangan Leonardo DiCaprio dimana beliau melakonkan watak Maddy Bowen.[34] Penampilan beliau seterusnya adalah sebagai Grace dalam Reservation Road bersama Joaquin Phoenix dan Mark Ruffalo.[35]

Connelly melakonkn watak Helen Benson dalam The Day the Earth Stood Still. Ini disusuli dengan peranan dalam filem romantik komedi 2009, He's Just Not That Into You yang juga dibintangi Jennifer Aniston dan Ginnifer Goodwin.[36] Pada tahun 2009, beliau muncul dalam Creation sebagai Emma Darwin.[37] Beliau kemudiannya menyuarakan watak "7" dalam filem animasi, 9.[38]

Connelly di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2010

Beliau muncul dalam Virginia yang dibuka pada September 15, 2010 di Festival Filem Antarabangsa Toronto. Dua tahun kemudian, ia telah diumumkan bahawa filem ini akan menerima tayangan teater terhad pada bulan Mei 2012.[39][40] Connelly melakonkan watak Virginia.[41]

Pada tahun 2011, Connelly membintangi filem komedi, The Dilemma bersama Vince Vaughn. Projek beliau yang seterusnya adalah Salvation Boulevard, dibuka semasa Festival Filem Sundance 2011.[42] Connelly melakonkan watak Gwen.[43] Beliau kemudiannya membintangi bersama Greg Kinnear dalam Stuck in Love. Filem ini dibuka semasa Festival Filem Antarabangsa Toronto 2012.[44]

Pada bulan Ogos 2013, ia telah diumumkan bahawa Connelly telah dipilih oleh suaminya, Paul Bettany untuk filem arahan sulungnya, Shelter.[45] Connelly mempunyai peranan dalam filem 2014, Winter's Tale[46] serta membintangi Cry/Fly.[47]

Beliau melakonkan watak Naameh dalam filem 2014, Noah.[48]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Semasa menjalani pengambaran The Rocketeer, beliau mula mempunyai hubungan dengan Billy Campbell. Mereka berpisah pada tahun 1996.[49] Anak pertamany, Kai, dilairkan pada tahun 1997 dari hubungannya bersama jurugambar, David Dugan.[50]

Pada Januari 1, 2003, beliau berkahwin dengan pelakon, Paul Bettany di Scotland.[51] Anak pertama mereka, Stellan, dilahirkan pada tahun yang sama. Beliau melahirkan anak ketiganya, Agnes Lark pada Mei 31, 2011 di Bandar Raya New York.[52]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Nota
1982 Tales of the Unexpected The Girl Wendy Toye Siri TV; Episod: "Stranger in Town"
1984 Once Upon a Time in America Young Deborah Gelly Sergio Leone
1985 Phenomena Jennifer Corvino Dario Argento
1985 Seven Minutes in Heaven Natalie Becker Linda Feferman
1986 Labyrinth Sarah Williams Jim Henson
1988 Some Girls Gabriella d'Arc Michael Hoffman
1989 Étoile (Ballet) Claire Hamilton / Natalie Horvath Peter Del Monte
1990 The Hot Spot Gloria Harper Dennis Hopper
1991 Career Opportunities Josie McClellan Bryan Gordon
1991 The Rocketeer Jenny Blake Joe Johnston
1992 The Heart of Justice Emma Burgess Bruno Barreto Filem TV
1994 Of Love and Shadows Irene Betty Kaplan
1995 Higher Learning Taryn John Singleton
1996 Mulholland Falls Allison Pond Lee Tamahori
1996 Far Harbor Ellie John Huddles
1997 Inventing the Abbotts Eleanor Abbott Pat O'Connor
1998 Dark City Emma Murdoch / Anna Alex Proyas
2000 Waking the Dead Sarah Williams Keith Gordon
2000 Pollock Ruth Kligman Ed Harris
2000 The $treet Catherine Miller Michael Dinner Siri TV
2000 Requiem for a Dream Marion Silver Darren Aronofsky
2001 A Beautiful Mind Alicia Nash Ron Howard
2003 Hulk Betty Ross Ang Lee
2003 House of Sand and Fog Kathy Nicolo Vadim Perelman
2005 Dark Water Dahlia Williams Walter Salles
2006 Little Children Kathy Adamson Todd Field
2006 Blood Diamond Maddy Bowen Edward Zwick
2007 Reservation Road Grace Learner Terry George
2008 The Day the Earth Stood Still Helen Benson Scott Derrickson
2009 He's Just Not That Into You Janine Gunders Ken Kwapis
2009 Inkheart Roxane Iain Softley
2009 9 7 Shane Acker Peranan suara
2009 Creation Emma Darwin Jon Amiel
2010 Virginia Virginia Dustin Lance Black
2011 The Dilemma Beth Ron Howard
2011 Salvation Boulevard Gwen Vanderveer George Ratliff
2013 Stuck in Love Erica Josh Boone
2014 Winter's Tale Virginia Gamely Akiva Goldsman
2014 Noah Naameh Darren Aronofsky
2015 Aloft Nana Kunning Claudia Llosa
2015 Shelter Hannah Paul Bettany
2016 American Pastoral Ewan McGregor

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Monitor". Entertainment Weekly (1237): 26. Dec 14, 2012. 
  2. ^ a b Sischy, Ingrid (April 1, 2002). "How holding out for something that mattered paid off". Interview Magazine. Brant Publications: 36. 
  3. ^ Schneider, Karen S. (February 4, 2002). "Jennifer Connelly's love saves Russell Crowe in a Beautiful Mind—but her no. 1 guy is 4-year-old Kai". People. m/s. 73, 74. ISSN 0093-7673. Dicapai pada September 1, 2009. 
  4. ^ Dicker, Ron (July 3, 2005). "Jennifer Connelly feeling more at home in her career". Hartford Courant. Dicapai pada December 14, 2008.  "She jokes that she was raised with a double dose of guilt, having an Irish Catholic father and a Jewish mother who was schooled at a yeshiva in New Rochelle."
  5. ^ a b c Ralat Lua pada baris 55 di Modul:Citation/CS1/Utilities: bad argument #1 to 'message.newRawMessage' (string expected, got nil).
  6. ^ "Jennifer Connelly Biography". Biography Channel. A&E Television Networks. Dicapai pada August 16, 2011. 
  7. ^ a b Wills, Dominic (2008). "Jennifer Connelly biography". TalkTalk. Tiscali UK Limited. Dicapai pada August 26, 2010. 
  8. ^ Lentz, Harris (1994). Science Fiction, Horror & Fantasy Film and Television Credits: Supplement 2, Through 1993. 4. McFarland. m/s. 49. ISBN 978-0-89950-927-3. 
  9. ^ Kenneth Muir, John (2007). Horror films of the 1980s. McFarland. m/s. 431. ISBN 978-0-7864-2821-2. 
  10. ^ "Seven Minutes in Heaven (1986)". The New York Times. The New York Times Company. Dicapai pada September 2, 2010. 
  11. ^ "Étoile (ballet) (1988)". Rotten Tomatoes. Flixster. 2010. Dicapai pada March 28, 2010. 
  12. ^ Hirschberg, Lynn (2005). "Some Girls review". The New York Times. The New York Times Company. Dicapai pada August 11, 2010. 
  13. ^ Maslin, Janet (October 12, 1990). "The Hot Spot (1990)". The New York Times. The New York Times Company. Dicapai pada March 23, 2011. 
  14. ^ Pratt, Douglas (2004). Doug Pratt's DVD: Movies, Television, Music, Art, Adult, and More!, Volume 1. UNET 2 Corporation. m/s. 217. ISBN 978-1-932916-00-3. 
  15. ^ "Ten actors that started out right". Rotten Tomatoes. Flixter. Dicapai pada August 25, 2011. 
  16. ^ Smith, Dave (1998). Disney A to Z: The Updated Official Encyclopedia. Hyperion. m/s. 475. ISBN 0-7868-6391-9. Dicapai pada March 3, 2014. 
  17. ^ "Roy Orbison – I drove all night". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada August 11, 2010. 
  18. ^ "Jennifer Connelly biography". MSN Movies. Microsoft Corporation. Dicapai pada August 18, 2010. 
  19. ^ Craddock, Jim (2005). Videohound's Golden Movie Retriever 2005. Thomson/Gale. m/s. 287. ISBN 978-0-7876-7470-0. 
  20. ^ Hirsch, Foster (1999). Detours and Lost Highways: A Map of Neo-Noir. Limelight Editions. ISBN 978-0-87910-288-3. 
  21. ^ Huang, Teresa (1997). "The good old days really weren't so easy" (PDF). The Tech Online Edition. The Tech. 117 (16): 9. Dicapai pada August 12, 2010. 
  22. ^ "Dark City". Metacritic. Dicapai pada August 16, 2010. 
  23. ^ Ebert, Roger (2008). Roger Ebert's Four Star Reviews 1967-2007. Andrews McMeel Publishing. m/s. 608. ISBN 978-0-7407-7179-8. 
  24. ^ Lemmons, Stephen (October 26, 2000). "Requiem For a Dream author Hubert Selby Jr.". Salon.com. Salon Media Group, Inc. Dicapai pada March 23, 2011. 
  25. ^ "Requiem For a Dream". Official Site of the Cannes Film Festival. Festival International de Cannes. Dicapai pada August 18, 2010. 
  26. ^ Ebert, Roger (November 3, 2000). "Requiem for a Dream". Chicago Sun-Times. Sun-Times Media Group. Dicapai pada August 18, 2010. 
  27. ^ The New York Times television reviews 2000. The New York Times. Routledge. 2001. m/s. 504, 525. ISBN 978-1-57958-060-5. 
  28. ^ Stark, Jeff (May 19, 1986). "Books: Ambitions: Waking the Dead". Time. Time, Inc. Dicapai pada March 23, 2011. 
  29. ^ Russell Crowe, Jennifer Connelly, Ron Howard (2002). A Beautiful Mind DVD featurette: Casting Russell Crowe and Jennifer Connelly (Motion picture). Universal studios/DreamWorks. 
  30. ^ "A Beautiful Mind (2001)". Box Office Mojo. Dicapai pada March 2, 2011. 
  31. ^ Welsch, Janice; Adams, J.Q. (2005). Multicultural films: a reference guide. Greenwood Publishing Group. m/s. 32. ISBN 978-0-313-31975-4. 
  32. ^ Dargis, Manohla (July 8, 2005). "Dark Water – A noisy upstairs neighbor is just the beginning of a rental nightmare". The New York Times. New York Times Company. Dicapai pada August 18, 2010. 
  33. ^ Scott, A.O. (September 29, 2006). "Little Children". The New York Times. New York Times Company. Dicapai pada March 30, 2011. 
  34. ^ Bowles, Scott (April 12, 2006). "Blood Diamond in the rough". USA Today. Gannett Co. Inc. Dicapai pada March 30, 2011. 
  35. ^ Stein, Ruthe (October 14, 2007). "Jennifer Connelly's little girl lost in 'Reservation Road'". San Francisco Chronicle. Hearst Corporation. Dicapai pada August 16, 2011. 
  36. ^ Kaltenbach, Chris (February 1, 2009). "Baltimore perfect setting for 'He's Just Not That Into You'". The Baltimore Sun. Tribune Company. Dicapai pada August 22, 2010. 
  37. ^ "Hollywood returns to Wiltshire". BBC. November 26, 2008. Dicapai pada August 22, 2010. 
  38. ^ "9 review". Rotten Tomatoes. Flixster. 2009. Dicapai pada March 23, 2011. 
  39. ^ "'What's Wrong with Virginia' premiere". Toronto Sun. Sun Media. September 16, 2010. Dicapai pada September 25, 2010. 
  40. ^ Jagernauth, Kevin. "Watch: Trailer For Dustin Lance Black's Re-Edited 'Virginia' (aka 'What's Wrong With Virginia')". Indie Wire. Diarkibkan daripada original pada April 18, 2012. Dicapai pada April 18, 2012. 
  41. ^ Cieply, Michael (2010). "What's Wrong With Virginia?". The New York Times. The New York Times Company. Dicapai pada September 27, 2010. 
  42. ^ Wilson, Stacey (2010). "2011 Sundance Film Festival: Salvation Boulevard". Sundance Film Festival. Prometheus Global Media. Dicapai pada December 13, 2010. 
  43. ^ Smith, Nigel (January 28, 2011). "'Salvation Boulevard' goes to IFC and Sony Pictures". IndieWire. SnagFilms LLC. Dicapai pada March 1, 2011. 
  44. ^ Jay, Fernandez (September 14, 2012). "Toronto 2012: Millennium Entertainment Books Greg Kinnear-Jennifer Connelly Drama 'Writers' for the U.S.". IndieWire. SnagFilms Co. Dicapai pada September 16, 2012. 
  45. ^ McNary, Dave (August 21, 2013). "Jennifer Connelly, Anthony Mackie Starring in Paul Bettany's 'Shelter'". Variety. Reed Business Information. Dicapai pada August 21, 2013. 
  46. ^ "Jennifer Connelly will tell 'A Winter's Tale'". deadline.com. IndieWire. October 11, 2012. Dicapai pada October 13, 2012. 
  47. ^ Rodriguez, Cain (November 2, 2012). "Jennifer Connelly, Cillian Murphy & Melanie Laurent Will 'Cry/Fly' Together". IndieWire. SnagFilms Co. Dicapai pada November 3, 2012. 
  48. ^ Dang, Simon (April 26, 2012). "Jennifer Connelly & Saoirse Ronan board Russell Crowe's Ark in Darren Aronofsky's 'Noah'". Indie Wire. SnagFilms Co. Dicapai pada April 28, 2012. 
  49. ^ Schneider, Karen S. (February 4, 2002). "Beautiful Minder". People.com. Time, Inc. Dicapai pada February 27, 2014. 
  50. ^ Hill, Logan (May 21, 2005). "Brownstone of death". New York. New York Media LLC. Dicapai pada August 24, 2010. 
  51. ^ Armstrong, Mark (January 10, 2003). "Jennifer Connelly marries Paul Bettany". People Magazine. Time Inc. Dicapai pada August 24, 2010. 
  52. ^ "Jennifer Connelly gives birth to baby girl!". US Weekly. Wenner Media. June 8, 2011. Dicapai pada June 8, 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]