A Beautiful Mind (filem)
A Beautiful Mind | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Ron Howard |
Penerbit | Brian Grazer Ron Howard |
Lakon layar oleh | Akiva Goldsman |
Berdasarkan | A Beautiful Mind oleh Sylvia Nasar |
Dibintangi oleh | |
Muzik oleh | James Horner |
Sinematografi | Roger Deakins |
Disunting oleh | Daniel P. Hanley Mike Hill |
Syarikat penerbitan | Imagine Entertainment |
Pengedar | Universal Pictures (Amerika Utara) DreamWorks Pictures (Antarabangsa) |
Mula ditayangkan |
|
Tempoh tayangan | 135 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Perbelanjaan | $58 juta[1] |
Pecah panggung | $313.6 juta[1] |
A Beautiful Mind ialah sebuah filem biografi Amerika Syarikat 2001 arahan oleh Ron Howard daripada lakon layar yang ditulis oleh Akiva Goldsman. Filem ini mengisahkan hidup John Forbes Nash Jr., seorang ahli matematik tersohor dan pemenang bersama Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi; tokoh tersebut dimainkan wataknya oleh Russell Crowe yang membintangi bersama Ed Harris, Jennifer Connelly, Paul Bettany, Adam Goldberg, Judd Hirsch, Josh Lucas, Anthony Rapp dan Christopher Plummer.
Filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat pada 21 Disember 2001. Ia mengutip $313 juta di seluruh dunia dan memenangi empat Anugerah Akademi, Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Ia juga dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Suntingan Filem Terbaik, Solekan Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Russell Crowe sebagai John Nash
- Ed Harris sebagai William Parcher
- Jennifer Connelly sebagai Alicia Nash
- Paul Bettany sebagai Charles Herman
- Josh Lucas sebagai Martin Hansen
- Adam Goldberg sebagai Sol
- Anthony Rapp sebagai Bender
- Vivien Cardone sebagai Marcee
- Christopher Plummer sebagai Dr. Rosen
- Judd Hirsch sebagai Helinger
- Jason Gray-Stanford sebagai Ainsley Neilson
- Bryce Dallas Howard sebagai Pelajar Harvard
Tayangan[sunting | sunting sumber]
Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]
A Beautiful Mind menerima tayangan terhad pada 21 Disember 2001. Filem ini menerima ulasan positif dengan Crowe menerima pujian meluas untuk lakonannya. Ia kemudiannya ditayangkan secara meluas di Amerika Syarikat pada 4 Januari 2002. Di laman web Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 75%.[3] Roger Ebert dari Chicago Sun-Times memberi filem ini empat daripada empat bintang.[4]
Box office[sunting | sunting sumber]
Filem ini mengutip $170,742,341 di Amerika Utara dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $313,542,341.[1]
Anugerah[sunting | sunting sumber]
Filem ini memenangi empat anugerah di Anugerah Akademi ke-74 untuk Lakon Layar Adaptasi Terbaik (Akiva Goldsman), Filem Terbaik (Brian Grazer dan Ron Howard), Pengarah Terbaik (Ron Howard) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Jennifer Connelly). Ia juga menerima empat pencalonan lain untuk Pelakon Lelaki Terbaik (Russell Crowe), Suntingan Filem Terbaik (Mike Hill dan Daniel P. Hanley), Solekan Terbaik (Greg Cannom dan Colleen Callaghan) dan Skor Muzik Asal Terbaik (James Horner).[5]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b c "A Beautiful Mind (2001)". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada 2010-11-08.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanimdb
tidak disediakan - ^ "A Beautiful Mind". Rotten Tomatoes. Flixter. Dicapai pada 2007-08-14.
- ^ Ebert, Roger. "A Beautiful Mind". Chicago Sun-Times. RogerEbert.com.
- ^ "74th Academy Awards". Oscars.org. Diarkib daripada yang asal pada 2007-08-24. Dicapai pada 2007-08-27.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: A Beautiful Mind (filem) |