Pergi ke kandungan

Jo Bo-ah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jo Bo-ah
Jo pada tahun 2020.
Kelahiran
Jo Bo-yoon

(1991-08-22) 22 Ogos 1991 (umur 32)
Nama lainCho Bo-ah
Pekerjaan
Tahun aktif2011-sekarang
EjenSidusHQ
Nama Korea
Hangul
Perumian SemakanJo Bo-a
McCune–ReischauerCho Po-a
Nama lahir
Hangul
Perumian SemakanJo Bo-yun
McCune–ReischauerCho Po-yun

  Jo Bo-ah (lahir sebagai Jo Bo-yoon pada 22 Ogos 1991) adalah seorang pelakon, model, dan pengacara dari Korea Selatan.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Jo Bo-ah dilahirkan sebagai Jo Bo-yoon pada 22 Ogos 1991 di Daejeon, Korea Selatan. Jo merupakan lulusan dari Universiti Sungkyunkwan, dalam jurusan Seni Persembahan. [1] [2]

Jo membuat penampilan sulungnya pada tahun 2011 dengan peranan kecil dalam sitkom harian I Live in Cheongdam-dong di saluran kabel jTBC. Ini diikuti dengan kerja sebagai pengacara di program uji bakat Made in U (juga di jTBC),[3] dan penampilan dalam Koisuru Maison ~ Rainbow Rose ~, sebuah produksi bersama Korea-Jepun.[4]

Pada tahun 2012, Jo memainkan peranan utama pertamanya sebagai bekas gadis kaya yang jatuh cinta dengan seorang artis rock dalam siri drama TVN Shut Up Flower Boy Band.[5][6][7] Akhir tahun itu, beliau muncul dalam siri TV rangkaian pertamanya dengan peranan sokongan dalam drama MBC Horse Doctor.[8]

Pada tahun 2013, Jo dan Kim Woo-bin menjadi pengacara bersama dalam rancangan muzik mingguan Mnet M Countdown selama dua minggu (pada 4 dan 11 April).[9]

Jo diberikan peranan dalam filem pertamanya pada tahun 2014, sebagai remaja bermasalah dan menggoda yang obses dengan guru gimnya dalam thriller erotik Innocent Thing.[10] Kembali di kabel televisyen, beliau memainkan peranan utama dalam siri komedi romantis The Idle Mermaid, sebuah drama moden yang diceritakan semula dari cerita kanak-kanak The Little Mermaid di mana drama tersebut berkisar di tengah-tengah tempat kerja yang kompetitif.[11]

Jo mencuba genre baru pada tahun 2015 dengan drama prosedur polis terbitan OCN berjudul The Missing, dan beliau berperanan sebagai detektif untuk pasukan petugas yang mengkhusus menyiasat ke-kes orang hilang.[12] Beliau kemudian menyertai barisan pelakon terkenal dalam drama keluarga hujung minggu terbitan KBS berjudul All About My Mom,[13][14] dan membintangi siri web Love Cells 2, diadaptasi dari webtoon dengan tajuk yang sama.[15]

Pada tahun 2016, Jo membintangi sebuah melodrama balas dendam Monster dan siri komedi romantis Sweet Stranger and Me.[16][17] Pada tahun 2017, beliau membintangi sebuah melodrama romantik Temperature of Love,[18] dan drama khas dua episod Let's Meet, Joo-oh.[19]

Pada tahun 2018, Jo membintangi drama Goodbye to Goodbye, berdasarkan webtoon mengenai kisah dua wanita. Beliau memainkan peranan sebagai pelajar universiti yang menghadapi cabaran sebagai ibu tunggal.[20][21] Pada tahun yang sama, beliau membintangi drama komedi romantis My Strange Hero.[22]

Pada tahun 2020, Jo membintangi drama romantik Forest sebagai doktor.[23] Pada tahun yang sama beliau membintangi drama fantasi Tale of the Nine Tailed sebagai penerbit televisyen.[24]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan
2014 Innocent Thing Ha Young-eun

Siri televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Rangkaian
2011 I Live in Cheongdam-dong Bo-ah (ep. 10, 14-15) JTBC
2012 Shut Up Flower Boy Band Im Soo-ah tvN
Koisuru Maison Rainbow Rose Bo-ah TV Tokyo
2012-2013 Horse Doctor Seo Eun-seo MBC
2014 The Idle Mermaid Kim Ha-ni / Aileen tvN
2015 The Missing Jin Seo-joon OCN
All About My Mom Jang Chae-ri KBS2
Love Cells 2 Ye-bom Naver TV Cast
2016 Monster Do Shin-young MBC
Sweet Stranger and Me Do Yeo-joo KBS2
2017 Temperature of Love Ji Hong-ah SBS
Drama Special: Let Us Meet Lee Soo-ji KBS2
2018 Goodbye to Goodbye Jung-hyo MBC
2018-2019 My Strange Hero Son Soo-jung SBS
2020 Forest Jung Young-jae KBS2
Tale of the Nine Tailed Nam Ji-ah tvN

Rancangan hiburan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Rangkaian Catatan Ruj
2017 Law of the Jungle SBS Ahli (ep. 261–264) [25]
Battle Trip KBS2 Peserta dengan Kim So-eun (ep. 58–61) [26]

Pengacaraan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Rangkaian Catatan Ruj
2020 Anugerah Drama KBS 2020 KBS2 Hos bersama dengan Do Kyung-wan [ko] dan Lee Sang-yeob [27] [28]
2020 Anugerah Trot 2020 TV Chosun Pengacara bersama Lim Young-woong dan Kim Sung-joo [29]
2020 Anugerah Muzik Seoul ke-29 KBS N Pengacara bersama dengan Kim Hee-chul dan Shin Dong-yup [30]
2018–2019 Restoran Alley Baek Jong-won SBS Pengacara bersama dengan Baek Jong-won dan Kim Sung-joo (ep. 11–59) [31]
2013 M Countdown Mnet Pengacara bersama dengan Kim Woo-bin (pada 4 dan 11 April)
2011–2012 Made in U JTBC Pengacara

Penampilan video muzik

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk lagu Artis Ruj
2016 "Remember That" BtoB [32]
2020 "Everybody Has" Chungha [33] [34]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan Ruj
2015 Grimae Awards ke-28 Pelakon Wanita Baru Terbaik All About My Mom Menang [35]
KBS Drama Awards Pelakon Wanita Baru Terbaik Tercalon
Anugerah Populariti, Pelakon Wanita Menang [36]
2016 MBC Drama Awards Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita dalam Drama Projek Khas Monster Tercalon
Pelakon Wanita Baru Terbaik Menang [37]
KBS Drama Awards Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita dalam Minisiri Sweet Stranger and Me Tercalon
2017 SBS Entertainment Awards Anugerah Cabaran Terbaik Law of the Jungle Menang [38]
SBS Drama Awards Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita dalam Drama Isnin-Selasa Temperature of Love Tercalon
Pelakon Wanita Baru Terbaik Tercalon
KBS Drama Awards Pelakon Wanita Terbaik dalam Drama Satu Aksi/Khas/Pendek Let Us Meet, Joo Oh Tercalon
2018 6th APAN Star Awards Anugerah Kecemerlangan, Pelakon dalam Drama Bersiri Goodbye to Goodbye Menang [39]
The Seoul Awards ke-2 Pelakon Wanita Baru Terbaik (Drama) Menang [40]
MBC Drama Awards Anugerah Kecemerlangan, Pelakon dalam Drama Hujung Minggu Menang [41]
2019 SBS Drama Awards Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita dalam Minisiri My Strange Hero Tercalon
2020 APAN Star Awards ke-7 Anugerah Bintang Popular, Pelakon Wanita Tale of the Nine Tailed Tercalon [42]
KBS Drama Awards ke-34 Anugerah Netizen, Pelakon Wanita Forest Menang [43]
Anugerah Pasangan Terbaik dengan Park Hae-jin Menang [44]
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita dalam Miniseri Tercalon
  1. ^ Hwang, Hyo-jin (February 29, 2012). "My Name Is: Cho Bo-ah". 10Asia. Dicapai pada November 18, 2012.
  2. ^ "조보아│닥치고 빙의 되고 싶은 소녀". TenAsia (dalam bahasa Korea). February 28, 2012.
  3. ^ "'닥꽃밴'조보아, '메이드인유' 하차 "드라마 몰입"". Star News (dalam bahasa Korea). January 25, 2012.
  4. ^ "조보아, 日 드라마서 강지영 괴롭히는 악녀 "완벽변신"". Financial News (dalam bahasa Korea). May 9, 2012.
  5. ^ "Cho Bo-ah: My character Sua may seem too naive to the viewers". 10Asia. February 29, 2012. Dicapai pada November 18, 2012.
  6. ^ "Cho Bo-ah: Sung-jun is someone that is very considerate". 10Asia. February 29, 2012. Dicapai pada November 18, 2012.
  7. ^ "Cho Bo-ah: A person would be happy to have just one friend like Du-mi". 10Asia. February 29, 2012. Dicapai pada November 18, 2012.
  8. ^ "Cho Bo Ah, "'Horse Doctor' after 'Shut Up Flower Boy Band' was a gift for me"". Top Star News. April 19, 2012. Dicapai pada August 9, 2014.
  9. ^ 김우빈-조보아 '엠카운트다운' 스페셜 MC 낙점. Sports Chosun (dalam bahasa Korean). April 2, 2013. Dicapai pada July 18, 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Starlet Hits Right Note as Love-struck Student in Movie Debut". The Chosun Ilbo. April 19, 2014. Dicapai pada April 19, 2014.
  11. ^ Park, Ji-ryun (July 30, 2014). "Jo Bo Ah and Song Jae Rim Talk Underwater Kiss Scene in The Idle Mermaid". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada March 30, 2015. Dicapai pada August 1, 2014.
  12. ^ "Jo Bo-ah to star in "Missing Noir M" with Kim Kang-woo and Park Hee-soon". Hancinema. Newsen. February 1, 2015.
  13. ^ Kim, Dan-hee (July 1, 2015). 부탁해요 엄마', 대본 리딩 현장 공개...'쟁쟁한 라인업'. Top Star News (dalam bahasa Korean). Dicapai pada July 2, 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ Lee, Eun-won (July 1, 2015). '부탁해요, 엄마' 유진 이상우 오민석 최태준, 대본 리딩 현장 공개. Star Daily News (dalam bahasa Korean). Dicapai pada July 2, 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ Kim, Ji-hye (July 24, 2015). '조보아, 웹드라마 '연애세포2' 출연.. 임슬옹와 호흡 맞춘다. TenAsia (dalam bahasa Korean). Dicapai pada July 24, 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Acting rude for a reason". The Straits Times. May 11, 2016.
  17. ^ "'Sweet Stranger and Me,' a rom-com with suspense". Kpop Herald. October 21, 2016.
  18. ^ Heo, Seol-hee (August 14, 2017). "'사랑의 온도' 측 "김재욱·조보아 합류 확정, 시너지 기대" [공식]". My Daily (dalam bahasa Korea).
  19. ^ "손호준, 단막극 '만나게 해, 주오' 출연…조보아와 호흡(공식)". Herald Corporation (dalam bahasa Korea). August 7, 2017.
  20. ^ "Jo Bo-ah to star in "The Goodbye Has Left"". Hancinema. Hankook Ilbo. February 8, 2018.
  21. ^ "Cho Bo-ah to Play Role Tackling Challenges Faced by Women". The Chosun Ilbo. May 2, 2018.
  22. ^ "조보아, '복수가 돌아왔다' 여주 확정..유승호와 첫사랑 호흡[공식입장]". Osen (dalam bahasa Korea). September 27, 2018.
  23. ^ "Park Hae-jin, Cho Bo-ah usher in spring with 'Forest'". The Korea Herald. January 29, 2020.
  24. ^ "Lee Dong-wook and Jo Bo-ah Confirm Starring Roles in "The Tale of a Gumiho"". Hancinema. December 26, 2018.
  25. ^ Kim Jin-seon (January 18, 2017). "조보아·신원호, '정글의 법칙' 합류...인도네시아 行 (공식입장)". Star MBN (dalam bahasa Korea). Dicapai pada August 11, 2018.
  26. ^ "'배틀트립' 김소은-조보아, 헝가리 여행, 로맨틱, 성공적". Sports Donga (dalam bahasa Korea). July 30, 2017.
  27. ^ "[단독]조보아, 도경완과 함께 2020 KBS 연기대상 MC 확정". star.mt (dalam bahasa Korea). December 6, 2020.
  28. ^ Lee Min-ji (December 22, 2020). "2020 KBS 연기대상' 도경완 조보아 이상엽 MC 확정(공식)". newsen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada December 22, 2020.
  29. ^ "2020 트롯 어워즈' 임영웅X김성주X조보아, 3MC 라인업 확정..환상 트리플 진행[공식]". news.naver (dalam bahasa Korea). 2020-09-26.
  30. ^ Choi Jin-sil (January 17, 2020). [하이원서울가요대상 D-13]신동엽X김희철X조보아, 특급 MC 라인업 완성 [[Hi1 Seoul Music Awards D-13] Shin Dong-yup X Kim Hee-chul X Jo Bo-ah, special MC lineup completed]. Sports Seoul (dalam bahasa Korea). Dicapai pada October 10, 2020.
  31. ^ "조보아, '백종원의 골목식당' 새 MC 합류[공식]". Ilgan Sports (dalam bahasa Korea). February 23, 2018.
  32. ^ "[영상] 비투비(BTOB)이민혁-조보아, 신곡 '봄날의 기억'MV서 핑크빛 '침대 키스신'". Top Star News (dalam bahasa Korea). March 22, 2016.
  33. ^ "청하, 신곡 '솔직히 지친다' M/V 티저 공개…조보아, 감성 연기". Naver (dalam bahasa Korea). February 27, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-29. Dicapai pada 2021-01-12.
  34. ^ "조보아, 청하 'New.wav' 프로젝트 MV 주인공 참여…29일 공개 [공식]". Naver (dalam bahasa Korea). February 21, 2020.
  35. ^ "Yeon Jung-hoon and Soo Ae to receive Excellence in Acting Awards at Grime Awards 2015". Hancinema. Star News. December 10, 2015.
  36. ^ "Check out the Winners from '2015 KBS Drama Awards'". BNT News. December 31, 2015.
  37. ^ "2016 MBC 연기대상 여자 신인상 남지현·조보아 공동수상". Sports Khan (dalam bahasa Korea). December 30, 2016.
  38. ^ "'My Ugly Duckling' moms win grand prize at 2017 SBS Entertainment Awards". International Business Times. December 31, 2017.
  39. ^ "이병헌, '미스터 션샤인' 대상 수상..정해인 2관왕(종합)[2018 APAN]". Osen (dalam bahasa Korea). 13 October 2018.
  40. ^ "[2회 더서울어워즈] '나의아저씨·공작' 대상…이병헌·김남주·하정우·손예진 주연상(종합)". Ilgan Sports (dalam bahasa Korea). October 27, 2018.
  41. ^ Jung, Yu-jin (December 31, 2018). 소지섭 ‘데뷔 23년 만에 첫 대상’(mbc연기대상)[포토엔HD] [So Ji-sub Soo'First Debut in 23 Years' (mbc Drama Awards)[Photo and HD]]. Newsen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 31, 2018. Dicapai pada June 5, 2020 – melalui Naver.
  42. ^ Kim, Yang-soo (October 26, 2020). "APAN어워즈', 방탄X임영웅X현빈X주원…인기상 후보 공개 '뜨거운 경합". joynews24 (dalam bahasa Korea). Daum. Dicapai pada October 26, 2020.
  43. ^ Sun Jin-ah (December 31, 2020). "김영대·이상엽·조보아 인기상 "팬 투표로 받은 상, 무게 느껴져" [KBS 연기대상]". mksports (dalam bahasa Korea). Dicapai pada December 31, 2020.
  44. ^ Kim Hyun-sik (December 31, 2020). "[2020 KBS 연기대상] 조보아·박해진 고준·조여정 나나·박성훈 '베스트커플상'". edaily (dalam bahasa Korea). Dicapai pada December 31, 2020.

Pautan luaran

[sunting | sunting sumber]