John Paintsil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
John Paintsil
Paintsil bersama Fulham pada tahun 2009
Maklumat peribadi
Nama penuh John Paintsil
Tarikh lahir (1981-06-15) 15 Jun 1981 (umur 42)
Tempat lahir Berekum, Brong-Ahafo, Ghana
Ketinggian 1.78 m (5 ka ​10 18 in)[1]
Posisi permainan Pertahanan / Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Maritzburg United
Nombor 5
Kerjaya remaja
1997–1999 Berekum Arsenal
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999–2000 Berekum Arsenal 0 (0)
2000–2001 Liberty Professionals 10 (0)
2001–2002 Berekum Arsenal 12 (1)
2002–2004 Maccabi Tel Aviv 46 (0)
2004–2006 Hapoel Tel Aviv 46 (4)
2006–2008 West Ham United 19 (0)
2008–2011 Fulham 75 (0)
2011–2012 Leicester City 6 (0)
2012–2013 Hapoel Tel Aviv 9 (0)
2013–2014 Santos 17 (0)
2014– Maritzburg United 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2001– Ghana[2] 88 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 Mac 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 2 Februari 2013

John Paintsil (lahir 15 Jun 1981 di Berekum) merupakan pemain bola sepak Ghana yang bermain untuk kelab Afrika Selatan, Maritzburg United dan pasukan kebangsaan Ghana.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Karier awal[sunting | sunting sumber]

Paintsil mula bermain di negara asalnya, Ghana bersama Berekum Arsenal dan Liberty Professionals sebelum berpindah ke kelab Israel, Maccabi Tel Aviv pada tahun 2002.

Maccabi Tel Aviv[sunting | sunting sumber]

Pantsil menyertai kelab Israel, Maccabi Tel Aviv pada tahun 2002, dimana dia berjaya memenangi kejuaraan liga bersama kelab itu.[3] Dia membuat 46 penampilan liga[4] dan lima penampilan dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Hapoel Tel Aviv[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Disember 2004, dia berpindah ke Hapoel Tel Aviv[5] dan membantu mereka menduduki tempat kedua dalam liga pada tahun 2006[3] dan memenangi Israeli State Cup pada bulan Mei 2006.[6] Dia membuat 42 penampilan untuk Hapoel dan menjaringkan tiga gol.[4]

Pantsil bermain untuk West Ham United pada tahun 2008

West Ham United[sunting | sunting sumber]

Selepas Piala Dunia 2006, pemain antarabangsa Israel Yossi Benayoun mengesyorkan nama Paintsil kepada pengurus West Ham United, Alan Pardew selepas kelab itu memerlukan pemain di posisi pertahanan kanan.[5] Pada bulan Ogos 2006, West Ham menandatangani Paintsil selepas permit kerjanya diberi.[7] Paintsil diberi jersi bernombor 14 di West Ham dan bersaing tempat bersama Tyrone Mears dan Jonathan Spector. Dia hanya membuat lima penampilan untuk West Ham semasa musim 2006–07.[8]

Fulham[sunting | sunting sumber]

Paintsil bersama Fulham pada tahun 2008

Pada 15 Julai 2008, Paintsil dan rakan sepasukan Bobby Zamora berpindah ke Fulham.[9] Dia menjadi pemain tetap dalam pasukan utama pada musim 2008–09, membantu Cottagers menduduki tempat ketujuh. Dia mengekalkan tempatnya sebagai pemain utama pada musim 2009–10. Pada bulan Jun 2011, pengurus baru Fulham Martin Jol mengumumkan bahawa Pantsil telah bermain perlawanan terakhirnya untuk Fulham dan dia tidak akan kembali untuk musim 2011–12.[10] Dia dibebaskan oleh Fulham pada bulan Jun 2011.[11]

Leicester City[sunting | sunting sumber]

Paintsil bermain untuk Leicester City

Pada 21 Julai 2011, Paintsil menyertai Leicester City secara perpindahan percuma.[12] Dia merupakan pembelian kelapan Sven-Göran Eriksson. Paintsil dibebaskan oleh Leicester pada bulan Mei 2012 setelah membuat tujuh penampilan dalam semua pertandingan. Dia tidak membuat sebarang penampilan sejak pelantikan pengurus Leicester baru, Nigel Pearson pada bulan November 2011 dan tidak bermain untuk Leicester sejak bulan Oktober 2011.[4][13]

Hapoel Tel Aviv[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Ogos 2012 Paintsil kembali ke Israel dengan menandatangi kontrak bersama Hapoel Tel Aviv untuk semusim.[14]

Santos[sunting | sunting sumber]

Paintsil menyertai kelab Afrika Selatan, Santos pada 10 Oktober 2013[15] selepas gagal bersetuju dengan terma bersama Polokwane City.[16]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Paintsil bermain dalam kesemua perlawanan Ghana ketika Piala Dunia FIFA 2006 dimana mereka tewas kepada Brazil di pusingan kedua.[5] Dia merupakan ahli skuad Ghana ketika Piala Dunia FIFA 2010 dimana pasukannya layak ke peringkat suku akhir di Afrika Selatan sebelum tewas kepada Uruguay.[17] Dia bermain dalam kelima-lima perlawanan.

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Maccabi Tel Aviv[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League Player Profile". Premier League. Dicapai pada 18 March 2011.
  2. ^ (Inggeris) John Profil John Paintsil di National-Football-Teams.com
  3. ^ a b Player Profile: John Pantsil, Ghanaweb.com. Retrieved 22 June 2007.
  4. ^ a b c Soccerbase: John Pantsil Diarkibkan 2007-10-01 di Wayback Machine, Racing Post. Retrieved 22 June 2007.
  5. ^ a b c Player Profiles: John Pantsil, West Ham United Official site. Retrieved 22 June 2007.
  6. ^ Player Profile: John Paintsil, Sky Sports. Retrieved 22 June 2007.
  7. ^ "Hammer Paintsil nets work permit", BBC Sport, 9 August 2006. Retrieved 22 June 2007.
  8. ^ "West Ham's Pantsil eyeing exit", BBC Sport, 22 June 2007. Retrieved 22 June 2007.
  9. ^ "Zamora & Pantsil sign for Fulham". BBC Sport. 15 July 2008. Dicapai pada 2008-07-15.
  10. ^ "John Pantsil will not return to Fulham - Jol". MTNFootball. 9 June 2011. Dicapai pada 2011-06-10.
  11. ^ "Players released". The Guardian. 16 June 2011. Dicapai pada 16 June 2011.
  12. ^ "Leicester City sign defender John Pantsil". BBC Football. 21 July 2011. Dicapai pada 21 July 2011.
  13. ^ "Pantsil leaves Leicester". www.lcfc.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-04. Dicapai pada 2 May 2012.
  14. ^ [1] Diarkibkan 2012-08-18 di Wayback Machine|It’s Exciting to Return to Hapoel Tel Aviv – John Paintsil
  15. ^ "Paintsil Signs For Santos". Soccer Laduma. Dicapai pada 11 October 2013.
  16. ^ "Paintsil back at Santos". KickOff. Dicapai pada 11 October 2013.
  17. ^ "World-Tearful Ghana rue last-gasp penalty drama". Fourfourtwo.com. 2 July 2009. Dicapai pada 2010-07-03.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]