Jon Ossoff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jon Ossoff
Senator Amerika Syarikat
dari Georgia
Memegang jawatan
20 Januari 2021
Berkhidmat dengan Raphael Warnock
Didahului olehDavid Perdue
Butiran peribadi
LahirThomas Jonathan Ossoff
(1987-02-16) 16 Februari 1987 (umur 37)
Atlanta, Georgia, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganAlisha Kramer (k. 2017)
PendidikanGeorgetown University
London School of Economics
Laman web rasmiLaman web Senat

Thomas Jonathan Ossoff (/ˈɒsɒf/ OSS-off; lahir 16 Februari 1987)[1][2] ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat.[3] Seorang ahli Parti Demokrat, Ossoff ialah Senator Amerika Syarikat dari Georgia, berkhidmat bersama Raphael Warnock. Sebelum pilihan raya, beliau ialah seorang ahli politik, penerbit filem dokumentari dan wartawan penyiasatan.

Beliau mengalahkan penyandang senator David Perdue dari parti Republikan.[4] Tidak ada calon yang mencapai nilai ambang 50% pada pilihan raya umum 3 November yang mencetuskan pilihan raya semula pada 5 Januari 2021.[5] Kemenangan Ossoff menjadikan beliau sebagai ahli termuda terkini yang dipilih ke Senat dengan Madison Cawthorn sebagai ahli termuda di Dewan Perwakilan dan Senator Yahudi pertama dipilih dari negeri-negeri selatan Amerika Syarikat sejak Benjamin F. Jonas dari Louisiana yang dipilih pada tahun 1879.[6]

Ossoff ialah calon Demokrat dalam pilihan raya khas 2017 untuk daerah kongres ke-6 Georgia, yang telah lama dianggap sebagai kubu kuat Republikan. Setelah menduduki tempat pertama, tetapi tanpa majoriti dalam pemilihan utama semua parti, beliau kalah di peringkat akhir dengan 48.2% undi kepada Karen Handel dengan 51.8% dari Republikan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Thomas Jonathan OSSOFF". find-and-update.company-information.service.gov.uk. Dicapai pada 2020-12-18.
  2. ^ "Jon Ossoff". American Jewish Congress. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-06. Dicapai pada 2020-12-18.
  3. ^ Bluestein, Greg (April 15, 2020). "Georgia Senate: Ossoff nets another $1M, ends quarter with $1.8M on hand". The Atlanta-Journal Constitution (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada April 17, 2020.
  4. ^ Fausset, Richard; Epstein, Reid J. (2020-06-10). "Jon Ossoff Wins Democratic Senate Primary in Georgia". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-06-11.
  5. ^ Bluestein, Greg (5 November 2020). "Ossoff, Perdue appear headed for runoff in Georgia". The Atlanta Journal-Constitution (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-21.
  6. ^ Tessa Stuart (6 January 2021). "Warnock Makes History and Democrats Gain Senate Majority". Rolling Stone.