Joseph Pulitzer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Joseph Pulitzer
JosephPulitzerPinceNeznpsgov.jpg
Ahli Dewan Perwakilan
Wilayah Ke-9 New York
Dalam jawatan
4 Mac 1885 – 10 April 1886
Didahului olehJohn Hardy
Digantikan olehSamuel S. Cox
Butiran peribadi
LahirJózsef Pulitzer
(1847-04-10)10 April 1847
Makó, Kerajaan Hungary, Empayar Austria
Meninggal dunia29 Oktober 1911(1911-10-29) (umur 64)
Charleston, Carolina Selatan, Amerika Syarikat
Parti politikParti Demokrat
PasanganKatherine "Kate" Davis (1878–1911; kematiannya; 7 anak)
PekerjaanPenerbit, ahli filantropi, wartawan, peguam
Net worthUSD30.6 juta saat meninggal dunia (kita-kira 1/1142 GNP A.S)[1]
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
KesetiaanAmerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Kesatuan
Tahun perkhidmatan1864–1865
UnitRejimen Pertama New York Cavalry
PertempuranPerang Saudara Amerika

Joseph John Pulitzer ([pu-lit-sĕr, ˈpulit͡sɛr]; nama lahir, Pulitzer József[nota 1]; 10 April 1847 – 29 Oktober 1911) ialah seorang penerbit akhbar, askar dan negarawan dari Amerika Syarikat.

Hadiah Pulitzer - suatu penganugerahan tahunan yang mengiktiraf kegiatan kewartawanan, fotografi, sejarah, kesusasteraan dan seni terhebat Amerika Syarikat - didirikan berikutan penyumbangan beliau dalam pendanaan kepada Universiti Columbia pada tahun 1917.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

József Pulitzer lahir di Makó, kira-kira 200 km tenggara Budapest, Hungary[2] Keluarga mereka keturunan Yahudi asal Moravia yang berhijrah ke Hungary pada lewat abad ke-18,[3] dan mereka merupakan keluarga saudagar dan peniaga paling dihormati di kawasan tersebut.

Perniagaan ayahnya, Fülöp Pulitzer, jatuh muflis tidak lama selepas kematiannya pada tahun 1858 sehingga menyebabkan keluarga yang ditinggalkannya dalam keadaan sengsara. József cuba menyertai beberapa tentera kerajaan dan negara Eropah; sehinggalah ada pihak yang memilihnya untuk menyertai Tentera Kesatuan dalam Perang Saudara Amerika, maka beliau pun berhijrah ke Amerika Syairkat pada 1864 ketika berusia 16 tahun.[4]

Permulaan baharu di Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

József tiba di Boston namun mendapat tahu para pengupahnya memakan sebahagian besar upahan mereka. Beliau bertindak beredar ke Bandar Raya New York di mana beliau menyertai Rejimen Berkuda Lincoln yang mengupahnya sebanyak $200pada September 30.[5] Beliau berkhidmat dalam suatu pasukan diketuai Philip Sheridan yang turut dianggotai banyak imigran Jerman selama lapan bulan.

Pulitzer kembali ke bandar raya New York selepas tamatnya perang tersebut dalam keadaan sangat miskin. Beliau berpindah sehelai sepinggang ke kota St. Louis di negeri Missouri untuk memulakan kehidupan baharu. Beliau sukar mendapatkan pekerjaan tetap pada awalnya kerana badannya tidak kuat yang diperlukan untuk kerja-kerja buruh di kota tersebut. Beliau ada mendapat kerja sebagai seorang pelayan di sebuah restoran mewah namun dipecat kerana kecuaiannya. Sambil itu, beliau sering mengunjungi Perpustakaan Saudagar St. Louis (St. Louis Mercantile Library) untuk belajar sendiri berbahasa Inggeris.

Kerjaya dalam bidang percetakan akhbar[sunting | sunting sumber]

Beliau mula berjinak dengan bidang akhbar berikutan suatu kejadian di mana dia dan beberapa orang lain ditipu seorang yang mendakwa adanya pekerjaan di sebuah ladang tebu di Lousiana; beliau menulis laporan mengenai kejadian yang menimpa mereka ke Westliche Post. Di ibupejabat akhbar tersebut, dua peguam yang bekerja di sana iaitu William Patrick dan Charles Phillip Johnson tertarik dengan profil József maka mereka pun membantunya mendapatkan kerja sebagai seorang kerani di syarikat kereta api Atlantic dan Pacific Railroad.

Beliau menjadi warganegara Amerika Syarikat secara naturalisasi pada 6 Mac 1867 sambil beliau menggugurkan kesetiaannya kepada Empayar Austria-Hungary. Beliau turut mendapat pekerjaan di akhbar tersebut pada waktu sama.[6]


Pada 1872, Joseph Pulitzer membeli saham dalam Westliche Post sebanyak $3,000 dan kemudiannya menjual saham tersebut pada tahun berikutnya untuk mendapatkan keuntungan pembelian itu. Pada tahun 1878, beliau membeli kedua-dua akhbar St. Louis Dispatch dan St. Louis Post, serta menggabungkan ia menjadi akhbar St. Louis Post-Dispatch yang masih wujud sehingga hari ini. Beliau memainkan peranannya dalam akhbar tersebut sebagai seorang yang memeperjuangkan suara rakyat melalui laporan pendedahan dan penyiasatan gempar.[7]

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Meningkatnya usia Joseph menyebabkan kesihatannya semakin merosot berikutan beberapa masalah kesihatan seperti kemurungan, penglihatan yang semakin lemah dan pendengaran yang semakin sensitif.[8] Beliau meletakkan jawatan pentadbiran akhbar New York World pada 1907 di mana urusan tersebut diambil alih anaknya.

Joesph meninggal dunia pada 29 Oktober 1911 semasa dalam persinggahan di pelabuhan Charleston, Carolina Selatan untuk ke Pulau Jekyll di negeri Georgia.[9] Mayat beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Woodlawn di kawasan The Bronx, Bandar Raya New York.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nama orang Hungary mengikut turutan di mana nama keluarga didahulukan sebelum nama sendiri menyusul.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Klepper, Michael; Gunther, Michael (1996), The Wealthy 100: From Benjamin Franklin to Bill Gates—A Ranking of the Richest Americans, Past and Present, Secaucus, New Jersey: Carol Publishing Group, m/s. xiii, ISBN 978-0-8065-1800-8, OCLC 33818143 
  2. ^ "Joseph Pulitzer: Hungarian revolutionary in America". 
  3. ^ "The Pulitzer Prizes - Pulitzer biography". 
  4. ^ Csillag, András (Januari 1987). "Joseph Pulitzer's Roots in Europe: A Genealogical History". American Jewish Archives. 39 (1): 49–68. 
  5. ^ Morris, "Pulitzer," pp. 18–21
  6. ^ Swanberg, Pulitzer, pp. 7–8
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Brian 2001 tidak disediakan
  8. ^ topping, seymour. "Pulitzer Biography". The Pulitzer Prizes. Dicapai 5 Mac 2012. 
  9. ^ "Joseph Pulitzer Dies Here". Charleston (S.C.) News & Courier. 30 Oktober 1911. m/s. 1. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Pfaff, Daniel W. Joseph Pulitzer II and the Post-Dispatch (1991)[1]
  • Rammelkamp, Julian S. Pulitzer's Post-Dispatch 1878–1883 (1967)
  • W.A. Swanberg. Pulitzer (1967) [1], popular
  • ^ Pfaff, Daniel (1991). Joseph Pulitzer II and The Post-Dispatch: A Newspaperman's Life. Penn State University Press. ISBN 978-0271007489.