Mozek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Susunan corak mozek petak zaman Empayar Rom di Vichten, Luxembourg.

Mozek ([mo.zék]; Mal., Sin., pinjaman Bahasa Inggeris: mosaic) atau mozaik ([mo.zaik]; Ind., pinjaman Bahasa Belanda: mozaïek) ialah susunan kepingan kecil seperti jubin kaca atau batu berbilang warna membentuk corak.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua "mozek" dan "mozaik" berakar daripada istilah Bahasa Itali: mosaico yang berakar daripada istilah Bahasa Yunani: μουσεῖος, translit. mouseios yang bermaksud "kepunyaan Mousai" yakni dewi-dewi ketamadunan dan seni dalam kepercayaan masyarakat Yunani Purba.[1] Jubin kecil yang membentuk susunan seni ini lebh dipanggil "tessera".

Cara pembuatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua cara menghasilkan karya mozek:

  • Secara langsung: tessera dilekatkan terus pada permukaan asas yang utuh (cenderung berdimensi dalam seperti pasu atau tiang)
  • Secara tidak langsung: tessera dilekatkan secara tersusun pada kertas sokongan menggunakan pelekat berasaskan air sebelum dipindahkan ke permukaan sasaran untuk ditampal dengan simen, kertas sokongan ini kemudiannya dibasahkan agar mudah ditanggal.

Galeri contoh[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "mozaïek". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.CS1 maint: multiple names: editors list (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]