KLD Tunas Samudera
Gambaran keseluruhan kelas | |
---|---|
Pengguna: | Tentera Laut Diraja Malaysia |
Jumlah disiapkan: | 1 |
Jumlah aktif: | 1 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Kapal layar |
Sesaran: | 239 tan |
Panjang: | 35 m |
Lunas: | 7.8 m |
Jana kuasa: | 2x enjin diesel Perkins |
Halaju: | 9 knot |
Sistem penderia dan pemprosesan: | Radar navigasi Racal Decca |
KLD Tunas Samudera (KLD merupakan singkatan kepada Kapal Layar Diraja) merupakan sebuah kapal latihan milik Tentera Laut Diraja Malaysia. Tunas Samudera telah dibina pada Disember 1988 di limbungan Brooke Yacth, Lowestoft United Kingdom. Ia kemudian dilancarkan pada bulan Ogos 1989 dan ditauliahkan pada ke dalam perkhidmatan TLDM pada bulan Oktober 1989. Peranan utama KLD Tunas Samudera adalah sebagai satu platfom bagi memberi asas-asas pengendalian kapal dan pelayaran.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]KLD Tunas Samudera merupakan schooner bertiang layar dua, atau brigantine. KLD Tunas Samudera dibina oleh Brooke Yachts di Lowestoft, United Kingdom. Ia mula dibina pada tahun 1988, dilancarkan pada tahun 1989, dan dinamakan oleh Elizabeth II dan Yang di-Pertuan Agong.[1] KLD Tunas Samudera merupakan kapal latihan perlayaran Tentera Laut Diraja Malaysia.
Kapal ini direka oleh Colin Mudie dari JuruReka Diraja bagi Industri (Royal Designers for Industry), yang turut bertanggung-jawab bagi kapal saudara STS Young Endeavour (dikendali oleh Tentera Laut Diraja Australian), dan kapal layar INS Tarangini (Tentera Laut India) dan TS Lord Nelson.
Pada tahun 2007 dan 2008, KLD Tunas Samudera singgah di beberapa pelabuhan Eropah, termasuk Cherbourg dan Brest, Perancis, semasa pelayaran mengelilingi dunia, dengan awak-awak seramai 46 orang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Schäuffelen, Otmar. Chapman Great Sailing Ships of the World. Hearst Books.
- Majalah TEMPUR, keluaran bulan April 2009.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan KLD Tunas Samudera |
- Jurnal pelayaran KLD Tunas Samudera Diarkibkan 2007-01-16 di Wayback Machine
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.