Muzium TLDM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak berhadapan Muzium Samudera (replika Kapal Flor De La Mar) di Melaka, Malaysia. Muzium yang dahulunya terletak di pengkalan TLDM di Lumut kini telah dipindahkan ke Melaka supaya lebih ramai pelawat dapat mengunjunginya bagi mendapatkan maklumat tentang peranan dan sumbangan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak TLDM. Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 28 Oktober 1995.

Muzium ini memaparkan gambar Panglima TLDM, pingat kebesaran, pangkat, alat-alat senjata, pakaian seragam, peralatan komunikasi, peralatan keselamatan dan lambang yang diguna dalam pelayaran. Turut diperagakan ialah aktiviti pembangunan Angkatan Tentera Laut Malaysia.

Dibahagian luar muzium pula terletaknya sebuah kapal "EX KD Sri Terengganu" serta sedikit sebanyak alatan senjata api yang dibekalkan di kapal tersebut.

Objektif Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Untuk memberi informasi kepada masyarakat tentang peranan, sumbangan, aktiviti-aktiviti senjata dan peralatan yang pernah dan sedang digunakan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dalam mengawasi keselamatan perairan Malaysia. Sebagai gedung ilmu dan pusat dokumentasi sejarah penubuhan, kemajuan dan kegiatan TLDM sehingga kini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]