Pasukan Khas Laut
Pasukan Khas Laut (PASKAL) | |
---|---|
Aktif | 1 Oktober 1982 - Sekarang (42 tahun) |
Negara | Malaysia |
Cawangan | Tentera Laut Diraja Malaysia |
Jenis | Pasukan Elit / Pasukan Operasi Khusus Malaysia |
Peranan | Operasi Khas Laut, Darat & Udara , Pasukan Anti-pengganas. |
Saiz | Sulit |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Malaysia |
Pangkalan | Pangkalan TLDM Lumut, Perak |
Nama samaran | KD PANGLIMA HITAM-Unit 1 PASKAL dan KD SRI SEMPORNA-Unit 2 PASKAL[1] |
Moto | Sentiasa Yang Terbaik |
Warna | Warna Ungu ( beret ) |
Pertempuran | Kepulauan Spratlys UNIVEM II 1998, Angola MALCON - UNIFIL, Lubnan [[Operasi Fajar 8: Teluk Aden|Operasi Fajar 9] Op DAULAT, Op PASIR, Op Terumbu |
Komander | |
Komander terkini | Laksamana Pertama Anuar Bin Alias, PGB[2] |
Tanda kebesaran | |
Lencana Trimedia PASKAL |
Pasukan Khas Laut (Jawi: ڤاسوكن خاص لاوت) atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai antara 3 pasukan elit terbaik di Malaysia (Grup Gerak Khas, Pasukan Khas Laut, Pasukan Khas Udara) kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden di bawah Angkatan Tentera Malaysia ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1975, TLDM memerlukan sebuah pasukan khusus untuk menguatkuasakan perairan Malaysia dari diceroboh oleh sebarang keganasan di laut, misalnya lanun. Pasukan ini dikehendaki untuk menjalani latihan peperangan moden dilaut. Atas keperluan inilah, TLDM telah menghantar 30 orang pegawai dan anggota di Pusat Latihan Peperangan Khas, Kem Sungai Udang, Melaka dan seterusnya dihantar ke Surabaya, Indonesia untuk mendapat latihan khas dari pasukan elit KOPASKA (Komando Pasukan Katak) Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut dan bermulanya detik penubuhan pasukan elit TLDM ini. Walaubagaimanapun, salah seorang daripada 69 anggota pelatih TLDM yang menjalani latihan asas komando di Surabaya gagal menamatkan latihan setelah terpaksa dihantar ke hospital akibat kecederaan patah kaki. Selepas menjalani latihan dari KOPASKA, pasukan ini kemudiannya dihantar berkursus ke Portsmouth, United Kingdom di bawah sel latihan oleh Royal Marine Commando British dan Coronado, Amerika Syarikat oleh US Navy SEALs.[1][3][4]
Bersama dengan anggota-anggota US Navy SEALs yang menerima latihan asas komando, anggota PASKAL yang dilatih oleh SEALs ini mengikuti latihan asas komando di seluruh formasi latihan asas tentera laut Amerika, khasnya di Coronado, California dan Norfolk, Virginia terutamanya latihan yang melibatkan operasi dibawah permukaan air, amfibia, sabotaj serta latihan-latihan lain yang cukup mencabar yang tidak dapat dilakukan oleh pasukan tentera yang biasa. Antara pegawai PASKAL yang turut mendapat latihan daripada pasukan elit Amerika ini ialah Leftenan Ahmad Ramli bin Kardi. Setelah menamatkan latihan daripada ketiga-tiga pasukan elit ini, PASKAL memulakan pengoperasiannya di Malaysia pada tahun 1 Oktober, 1980 mempertahankan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu nautika dari perairan Malaysia.[5]
KD Panglima Hitam
[sunting | sunting sumber]Pada tanggal 15 April 2009,PASKAL telah ditauliahkan sebagai KD PANGLIMA HITAM Hitam. Majlis bersejarah penamaan dan pentauliahan tersebut disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.Pemilihan nama diilham dan diperkenankan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Kepten Yang Dipertua TLDM, bertepatan dengan ciri dimiliki PASKAL, iaitu pasukan elit berkemahiran tinggi dalam medan pertempuran maritim dan menjadi aset kepada TLDM dan negara. Pentauliahan itu yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah pengiktirafan tertinggi kepada Paskal yang sudah menabur banyak jasa dalam menjaga kedaulatan perairan negara.[1]
Peranan
[sunting | sunting sumber]Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.
Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.
Keanggotaan PASKAL turut diletakkan dibawah pejabat seliaan khas di Pulau Layang-Layang dibawah pengawasan kapal TLDM. Sepertimana unit elit yang lain misalnya SEAL Amerika, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai peralatan khas bagi pengoperasian dibawah permukaan air. Antara kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV - Underwater Delivery Vehicle, bot laju dan kenderaan marin yang lain. Subskimmer adalah kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa dikesan. Selain itu, PASKAL turut mempunyai misi khusus dalam memerlukan kepakaran dalam tugas keselamatan negara.
Sebahagian daripada pengawal peribadi SPB YDA adalah terdiri dari anggota PASKAL yang telah menjalani latihan di USA.
Latihan
[sunting | sunting sumber]Untuk layak memakai beret komando PASKAL ini, bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa. Syarat bagi pegawai dan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit ini adalah umur tidak melebihi 30 tahun dan mempunyai rekod kesihatan yang lebih baik.
Kriteria untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.
Latihan Asas Kelayakan PASKAL :
- 1. Ujian Pemanasan / Ujian Kelayakan
- 2. Kursus Asas Komando PASKAL ( meliputi Darat, Laut dan Hutan serta Paya)
- 3. Penyelam Kapal & Penyelam Tempur Oksigen
- 4. Asas Payung Terjun
- 5. Tempur Jarak Dekat dan Tempur Tanpa Senjata.
Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing - masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota. Antara ujian yg dijalankan ialah :
- 1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit
- 2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)
- 3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit
- 4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.
- 5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.
- 6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m.
- 7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.(Drown proofing)
PASKAL telah menghantar pegawai dan anggota untuk menjalani kursus khas dengan pasukan elit Special Air Service British, NGSLO, SEALs, Submarine Escape (Australia), Assault Swimmer and Clearance Diving Team (Australia), Sniper Supervisor (Australia), Mountain Climbing (Perancis), ASASR Australia dan sebagainya. Pada 26 Ogos 1991, Kementerian Pertahanan mengistiharkan PASKAL sebagai pasukan utama dalam operasi memerangi keganasan bagi mempertahankan pelantar minyak dan kapal-kapal dan bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam apa jua situasi.
Kepakaran / Kursus Khas
[sunting | sunting sumber]- Meliputi dalam negara
- Ikhtiar Hidup/Misi
- Pertempuran khas
- Mencari dan Menyelamat
- Operasi dalam bangunan
- Pertempuran Bukan Konvensional
- Ketua Seksyen
- Ketua Platun
- Komander Komander
- Perubatan Tempur
- Silat (Tempur Tanpa Senjata)
- Tempur Jarak Dekat (CQC)
- Asas Penerjunan Bebas
- Teknik Abseiling dan Penyelamat Udara
- Pendakian Taktikal
- Rondaan Pengintipan Jarak Jauh
- Bahan Letupan
- Penembak Tepat
- Ketua Penyelam Gempur
- Pengendalian Bot Kecil
- Pengendalian Kenderaan Tempur Permukaan
- Jurulatih Penerjunan Bebas
- Jurulatih Penembak Tepat
- Jurulatih Pendakian Taktikal
- Perisikan Khas
- Pegawai Pasukan Data Khas
- Fotografi
- Pelbagai Bahasa
Persenjataan dan Kelengkapan
[sunting | sunting sumber]Persenjataan khusus merupakan isu penting dalam pasukan elit dalam menjalankan beberapa operasi-operasi khas. Dalam menjaga lebih 50+ pelantar minyak syarikat dengan aset yang paling berharga di perairan Malaysia, kelengkapan PASKAL meliputi kemajuan dan kecanggihan peralatan khusus dalam inventori pasukan keselamatan. Kini, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan yang jauh lebih ringan dan moden serta kelengkapan khusus seperti alat pandang malam, bot taktikal, motor selam mini, pejera laser bagi senjata raifal dan karbin. Dibawah adalah senarai persenjataan khas PASKAL.
Data Senjata Ringan | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Pistol | Senapang Patah | Submesingan | Raifal / Karbin | Anti Material | Penembak Tepat | Mesingan |
Glock 17 | Mossberg 500 | FN P90 PDW | AK 102 | Robar RC-50 | AI - AWM | CETME Ameli |
Glock 18 | Remington M870 | HK MP5A51 | Colt M4 | HK MSG-90 | FN Minimi | |
Glock 19 | Remington M1100 | HK MP5SD6 | Colt M16A1 | M14 DMR | M60A2. | |
HK MP5K-A4 PDW | HK 416 | |||||
HK MP7A1-PDW | HK G36KE | |||||
HK UMP .45 | HK G36C | |||||
HK XM8 |
1Demi mencipta kelainan daripada pasukan elit Malaysia yang lain, persenjataan MP5A5 buatan Heckler & Koch (HK) yang digunakan oleh PASKAL ini telah digantikan dengan MP5A5 buatan Brugger & Thomet (B&T) dari Switzerland. B&T MP5A5 direka khusus dengan penyaduran bahan khas supaya ia boleh digunakan dikawasan perairan dalam tempoh yang amat ekstrem, seakan sama dengan MP5-Navy buatan HK.
PASKAL sememangnya mempunyai latihan khas yang terbaik sesuai dengan mottonya Sentiasa Terbaik, kelengkapan yang canggih dan unit sokongan khas dalam cabang Angkatan Tentera Malaysia. Penggunaan karbin ringan Heckler & Koch HK416 buatan Jerman yang lengkap dengan sistem sokongan tempur telah dilihat sebagai contoh utama dimana unit ini setanding atau lebih baik daripada US Navy SEALs.
Identiti PASKAL
[sunting | sunting sumber]- Beret Ungu
- Melambangkan identiti pasukan elit ini dan juga melambangkan hubungan persahabatan pasukan ini dengan Kor Marinir Indonesia memandangkan jalinan erat antara Malaysia dengan Indonesia adalah kukuh,
- Lanyard Biru Tentera Laut
- Melambangkan identiti TLDM dan juga melambangkan hubungan akrab pasukan ini dengan unit yang melatih pasukan ini, Komando Marin Diraja British,
- Celoreng
- Celoreng yang menjadi pakaian seragam PASKAL merupakan celoreng yang sama yang pernah dipakai oleh Tentera US dan juga turut merupakan hubungan baiknya dengan US Navy SEAL, pasukan elit Amerika Syarikat ini kerana pasukan itu jugalah yang menjadi tunggak utama penubuhan PASKAL hingga sekarang.
- Trimedia
- Trimedia merupakan lambang rasmi yang dipakai oleh setiap anggota PASKAL.Maksud :
- 1. Lambang Sayap Terjun - Berkeupayaan untuk penyusupan melalui udara
- 2. Lambang Jet Fin & Face Mask - Berkemampuan untuk melakukan penyusupan melalui bawah air
- 3. Pisau Komando - mampu melaksanakan operasi di dalam hutan.
- 4. Lambang Sauh - salah satu unit dalam TLDM.
Tokoh terkenal PASKAL
[sunting | sunting sumber]- Laksamana Pertama Dr. Haji Sutarji Bin Kasmin (Bersara)
- Laksamana Madya Dato' Haji Nasaruddin Bin Othman (Bersara)
- Kepten Abd Malek Bin Hj Mohd Daud TLDM (Bersara)
- Laksamana Pertama Dato' Jamaludin Bin Mohd Saman (Bersara)
- Kepten(K) Ahmad Ramli Bin Kardi
- Laksamana Pertaman Anuar Bin Alias TLDM
- Komander George Paul Thomas Rozario TLDM
- Komander Che Adnan Bin Mat Isa TLDM (Bersara) Kini Kept Maritim APMM
- Pegawai Waran 1 PKL Mohd Room Bin Bahari (Bersara)
- Pegawai Waren 1 PKL Mustapha Bin Alwi (Bersara)
- Kepten Ismail bin Safaii TLDM (Allahyarham)
- Lt Kdr Fadzir bin Talib TLDM (Allahyarham)
Senarai Komander PASKAL
[sunting | sunting sumber]Nama | Tahun | Penerangan |
---|---|---|
Laksamana Pertama Dr. Haji Sutarji bin Kasmin | 1975-2003 | Menjadi Komander PASKAL yang paling lama dan bersara pada tahun 2003 |
Laksamana Madya Dato' Haji Nasaruddin bin Othman | 2003-2015 |
Operasi yang diketahui
[sunting | sunting sumber]Kepulauan Spratlys
[sunting | sunting sumber]- PASKAL dan Grup Gerak Khas Tentera Darat dihantar bertugas menjaga pulau-pulau kecil yang berhampiran dengan perairan Malaysia, khasnya kepulauan Spratlys. Dua detasemen elit ini telah ditempatkan di Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani dan Terumbu Layang-Layang serta Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau.
UNIVEM II, Angola
[sunting | sunting sumber]- PASKAL yang diketuai oleh Leftenan Komander Anuar bin Alias pernah terlibat dalam misi pengaman PBB di Angola iaitu UNIVEM II pada tahun 1998. Antara insiden yang melibatkan pasukan ini ialah ketika konvoi yang membawa bekalan dihantar ke kawasan bandar, unit PASKAL dan tentera Namibia yang terlibat telah diserang oleh lima orang puak pemberontak semasa dalam perjalanan. Seorang pemandu trak konvoi terkorban dan beberapa orang awam didalam kenderaan cedera. Komander Anuar dengan beraninya berjaya menghalau pemberontak tersebut daripada merampas bekalan sungguhpun beliau tidak bersenjata dan ia pasti membahayakan diri beliau. Keberanian beliau dalam misi ini menyebabkan beliau diangugerahkan dengan "Pingat Gagah Berani" oleh Yang DiPertuan Agung.
MALCON-UNIFIL
[sunting | sunting sumber]- PASKAL turut terlibat bersama 10 Briged Para, Grup Gerak Khas dan PASKAU dalam tugas misi PBB di Lubnan yang dikenali sebagai MALCON-UNIFIL. Pasukan-pasukan ini diaturgerak sebagai Pasukan Tindakan Pantas (Quick Reaction Force - QRF) didalam misi pengaman di negara yang mengalami kemusnahan akibat serangan rejim Zionis Israel.
Operasi Fajar-Somalia
[sunting | sunting sumber]- PASKAL terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat Kapal Melati Bunga 2 dan Melati Bunga Bunga 5 yang ditawan secara berasingan oleh lanun Somalia.PASKAL melakukan tugas merisik dan juga memberi perlindungan secara terus setelah 2 buah kapal tersebut dibebaskan oleh lanun Somalia.Operasi ini melibatkan beberapa aset ATM iaitu KD LEKIU,KD SRI INDERAPURA,Grup Gerak Khas,PASKAU dan Nuri TUDM.
Insiden Kapal Bunga Laurel
[sunting | sunting sumber]- Pada 20 Januari 2011, sebuah kapal tangki MT Bunga Laurel disewa Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC) dikatakan dalam perjalanan menghantar muatan minyak pelincir dan bahan kimia jenis ‘ethylene dichloride’ dari Asia Barat ke Singapura, tetapi diserang tujuh lelaki bersenjatakan mesingan AK-47 dan pistol menaiki sebuah bot laju di Teluk Aden, kira-kira 300 batu nautika ke timur Muscat, Oman. Bertindak atas panggilan kecemasan itu, Pasukan Khas Laut TLDM diatur gerak untuk misi menyelamat menggunakan bantuan kapal auxiliary (bantuan dan tugas-tugas khas) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 5 yang berada kira-kira 14 batu nautika dari tempat kejadian. Operasi turut mendapat bantuan tambahan dari sebuah helikopter jenis Fennec TLDM yang dilancarkan oleh kapal bantuan Bunga Mas 5 melepaskan tembakan dari udara, kapal tangki berjaya ditawan semula kira-kira jam 1.20 pagi. Difahamkan, tiga lanun yang berada di atas kapal tangki berkenaan cedera parah dalam kejadian berbalas tembak dan diberi rawatan oleh pasukan terbabit sebelum ditahan untuk tindakan lanjut.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "KD Panglima Hitam lahirkan Paskal berwibawa". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-03. Dicapai pada 2009-05-04.
- ^ "Tahniah Laksamana Pertama Anuar atas kenaikan pangkat". Official Royal Malaysian Navy Twitter. 2017-06-23. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Zero to Hero: Laksma (B) Dr Haji Sutarji 'Bapa PASKAL' Disegani" SAMUDERA, Vol.3/2014, ISSN 0127-6700, page 31, year 2014
- ^ "Paskal: History". SpecialOperations.com. Dicapai pada 7 November 2008.
- ^ "Paskal: Unit elit serba canggih". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-02. Dicapai pada 2017-07-23.
- ^ Rampas semula kapal MT Bunga Laurel
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pasukan Khas Laut |