KRI Abdul Halim Perdanakusuma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
KRI Abdul Halim Perdanakusuma.

KRI Abdul Halim Perdanakusuma (355) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal friget kelas Ahmad Yani yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia. KRI Abdul Halim Perdanakusuma memenuhi keperluan pertahanan laut Indonesia dari kapal-kapal musuh.

KRI Abdul Halim Perdanakusuma merupakan bekas friget British (HMS Leander), dijual kepada Belanda (HMNLS Van Speijk) F804, versi kelas RN Leander yang rekabentuknya diubahsuai sedikit. Ia dibina pada 1967 dan telah dipertingkatkan sebelum di pindahkan kepada angkatan laut Indonesia 1977-1980. Antaranya adalah peluru berpandu asal SAM Sea Cat[1] telah digantikan dengan dua pelancar SAM Mistral.

KRI Abdul Halim Perdanakusuma diletakkan dalam angkatan PAC. KRI Abdul Halim Perdanakusuma dibina oleh Koninklijke Mattshappij de Schelde, Vlissingen, Netherlands. Dinamakan sempena Abdul Halim Perdana Kusuma, salah seorang pahlawan nasional yang namanya juga merupakan nama bandaraya dan pengkalan udara di Jakarta.

Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Abdul Halim Perdanakusuma adalah KRI Slamet Riyadi, KRI Yos Sudarso, KRI Oswald Sihaan, KRI Ahmad Yani, dan KRI Karel Satsuitubun.

KRI Abdul Halim Perdanakusuma mempunyai 180 orang (penuh) anak kapal termasuk pegawai. KRI Abdul Halim Perdanakusuma dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare", dan juga sistem sonar bagi pertempuran kapal selam.

Kapal KRI Abdul Halim Perdanakusuma sepanjang 113.42m; 12.51meter * 4.57meter ( 372.1kaki panjang * 41kaki * 15kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 28.5 knot. KRI Abdul Halim Perdanakusuma mempunyai seseran 2,940 tan penuh.

Torpedo[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Abdul Halim Perdanakusuma dilengkapi dengan tiga tiub pelancar berkembar torpedo 324 mm (12.75 inci) dengan jarak, dengan 12 Torpedo Honeywell Mk. 46. Ia mempunyai jarak 11 Km dengan kelajuan 40 knot dan kepala peledak 44 kg. Berkemampuan anti kapal selam dan kapal permukaan.

The Ahmed Yani (formerly the Evertsen) is an Indonesian Van Spiejk Class frigate launched in 1966 and transferred to the Indonesian navy from the Netherlands in the mid-1980s. She has a displacement of 2225 tons and is powered by two Werkspoor/English Electric double reduction geared turbines rated at 30000 shp providing a top speed of 28.5 knots and a maximum range of 7200 km at 12 knots. She is manned by a crew of 180. Armaments consist of two Short Bros Seacat anti-aircraft quad missile launchers; one OTO Melara 76 mm/62 compact dual-purpose gun and six 324 mm Mk 32 torpedo tubes arranged in two triple arrangements, firing the Honeywell Mk 46 anti-submarine torpedo. A Westland Westland Wasp helicopter is also carried.


Peluru berpandu[sunting | sunting sumber]

Selain itu kapal friget KRI Abdul Halim Perdanakusuma juga mampu dilengkapi dengan 8 peluru berpandu Permukaan ke Permukaan (SSM) Harpoon bagi pertempuran permukaan ke permukaan. Peluru berpandu McDonnel Douglas RGM-84 Harpoon mempunyai jangkauan maksima 130 Km (70 mil laut), dengan kelajuan 0.9 mach, sasaran aktif radar dengan kepala peledak seberat 227 Kg.

4 peluru berpandu permukaan-ke-udara Mistral dalam peluncur Simbad laras berkembar sebagai pertahanan anti serangan udara. Jangkauan berkesan 4 Km (2,2 mil laut), sasaran infra merah dengan kepala peledak 3 Kg. Berkemampuan anti pesawat udara, helikopter dan peluru berpandu.

1 Meriam OTO-Melara 76/62 padat berkaliber 76mm (3 inchi) dengan kecepatan tembakan 85 rpm, jangkauan 16 Km untuk target permukaan dan 12 Km untuk target udara.

2 Senapan mesin 12.7mm

Meriam[sunting | sunting sumber]

Meriam utama kapal perang KRI Abdul Halim Perdanakusuma yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal 76 mm OTO DP. yang menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.

Penangkis countermeasures[sunting | sunting sumber]

KRI Abdul Halim Perdanakusuma mempunyai 2 pelancar umpan RL. Untuk penangkis jarak jauh KRI Abdul Halim Perdanakusuma mampu dilengkapi dengan pemintas UA-8/9.

Sistem pertahanan udaranya adalah empat pelancar berkembar SAM Sea Cat. Ia dikawal oleh sistem persenjataan kawalan SAM M-44.

Pengesan[sunting | sunting sumber]

KRI Abdul Halim Perdanakusuma memiliki radar pengesan udara LW-03, DA-02, M45, M44 bagi mengesan sasaran di udara. Bagi tugas mengesan kapal selam, KRI Abdul Halim Perdanakusuma juga dilengkapi dengan sistem sonar MF di badan kapal PHS-32.

Tujahan[sunting | sunting sumber]

Tujahannya dibekalkan oleh dua turbin stim, dua boiler yang memancu 2 gandar 30,000 shp pada kelajuan 28.5 knots.

Penerbangan[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Abdul Halim Perdanakusuma dilengkapi dengan dek penerbangan dan hanger bagi mengendalikan sebuah helikopter Westland Wasp. Kini ia mengendalikan helikopter Super Puma.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]