KRI Oswald Sihaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
300px|KRI Oswald Siahaan
KRI Oswald Siahaan menembakkan rudal Yakhont
Gambaran keseluruhan kelas
Nama: KRI Oswald Siahaan
Pembina: Nederlandse Dok en Scheepsbouw Mij, Vlissingen, Belanda
Pengguna: Bendera tentera laut Indonesia Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut
Ciri-ciri
Sesaran: 2.940 ton
Panjang: 113.42 meter (372.11 ka)
Lebar: 12.51 meter (41.04 ka)
Draf: 4.57 meter (14.99 ka)
Pendorongan: 2 x SEMT Pielstick 12PA6B, Renk SWUF 98 gearboxes @11800 hp,(4,860 kW)
Halaju: maksimum 28,5 knot
Jarak: 4500nm pada 12knot
Kelengkapan: 180 orang
Sistem penderia
dan pemprosesan:
Radar LW-03 2-D air search dan sonar PHS-32
Persenjataan: 1 x 1 - OTO-Melara 76mm gun, 4 x 1 - SS-N-26 SSM id: P-800 Oniks , 2 x 4 - Seacat surface to air missiles Seacat, 2 x 3 - Mk 32 anti submarine torpedo tubes

KRI Oswald Sihaan (354) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal friget kelas Ahmad Yani yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia. KRI Oswald Sihaan memenuhi keperluan pertahanan laut Indonesia dari kapal-kapal musuh.

KRI Oswald Sihaan merupakan bekas friget Belanda F805, versi kelas RN Leander yang diubahsuai sedikit. Ia dibina pada 1967 dan telah dipertingkatkan sebelum di pindahkan kepada angkatan laut Indonesia 1988. Antaranya adalah peluru berpandu asal SAM Sea Cat[1] telah digantikan dengan dua pelancar SAM Mistral.

KRI Oswald Sihaan diletakkan dalam angkatan PAC. KRI Oswald Sihaan dibina oleh Nederlandse Dok en Scheepsbouw Mij, Amsterdam, Netherland.

Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Oswald Sihaan adalah KRI Ahmad Yani, KRI Karel Satsuitubun, KRI Yos Sudarso, KRI Abdul Halim Perdanakusuma, dan KRI Slamet Riyadi.

KRI Oswald Sihaan mempunyai 180 orang (penuh) anak kapal termasuk pegawai. KRI Oswald Sihaan dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare", dan juga sistem sonar bagi pertempuran kapal selam.

Kapal KRI Oswald Sihaan sepanjang 113.42m; 12.51meter * 4.57meter ( 372.1kaki panjang * 41kaki * 15kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 28.5 knot. KRI Oswald Sihaan mempunyai seseran 2,940 tan penuh.

TORPEDO[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Oswald Sihaan dilengkapi dengan tiga tiub pelancar berkembar torpedo 12.75 inci.

PELURU BERPANDU[sunting | sunting sumber]

Selain itu kapal friget KRI Oswald Sihaan juga mampu dilengkapi dengan 8 peluru berpandu Permukaan ke Permukaan (SSM) Yakhont bagi pertempuran permukaan ke permukaan.

MERIAM[sunting | sunting sumber]

Meriam utama kapal perang KRI Oswald Sihaan yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal 76 mm OTO DP. yang menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.

PENANGKIS "COUNTERMEASURES"[sunting | sunting sumber]

KRI Oswald Sihaan mempunyai 2 pelancar umpan RL. Untuk penangkis jarak jauh KRI Oswald Sihaan mampu dilengkapi dengan pemintas UA-8/9.

Sistem pertahanan udaranya adalah empat pelancar berkembar SAM Sea Cat. Ia dikawal oleh sistem persenjataan kawalan SAM M-44.

PENGESAN[sunting | sunting sumber]

KRI Oswald Sihaan memiliki radar pengesan udara LW-03 2-D bagi mengesan sasaran di udara. Bagi tugas mengesan kapal selam, KRI Oswald Sihaan juga dilengkapi dengan sistem sonar MF di badan kapal PHS-32.

TUJAHAN[sunting | sunting sumber]

Tujahannya dibekalkan oleh dua turbin stim, dua boiler yang memancu 2 gandar 30,000 shp pada kelajuan 28.5 knots.

Penerbangan[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Oswald Sihaan dilengkapi dengan dek penerbangan dan hanger bagi mengendalikan sebuah helikopter Westland Wasp HAS 1 (kini pensiun) dengan fungsi sebagai heli anti kapal selam. Mungkin kini diganti dengan NBO-105 atau NAS 332L Super Puma.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]