KRI Ahmad Yani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

KRI Ahmad Yani (351) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal friget kelas Ahmad Yani yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia. KRI Ahmad Yani memenuhi keperluan pertahanan laut Indonesia dari kapal-kapal musuh dalam armada timur.

KRI Ahmad Yani merupakan friget British (kelas HMS Leander), dijual kepada Belanda (HMNLS Van Speijk) F804, versi kelas RN Leander yang rekabentuknya diubahsuai sedikit. Ia dibina pada 1967 dan telah dipertingkatkan sebelum di pindahkan kepada angkatan laut Indonesia 1977-1980. Antaranya adalah peluru berpandu asal SAM Sea Cat[1] telah digantikan dengan dua pelancar SAM Mistral.


KRI Ahmad Yani diletakkan dalam angkatan PAC. KRI Ahmad Yani dibina oleh Koninklijke Mattshappij de Schelde, Vlissingen, Netherlands. .

Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Ahmad Yani adalah KRI Slamet Riyadi, KRI Yos Sudarso, KRI Oswald Sihaan, KRI Abdul Halim Perdanakusuma, dan KRI Karel Satsuitubun.

KRI Ahmad Yani mempunyai 180 orang (penuh) anak kapal termasuk pegawai. KRI Ahmad Yani dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare", dan juga sistem sonar bagi pertempuran kapal selam.

Kapal KRI Ahmad Yani sepanjang 113.42m; 12.51meter * 4.57 meter ( 372.1 kaki panjang * 41 kaki * 15 kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 28.5 knot. KRI Ahmad Yani mempunyai seseran 2,940 tan penuh.

Torpedo[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Ahmad Yani dilengkapi dengan tiga tiub pelancar berkembar torpedo 324 mm (12.75 inci) dengan jarak, dengan 12 Torpedo Honeywell Mk. 46. Ia mempunyai jarak 11 Km dengankelajuan 40 knot dan kepala peledak 44 kg. Berkemampuan anti kapal selam dan kapal permukaan.

Peluru berpandu[sunting | sunting sumber]

Selain itu kapal friget KRI Ahmad Yani juga mampu dilengkapi dengan 8 peluru berpandu Permukaan ke Permukaan (SSM) Harpoon bagi pertempuran permukaan ke permukaan. Peluru berpandu McDonnel Douglas RGM-84 Harpoon mempunyai jangkauan maksima 130 Km (70 mil laut), dengan kelajuan 0.9 mach, sasaran aktif radar dengan kepala peledak seberat 227 Kg.

4 peluru berpandu permukaan-ke-udara Mistral dalam peluncur Simbad laras berkembar sebagai pertahanan anti serangan udara. Jangkauan berkesan 4 Km (2,2 mil laut), sasaran infra merah dengan kepala peledak 3 Kg. Berkemampuan anti pesawat udara, helikopter dan peluru berpandu.

1 Meriam OTO-Melara 76/62 padat berkaliber 76mm (3 inchi) dengan kecepatan tembakan 85 rpm, jangkauan 16 Km untuk target permukaan dan 12 Km untuk target udara.

2 mesingan 12.7mm

Meriam[sunting | sunting sumber]

Meriam utama kapal perang KRI Ahmad Yani yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal 76 mm OTO DP. yang menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.

Penangkis countermeasures[sunting | sunting sumber]

KRI Ahmad Yani mempunyai 2 pelancar umpan RL. Untuk penangkis jarak jauh KRI Ahmad Yani mampu dilengkapi dengan pemintas UA-8/9.

Sistem pertahanan udaranya pada asalnya adalah empat pelancar berkembar SAM Sea Cat, yang digantikan dengan 4 peluru berpandu permukaan-ke-udara Mistral dalam peluncur Simbad laras berkembar. Ia dikawal oleh sistem persenjataan kawalan SAM M-44.

Pengesan[sunting | sunting sumber]

KRI Ahmad Yani memiliki radar pengesan udara LW-03 2-D bagi mengesan sasaran di udara. Bagi tugas mengesan kapal selam, KRI Ahmad Yani juga dilengkapi dengan sistem sonar MF di badan kapal PHS-32.

Tujahan[sunting | sunting sumber]

Tujahannya dibekalkan oleh dua turbin stim, dua boiler yang memancu 2 gandar 30,000 shp pada kelajuan 28.5 knots.


Penerbangan[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Ahmad Yani dilengkapi dengan dek penerbangan dan hanger bagi mengendalikan sebuah helikopter Westland Wasp. Kini ia mengendalikan helikopter Super Puma.

Rujukan[sunting | sunting sumber]