KRI Yos Sudarso

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

KRI Yos Sudarso (353) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal friget kelas Ahmad Yani yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia. KRI Yos Sudarso memenuhi keperluan pertahanan laut Indonesia dari kapal-kapal musuh.

KRI Yos Sudarso merupakan bekas kapal friger Belanda F803, versi kelas RN Leander yang diubahsuai sedikit. Ia dibina pada 1967 dan telah dipertingkatkan sebelum di pindahkan kepada angkatan laut Indonesia 1987. Antaranya adalah peluru berpandu asal SAM Sea Cat[1] telah digantikan dengan dua pelancar SAM Mistral.

KRI Yos Sudarso diletakkan dalam angkatan PAC. KRI Yos Sudarso dibina oleh Nederlandse Dok en Scheepsbouw Mij, Amsterdam, Netherland.

Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Yos Sudarso adalah KRI Ahmad Yani, KRI Karel Satsuitubun, KRI Oswald Sihaan, KRI Abdul Halim Perdanakusuma, dan KRI Slamet Riyadi.

KRI Yos Sudarso mempunyai 180 orang (penuh) anak kapal termasuk pegawai. KRI Yos Sudarso dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare", dan juga sistem sonar bagi pertempuran kapal selam.

Kapal KRI Yos Sudarso sepanjang 113.42m; 12.51meter * 4.57meter ( 372.1kaki panjang * 41kaki * 15kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 28.5 knot. KRI Yos Sudarso mempunyai seseran 2,940 tan penuh.

Torpedo[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Yos Sudarso dilengkapi dengan tiga tiub pelancar berkembar torpedo 324 mm (12.75 inci) dengan jarak, dengan 12 Torpedo Honeywell Mk. 46. Ia mempunyai jarak 11 Km dengan kelajuan 40 knot dan kepala peledak 44 kg. Berkemampuan anti kapal selam dan kapal permukaan.

Peluru Berpandu[sunting | sunting sumber]

Selain itu kapal friget KRI Yos Sudarso juga mampu dilengkapi dengan 8 peluru berpandu Permukaan ke Permukaan (SSM) Harpoon bagi pertempuran permukaan ke permukaan.

Meriam[sunting | sunting sumber]

Meriam utama kapal perang KRI Yos Sudarso yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal 76 mm OTO DP. yang menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.

Penangkis langkah balas[sunting | sunting sumber]

KRI Yos Sudarso mempunyai 2 pelancar umpan RL. Untuk penangkis jarak jauh KRI Yos Sudarso mampu dilengkapi dengan pemintas UA-8/9.

Sistem pertahanan udaranya adalah empat pelancar berkembar SAM Sea Cat. Ia dikawal oleh sistem persenjataan kawalan SAM M-44.

Pengesan[sunting | sunting sumber]

KRI Yos Sudarso memiliki radar pengesan udara LW-03 2-D bagi mengesan sasaran di udara. Bagi tugas mengesan kapal selam, KRI Yos Sudarso juga dilengkapi dengan sistem sonar MF di badan kapal PHS-32.

Tujahan[sunting | sunting sumber]

Tujahannya dibekalkan oleh dua turbin stim, dua boiler yang memancu 2 gandar 30,000 shp pada kelajuan 28.5 knots.

Penerbangan[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Yos Sudarso dilengkapi dengan dek penerbangan dan hanger bagi mengendalikan sebuah helikopter Westland Wasp HAS 1 (kini pensiun) dengan fungsi sebagai heli anti kapal selam. Mungkin kini diganti dengan NBO-105 atau NAS 332L Super Puma.

Rujukan[sunting | sunting sumber]