KRI Slamet Riyadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

KRI Slamet Riyadi (352) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal friget kelas Ahmad Yani yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia. KRI Slamet Riyadi memenuhi keperluan pertahanan laut Indonesia dari kapal-kapal musuh.

KRI Slamet Riyadi merupakan bekas friget Belanda F802, versi kelas RN Leander yang diubahsuai sedikit. Ia dibina pada 1967 dan telah dipertingkatkan sebelum di pindahkan kepada angkatan laut Indonesia 1986. Antaranya adalah peluru berpandu asal SAM Sea Cat[1] telah digantikan dengan dua pelancar SAM Mistral.

KRI Slamet Riyadi diletakkan dalam angkatan PAC. KRI Slamet Riyadi dibina oleh Koninklijke Maatschappij de Schelde, Vlissingen, Netherlands. .

Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Slamet Riyadi adalah KRI Ahmad Yani, KRI Yos Sudarso, KRI Oswald Sihaan, KRI Abdul Halim Perdanakusuma, dan KRI Karel Satsuitubun.

KRI Slamet Riyadi mempunyai 180 orang (penuh) anak kapal termasuk pegawai. KRI Slamet Riyadi dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare", dan juga sistem sonar bagi pertempuran kapal selam.

Kapal KRI Slamet Riyadi sepanjang 113.42m; 12.51meter * 4.57meter ( 372.1kaki panjang * 41kaki * 15kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 28.5 knot. KRI Slamet Riyadi mempunyai seseran 2,940 tan penuh.

TORPEDO[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Slamet Riyadi dilengkapi dengan tiga tiub pelancar berkembar torpedo 12.75 inci.

PELURU BERPANDU[sunting | sunting sumber]

Selain itu kapal friget KRI Slamet Riyadi juga mampu dilengkapi dengan 8 peluru berpandu Permukaan ke Permukaan (SSM) Harpoon bagi pertempuran permukaan ke permukaan.

MERIAM[sunting | sunting sumber]

Meriam utama kapal perang KRI Slamet Riyadi yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal 76 mm OTO DP. yang menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.

PENANGKIS "COUNTERMEASURES"[sunting | sunting sumber]

KRI Slamet Riyadi mempunyai 2 pelancar umpan RL. Untuk penangkis jarak jauh KRI Slamet Riyadi mampu dilengkapi dengan pemintas UA-8/9.

Sistem pertahanan udaranya adalah empat pelancar berkembar SAM Sea Cat. Ia dikawal oleh sistem persenjataan kawalan SAM M-44.

PENGESAN[sunting | sunting sumber]

KRI Slamet Riyadi memiliki radar pengesan udara LW-03 2-D bagi mengesan sasaran di udara. Bagi tugas mengesan kapal selam, KRI Slamet Riyadi juga dilengkapi dengan sistem sonar MF di badan kapal PHS-32.

TUJAHAN[sunting | sunting sumber]

Tujahannya dibekalkan oleh dua turbin stim, dua boiler yang memancu 2 gandar 30,000 shp pada kelajuan 28.5 knots.

Penerbangan[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Slamet Riyadi dilengkapi dengan dek penerbangan dan hanger bagi mengendalikan sebuah helikopter Westland Wasp HAS 1 (kini pensiun) dengan fungsi sebagai heli anti kapal selam. Mungkin kini diganti dengan NBO-105 atau NAS 332L Super Puma.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]