Kaca Hebron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pameran produk kaca Hebron di sebuah kedai di Hebron.

Kaca Hebron (Arab: زجاج الخليل, zajaj al-Khalili ) merujuk kepada kaca yang dihasilkan di Hebron (atau Al-Khalil) sebagai sebahagian daripada industri seni yang berkembang di bandar tersebut semasa pemerintahan Rom di Palestin, tetapi pada asalnya ia bermula sejak industri kaca era Finik kuno.[1][2] Bandar Lama Hebron masih mempunyai sebuah penempatan bernama "Penempatan Peniup Kaca" (Haret Kezazin, Arab: حارة القزازين) dan kaca Hebron terus menjadi tarikan pelancong bagi bandar tersebut.

Secara tradisi, kaca ini akan dihasilkan menggunakan bahan mentah tempatan, termasuk pasir dari perkampungan jiran, natrium karbonat (dari Laut Mati),[3] dan pewarna tambahan seperti besi oksida dan kuprik oksida. Kini, kaca yang dikitar semula kerap digunakan. Penghasilan kaca di Hebron ialah perusahaan keluarga, rahsia yang mana akan dipelihara dan diturunkan oleh beberapa keluarga orang Palestin yang menjalankan kilang kaca yang terletak di bahagian luar bandar tersebut.[2][4] Produk yang dihasilkan termasuklah perhiasan kaca, seperti manik, gelang, dan rantai,[5] selain tingkap kaca berwarna, dan lampu kaca. Walau bagaimanapun, disebabkan konflik Israel–Palestin, penghasilan kaca mengalami kemerosotan.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Spaulding and Welch, 1994, pp. 200-201
  2. ^ a b "Vases". Holy Land Handicraft Cooperative Society. Dicapai pada 2008-04-13.
  3. ^ "Hebron Beads". Dphjewelry.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-11. Dicapai pada 2012-08-18.
  4. ^ a b Nazmi al-Ju'bah (January 25, 2008). "Hebron glass: A centuries' old tradition". Institute for Middle East Understanding (Original in This Week in Palestine). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2010. Dicapai pada March 31, 2012.
  5. ^ Beard, 1862, p. 19