Laut Mati
Jump to navigation
Jump to search
Laut Mati (لاءوت ماتي) | |
---|---|
![]() | |
Koordinat | |
Jenis | endorheik hipersaline |
Aliran masuk utama | Sungai Jordan |
Aliran keluar utama | Pemeluwapan |
Kawasan tadahan | 40,650 km² (25,258 mi²) |
Negara lembangan | Jordan Wilayah Palestin |
Panjang maks | 67 km (42 mi) |
Lebar maks | 18 km (11 mi) |
Luas permukaan | 810 km² (Lurah Utara) |
Kedalaman purata | 120 m |
Kedalaman maks | 330 m (1,083 ft) |
Isipadu air | 147 km³ (91 mi³) |
Panjang pesisir1 | 135 km (84 mi) |
Ketinggian permukaan | -418 m (-1,371 ft) |
1 Panjang pesisir adalah tidak diukur jelas. |
Laut Mati (Bahasa Ibrani: ים המלח; Bahasa Arab: البحر الميت; Bahasa Inggeris: Dead Sea) merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m. Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.