Kampung Lumapas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kampong Lumapas 'B')
Jump to navigation Jump to search
"Lumapas" dilencongkan ke sini. Untuk mukim, sila lihat Mukim Lumapas.
Bagi kawasan perumahan awam, lihat Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lumapas.
Kampung Lumapas
Kampung Lumapas is located in Brunei
Kampung Lumapas
Lokasi di Brunei
Koordinat: 4°49′32″N 114°54′56″E / 4.825532°N 114.915589°E / 4.825532; 114.915589Koordinat: 4°49′32″N 114°54′56″E / 4.825532°N 114.915589°E / 4.825532; 114.915589
NegaraBrunei
DaerahBrunei-Muara
MukimLumapas
Poskod
BJ3324

Kampung Lumapas ialah sebuah kampung dalam Mukim Lumapas di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Poskod bagi Kampung Lumapas ialah BR1926.[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kampung Lumapas terletak di bahagian selatan Daerah Brunei dan Muara iaitu salah satu daerah di Brunei. Ia juga terletak di bahagian selatan pinggir ibu negara Bandar Seri Begawan. Kampung Lumapas berjiran dengan Kampung Kilugus, Kampung Panchor dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kilugus di bahagian utara, dan Kampung Junjongan di bahagian barat. Ia juga bersempadan dengan Daerah Limbang dalam negeri Sarawak, Malaysia di bahagian selatan.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Lumapas ditadbir oleh dua orang ketua kampung. Ketua Kampung Lumapas 'A' mentadbir kawasan-kawasan Kampung Buang Tekurok, Kampung Bukit Bunga, Kampung Kilugus, Kampung Membarong, Kampung Panchor, Kampung Sengkirap, dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kilugus,[2] sementara Ketua Kampung Lumapas 'B' mentadbir kawasan Kampung Lumapas.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah sekolah rendah kerajaan dan sebuah sekolah ugama di Kampung Lumapas.

Kampung Lumapas juga mempunyai sebuah masjid: Masjid Kampong Lumapas mula dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun berikutnya.[3] Masjid ini dapat menampung kira-kira 700 orang jemaah.[3]

Terdapat juga sebuah pejabat pos di Kampung Lumapas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Buku Panduan Poskod Negara Brunei Darussalam [Edisi Kedua]" (PDF). post.gov.bn. m/s. 21. Dicapai 27 Oktober 2018. 
  2. ^ Abd. Karim, Hezlinawati; Wan Ahmadi, Wan Mohamad Sahran; Abas, Nooratini (27 Oktober 2010). "Interaksi raja bersama rakyat" (PDF). Pelita Brunei. Dicapai 27 Oktober 2018. 
  3. ^ a b "SenaraiMasjid - Masjid Kampong Lumapas". www.kheu.gov.bn. Dicapai 27 Oktober 2018.