Daerah Limbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bagi Bahagian Sarawak, lihat Bahagian Limbang.
Bagi pekan, lihat Pekan Limbang.
Daerah Limbang
Daerah
Sarawaklimbanglimbang.PNG
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
Bahagian Limbang
Pentadbiran
 • Badan Pejabat Daerah
Keluasan[1]
 • Jumlah 3,978.10 km2 (1,535.95 batu persegi)
Penduduk (2010)[2]
 • Jumlah 48,186
 • Kepadatan 12/km2 (31/batu persegi)
Laman web www.limbang.sarawak.gov.my

Daerah Limbang ialah sebuah daerah dalam Bahagian Limbang di negeri Sarawak, Malaysia. Ianya berkeluasan 3,978.10 kilometer persegi (1,535.95 batu persegi) dan mempunyai penduduk seramai 48,186 pada tahun 2010.[1][2] Daerah ini memisahkan tanah besar Brunei dengan Daerah Temburong iaitu sebuah ekslaf. Pekan Limbang merupakan petempatan utama dan satu-satu pekan di daerah ini.

Tuntutan Brunei[sunting | sunting sumber]

Sejak penubuhan Malaysia pada 1963, Brunei terbahagi dua, dipisahkan oleh Limbang. Sejak itu dikatakan Brunei menuntut wilayah Limbang daripada Malaysia.[3]

Perjanjian 16 Mac 2009 antara Malaysia dan Brunei rupa-rupanya menyebabkan Malaysia kehilangan medan minyak Blok L dan Blok M yang terletak di luar pantai Limbang / Brunei. Berikutan itu Petronas menamatkan usaha carigali dengan syarikat Murphy Oil Corp dari Amerika Syarikat kerana ia bukan lagi milik Malaysia.

Konvensyen Undang-undang laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982 menetapkan bahawa kawasan luar pantai Brunei itu milik Brunei. Kawasan itu yang selama ini bertindih sempadan akan dibangunkan secara usahasama dengan Malaysia. [4]

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

  • Muzium Wilayah Limbang terletak di sebuah kubu lama yang dibina oleh Charles Brooke pada 1897. Muzium yang telah dibuka pada 1994 ini mempamerkan sejarah dan kebudayaan rakyat di wilayah ini seperti alat buluh, cara pembuatan garam, seni manik, pakaian daripada kulit kayu, barangan logam, bakul dan sebagainya.

Bukit Mas terletak berhampiran dengan Muzium Wilayah Limbang tempat ini merupakan tempat menarik untuk dikunjungi. Bukit Mas adalah tempat yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga, rakan taulan mahupun bersendirian. Tempat ini mempunyai pemandangan sejuk mata memandang. Terdapat trek menaiki puncak Bukit Mas. Biasanya sempena Hari Bukit Mas pertandingan naik ke puncak Bukit Mas akan diadakan.

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak 2006-2011 bagi kawasan pilihan raya N. 68 Bukit Kota Limbang ialah Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman Bin Haji Ismail. Beliau bertanding atas tiket Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan salah satu parti komponen Barisan Nasional.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Profil Daerah Limbang". www.limbang.sarawak.gov.my. Dicapai 2018-04-09. 
  2. ^ a b "Demografi". www.sarawak.gov.my. Dicapai 2018-04-09. 
  3. ^ Pemimpin Umno/BN cuai kedaulatan negara
  4. ^ Wisma Putra: Kawasan kaya minyak milik Brunei