Kampung Sungai Mas, Kuala Muda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Sungai Mas terletak di Mukim Kota, daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Ia merupakan salah satu komponen tapak tanah bersejarah zaman Proto di dalam zon penyelidikan arkeologi Lembah Bujang.

Kampung ini terletak kira-kira 20 km dari Sungai Petani, 30 km dari butterworth dan 35 km dari Gunung Jerai. Ia dikelilingi oleh Sungai Muda, Sungai Terus, Sungai Merbok dan Selat Melaka menjadikan ia sebagai sebuah pulau.

Kampung ini menjadi penting kerana penemuan pelbagai artifak agama animisme yang menjadi anutan penduduk Tanah Melayu sebelum kedatangan agama Islam. Pengaruhnya amat jelas di dalam masyarakat dan kerajaan Melayu sebagaimana gambaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Ia dipercayai merupakan tempat perdagangan utama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Lembah Bujang : Penyelidikan Arkeologi Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah Darul Aman, oleh Kamaruddin b. Zakaria.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]