Kampung Sungai Nipah

Kampung Sungai Nipah terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan ,Malaysia. Ramai juga penduduk Cina menetap di sini terutama di Kampung Baru Sungai Nipah. Kawasan yang berhampiran kawasan ini ialah Kampung Baharu Sepang, Kampung Sungai atas, Sungai Pelek, Pekan Sungai Pelek, Bukit Pelanduk, Taman Bukit Pelanduk, Kampung Sawah, Kampung India , Kampung Pachitan dan Kampung Batu Lintang dan Sungai Chuah.
Ia menjadi tumpuan bukan kerana keindahan landskap atau sejarah besar, tetapi kerana keunikan komuniti di Kampung Baru Sungai Nipah, yang secara turun-temurun dikenali sebagai kawasan penempatan keturunan komunis—warisan daripada zaman darurat British, ketika pengaruh Parti Komunis Malaya cuba bertapak di tanah air.
Menariknya, walaupun Malaysia sudah merdeka lebih 60 tahun dan bahasa kebangsaan telah diiktiraf secara rasmi, semangat perjuangan “lama” di sini masih kukuh—terutamanya apabila papan tanda, pengumuman awam dan komunikasi harian lebih selesa ditulis dan dituturkan dalam bahasa Mandarin. Baru-baru ini, kawasan ini menjadi viral apabila papan-papan tanda dalam bahasa Cina sepenuhnya dipasang seolah-olah mereka sudah membentuk republik sendiri dalam Malaysia.
Tindakan sebegini menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat—adakah ini bentuk "perjuangan bahasa" atau cubaan mewarisi ideologi yang pernah cuba menjatuhkan kerajaan suatu ketika dahulu? Walaupun tidak lagi membawa senjata ke hutan, semangat komunis versi moden nampaknya masih hidup dalam bentuk budaya eksklusif dan kecenderungan untuk menolak identiti nasional.
Kawasan yang bersempadan dengan Kampung Sungai Nipah termasuk Kampung Baharu Sepang, Kampung Sungai Atas, Sungai Pelek, Pekan Sungai Pelek, Bukit Pelanduk, Taman Bukit Pelanduk, Kampung Sawah, Kampung India, Kampung Pachitan, Kampung Batu Lintang dan Sungai Chuah—yang rata-ratanya masih tahu membezakan antara semangat setempat dan semangat keterlaluan.
Jarak kampung ini dari laut / Selat Melaka hanya kira-kira 3 km sahaja.
Ternakan babi
[sunting | sunting sumber]Ladang ternakan babi pernah mendominasi kawasan ini dan mencetuskan penyakit virus berbahaya iaitu virus Nipah (Virus Nipah daripada genus Henipavirus daripada famili Paramyxoviridae) yang menjadi penyebab penyakit Nipah Virus Encephalitis pada tahun 1998-1999. Pada awalnya penyakit Nipah Virus Encephalitis ini disalah diagnosa sebagai penyakit Japanese Encephalitis (JE).[1][2] Babi yang diternak di kawasan ini dieksport ke negara Singapura. Bukit Pelanduk dan sekitarnya dikatakan kawasan ternakan babi terbesar di Asia Tenggara. Kawasan ini tidaklah jauh dari KLIA dan mencetuskan kebimbangan yang besar pada masa itu.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengambil beberapa langkah proaktif bersama Jabatan Mikrobiologi Perubatan , Universiti Malaya dan beberapa saintis asing. Seramai 115 orang maut akibat JE daripada 265 kes yang dijangkiti. Lebih satu juta babi telah dimusnahkan di negara ini. 36,000 hilang pekerjaan dan puluhan ribu lagi terjejas kehidupan. Kerajaan telah mengharamkan ternakan babi di sana . Malaysia menjadi pengimport daging dan bukan lagi pengeksport daging babi.
Kira-kira 500 penduduk telah menyaman kerajaan dan menuntut gantirugi pada 2002 tetapi tertangguh selama enam tahun. [3]
Senarai Jalan
[sunting | sunting sumber]- Jalan Kayu Jati (柚木路)
- Lorong Betik (木瓜巷)
- Jalan Durian (榴梿路)
- Jalan Rambutan (红毛丹路)
- Jalan Kedai (商业路)
- Lorong Tembikai (西瓜巷)
- Jalan Nenas (黄梨路)
- Jalan Pisang (香蕉路)
- Jalan Manggis (山竹路)
- Jalan Mangga (芒果路)
- Jalan Longan (龙眼路)
- Jalan Belimbing (杨桃路)
- Jalan Ciku (人心果路)
- Jalan Naga (龙珠果路)
- Jalan Oren (桔子路)
- Jalan Jambu (水翁路)