Kampus UiTM Segamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Universiti Teknologi MARA

Kampus UiTM Segamat merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi MARA yang terletak di negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Kampus ini ditubuhkan pada bulan Disember 1983 di Bukit Siput, Segamat. Tetapi tidak lama kemudian, kampus ini terpaksa berpindah ke satu lokasi yang lebih besar di Segamat Baru, hinggalah pada bulan Januari 1990, kampus ini berpindah ke lokasi tetapnya di Jalan Muar, Segamat.Kampus ini mempunyai 4 fakulti iaitu fakulti pengurusan perniagaan, fakulti perakaunan, fakulti pengurusan maklumat dan fakulti sains komputer dan matematik. Rektor kampus atau dikenali dengan nama pengarah kampus ialah Professor Dr. Omar Bin Samat yang mengambil alih jawatan tersebut daripada Professor Dr Haji Kamil.Antara kursus yang ditawarkan di kampus ini ialah Pra Diploma Perdagangan, Diploma Perakaunan, Diploma Sains Komputer, Diploma Sains Matematik, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Pengajian Perniagaan Pengangkutan, Diploma Perbankan, Diploma Analisis Pelaburan, Diploma Pengurusan Maklumat. Kini Fakulti Pengurusan Maklumat menawarkan kursus Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Rekod. Fakulti Pengurusan Maklumat mempunyai 25 orang pensyarah [ sumber : Albakri Mohammad : Pensyarah Pengurusan Maklumat ].Kampus ini memiliki satu bangunan pentadbiran iaitu Bangunan Seri Bendahara yang menempatkan Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar, Unit Sukan, Unit Keselamatan dan juga unit pentadbiran. Ia memiliki 6 bangunan kuliah iaitu Bangunan Sri Laksamana, Blok I, Blok U, Blok C,Blok Kayangan yang terletak di atas bukit dan Bangunan LT yang menjadi kelas kepada lebih 6000 orang pelajar. Dewan Sri Temenggung menjadi dewan rasmi kampus ini yang menjadi lokasi Peperiksaan Akhir setiap semester dan Test untuk pelajaran yang ditawarkan disini. Bangunan Pensyarah terbahagi kepada dua iaitu Blok A dan B yang menjadi bilik para pensyarah berbagai jawatan sehingga yang berpangkat Professor.Bangunan kediaman atau kolej yang menjadi tempat kediaman pelajar yang mendapat kemudahan kolej. Ia terbahagi kepada 3 Sektor iaitu Sektor A, Sektor B dan Sektor C. Sektor A menjadi sektor pelajar lelaki yang merangkumi Kolej Sempana Riau, Kolej Taming Sari dan Kolej baru iaitu Suluk Belingkung.Kolej Suluk Belingkung menempatkan pelajar lelaki dan perempuan semester 5 dan keatas yang dibahagikan kepada dua bahagian.