Karim Mansor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Karim Mansor merupakan ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat dari parti UMNO (Barisan Nasional). Beliau adalah seorang pemimpin tempatan yang memulakan projek popular iaitu "homestay" Projek di Tanjung Sepat dan mewujudkan kampung berorientasikan perniagaan untuk manfaat rakyat di Tanjung Sepat dan kawasan Morib.[1]

Perhubungan dengan Orang Asli[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang Melayu Islam tidak menghalang Dr Karim Mansor, untuk menjadi teman dan bertindak sebagai pelindung kepada suku-kaum Orang Asli di Selangor. Dr Karim Mansor telah dijemput dalam banyak (hampir semua) program dan majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Orang Asli dan dihadiri oleh semua suku kaum mereka sendiri.[2].

Isu penternakan babi di Selangor[sunting | sunting sumber]

Setelah pengumuman projek penternakan babi moden di Ladang Tumbuk,Tanjung Sepat, Selangor dibuat oleh kerajaan Negeri Selangor pada awal bulan April, Karim Mansor antara pemimpin UMNO yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu. Malah, ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Walau bagaimanapun, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng telah mendedahkan seminggu selepas kontroversi itu bahawa syarikat Karim Mansor, melalui satu usahasama turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor itu. Syarikatnya bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta[perlu rujukan] - daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Syarikat tersebut akan mengenakan caj RM50 seekor babi sebagai kos rawatan kumbahan ternakan babi.

Pada tahun 2007, Karim Mansor, bersama ketua kampung Tumbuk telah menyertai rombongan ke luar negara untuk mengkaji teknologi Jerman untuk penternakan babi. Selain Jerman, Karim Mansor turut melawat ke Amsterdam dan Menara Eiffel dalam rombongan tersebut. Syarikat Karim Mansor itu dilaporkan berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut. Dr Lee turut mendedahkan bahawa sebelum pembubaran parlimen kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.

Tindakan Karim Mansor yang hipokrit itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin MCA (termasuk Dr Lee) dan kerajaan Negeri Selangor kerana ia dilihat sebagai suatu tindakan demi kepentingan politik sendiri. Pada 15 April 2008, kerajaan Selangor telah mendedahkan gambar Karim Mansor yang mengangkat ibu jari ketika berada di kandang babi di Jerman. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]