Karl Liebknecht

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Karl Liebknecht
KLiebknecht.jpg
Foto Liebknecht bertarikh 1919.
Kelahiran13 Ogos 1871
Leipzig, Kerajaan Sachsen, Empayar Jerman
Meninggal dunia15 Januari 1919(1919-01-15) (umur 47)
Berlin, Jerman
KerakyatanJerman
Pusat pendidikanUniversiti Humboldt Berlin
PekerjaanPeguam
Ahli politik
Revolusioner
Parti politik
PasanganJulia Paradies (l. 1900; m. 1911)
Sophie Liebknecht (k. 1914)
SaudaraWilhelm Liebknecht (bapa)
Natalie Liebknecht (ibu)

Karl August Frederich Liebknecht (13 Ogis 1871-15 Januari 1919) merupakan seorang pemikir dari Jerman. Beliau sebelum ini menganggotai Parti Demokrat Sosial Jerman sebelum keluar dan membentuk Liga Spartacus (Spartakusbund) bersama-sama Rosa Luxemburg, di mana kelompok ini kemudiannya membentuk Parti Komunis Jerman.

Beliau bersama Luxemburg terkenal atas tindakan membantah penglibatan Kerajaan Empayar Jerman dalam Perang Dunia Pertama dalam suatu pemberontakan terkenal, Pemberontakan Spartacus (Spartakusaufstand), pada tahun 1919; namun kedua-dua mereka ditahan dan diseksa Freikorps sehingga mati. Kematian mereka diperingati sebagai martir kepada fahaman sosialis yang diperjuangkan mereka, lalu mempengaruhi pergerakan politik haluan kiri di Jerman.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Liebknecht lahir di Leipzig, Sachsen, Jerman kepada sebuah keluarga yang giat politik. Ayahnya, Wilhelm Martin Philipp Christian Ludwig Liebknecht merupakan pengasas Parti Demokrat Sosial Jerman bersama August Bebel manakala datuk sebelah ibunya Theodor Reh, merupakan ahli Parlimen Frankfurt yang bersidang tahun 1848.[1]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Dunia Pertama[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 1914, beliau bersama Rosa Luxemburg, Clara Zetkin dan Franz Mehring membentuk kumpulan Liga Spartacus (Spartakusbund) yang menyuarakan bantahan penglibatan pemerintah Parti Demokrasi Sosial terhadap kegiatan peperangan Empayar Jerman dalam perang dunia ini. Liebknecht ditahan sekali lagi dalam suatu tunjuk perasaan anti-perang di Berlin pada 1 Mei 1916 lalu dipenjarakan atas dakwaan penderhakaan tinggi, asalnya selama dua setengah tahun dan kemudiannya empat tahun satu bulan.[2] Walau bagaimanapun, Liebknecht akhirnya dibebaskan jua pada 9 November 1918, sehari selepas pembebasan Rosa Luxemberg. Pada 1 Januari tahun berikutnya, Parti Komunis Jerman ditubuhkan dengan Rosa dan Karl dilantik sebagai ketua bersama.

Liga Spartacus serta Pemberontakan dikepalainya[sunting | sunting sumber]

Suatu pemberontakan dicetuskan liga ini dari 5 hingga 12 Januari 1919 di Berlin. Beliau dan Luxemburg mulanya membantah tindakan ini namun berubah fikiran setelah ia dimulakan. Pemerintah pimpinan Friedrich Ebert mengarahkan bekas Tentera Darat Empayar serta militia relawan Freikorps untuk menumpaskan pemberontakan ini.

Tidak lama selepas pemberontakan ini dihapuskan pada 15 Januari, Liebknecht dan Luxemburg ditangkap pihak Freikorps pada 15 Januari 1919 dan dibawa ke Hotel Eden di Berlin di mana mereka disoal siasat dan diseksa selama beberapa jam.[3] Luxemburg dipukul dan ditembak mati dalam interogasi ini, dan mayatnya dibuang ke dalam Terusan Landwehr; manakala Liebknecht mati ditembak dari belakang ketika cuba meloloskan diri menurut catatan rasmi.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Annelies Laschitza, Die Liebknechts: Karl und Sophie – Politik und Familie, Berlin: Aufbau Taschenbuch, 2009
  2. ^ "UNREST IN GERMANY". The Argus. Melbourne. 4 July 1916. m/s. 7. Dicapai 29 November 2012 – melalui National Library of Australia. 
  3. ^ Bouton, Miles S. And the Kaiser Abdicates: The German Revolution 1914–1918. Yale University Press. 
  4. ^ Wette, Wolfram (2006). The Wehrmacht: History, Myth, Reality. Cambridge: Harvard University Press. m/s. 44. ISBN 0674022130. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Karl Liebknecht, "The Future Belongs to the People" Leopold Classic Library, 2015
  • H. Wohlgemuth, Karl Liebknecht, Dietz Verlag, 1975
  • Annelies Laschitza, Die Liebknechts: Karl und Sophie – Politik und Familie, Berlin: Aufbau Taschenbuch, 2009

Pautan luar[sunting | sunting sumber]