Rosa Luxemburg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rosa Luxemburg

Rosa Luxemburg (5 Mac 1870 atau 187115 Januari 1919; bahasa Poland: Róża Luksemburg) ialah seorang ahli teori politik Marxisme, ahli falsafah sosialisme, dan revolusioner Jerman. Dilahirkan di Poland, beliau merupakan ahli teori untuk Parti Demokratik Sosial Kerajaan Poland[1] yang kemudian terlibat dalam Parti Demokrasi Sosial Jerman, diikuti oleh Parti Demokrasi Sosial Bebas Jerman.

Luxemburg memulakan sebuah akhbar, Die Rote Fahn, dan merupakan pengasas bersama untuk Liga Spartacus (bahasa Jerman: Spartakusbund), sebuah kumpulan revolusioner yang kemudian menjadi Parti Komunis Jerman.[1] Suatu pemberontakan meletus di Berlin pada Januari 1919 berikutan propaganda Luxemburg, percubaan itu ditewas oleh saki-baki tentera pemerintahan beraja serta tentera awam bebas yang bersama-sama digelarkan Freikorps. Luxemburg dan beratus-ratus orang yang lain ditangkap, diseksa, dan kemudian dibunuh. Kematian beliau bersama Karl Liebknecht terutamanya menjadi suatu titik penting dalam dorongan pengikut sosialisme demokrasi dan arxisme memperjuangkan fahaman mereka.[2]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Rosa Luxemburg lahir pada 5 Mac 1871 di Zamość,[3][4] Vistula Land. Beliau merupakan anak bongsu kepada sebuah keluarga berbangsa Yahudi. Ayahnya, Eliasz Luxemburg, merupakan seorang pedagang balak yang banyak menyemai minat mengenai ide-ide liberalisme, manakala ibunya, Line Löwenstein, merupakan seorang suri rumah yang beragama dan banyak membaca di rumah.[5] Keluarganya berpindah ke Warsaw pada tahun 1873.[6]

Semasa Perang Dunia Pertama[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 1914, beliau bersama Karl Liebknecht, Clara Zetkin dan Franz Mehring membentuk kumpulan Die Internationale. Kelompok ini menyuarakan sokongan Parti DEmokrasi Sosial terhadap kegiatan peperangan Empayar Jerman dalam perang dunia ini dengan perutusan risalah-risalah anti-perang. Kelompok ini kemudiannya mengambil nama Spartakusbund ("Liga Spartacus") pada Januari 1916 sempena memperingati keengganan hamba tersebut tunduk pada arahan Republik Rom untuk berperang demi mereka.

Pembentukan Parti Komunis dan Spartakusaufstand[sunting | sunting sumber]

Luxemburg dibebaskan dari tahanan di Breslau pada 8 November 1918. One day later, Karl Liebknecht, who had also been freed from prison, proclaimed the "Free Socialist Republic" (Freie Sozialistische Republik) in Berlin.[7] Mereka menubuhkan semula Liga Spartacus serta mewujudkan akhbar Die Rote Fahne ("Bendera Merah") di mana akhbar tersebut menuntut agar pengampunan diberikan kepada semua tahanan politik serta pemansuhan hukuman mati.[8]

Karl dan Rosa melibatkan diri dalam suatu persidangan yang diadakan bersama Spartakusbund, puak sosialis bebas dan Komunis Antarabangsa Jerman dari 29 hingga 31 Disember 1918. Perjumpaan ini membawa kepada pembentukan Parti Komunis Jerman pada tahun baru 1919 dengan Liebknecht and Luxemburg sebagai ketua parti.

Pemikiran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Leszek Kołakowski ([1981], 2008), Main Currents of Marxism, Vol. 2: The Golden Age, W. W. Norton & Company, Ch III: "Rosa Luxemburg and the Revolutionary Left"
  2. ^ Gedenken an Rosa Luxemburg und Karl Liebknecht – ein Traditionselement des deutschen Linksextremismus (PDF). BfV-Themenreihe. Cologne: Federal Office for the Protection of the Constitution. 2008. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 13 December 2017. 
  3. ^ "Glossary of People: L". www.marxists.org. Dicapai 22 February 2018. 
  4. ^ "Matrikeledition". www.matrikel.uzh.ch. Dicapai 22 February 2018. 
  5. ^ Merrick, Beverly G. (1998). "Rosa Luxemburg: A Socialist With a Human Face". Center for Digital Discourse and Culture at Virginia Tech University. Dicapai 18 May 2015. 
  6. ^ J.P. Nettl, Rosa Luxemburg, Oxford University Press, 1969, pp. 54-55.
  7. ^ von Hellfeld, Matthias (16 November 2009). "Long Live the Republic - 9 November 1918". Deutsche Welle. Dicapai 30 November 2014. 
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Merrick2 tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibooks
Wikiversity Wikibooks mempunyai maklumat lanjut mengenai: