Kate Mara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kate Mara
Kate Mara TIFF 2015.jpg
Mara pada tahun 2015
Kelahiran Kate Rooney Mara
(1983-05-08) 8 Mei 1983 (umur 35)
Bedford, New York, A.S.
Kediaman Los Angeles, California, A.S.
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1997–sekarang
Saudara

Kate Rooney Mara /ˈmɛərə/ MAIR[1] (lahir Februari 27, 1983)[2] ialah seorang pelakon Amerika Syarikat. Beliau membintangi drama politik Netflix, House of Cards sebagai Zoe Barnes dan muncul dalam siri TV Fox, 24 sebagai Shari Rothenberg. Beliau membuat penampilan filem pertamanya pada tahun 1999 dalam Random Hearts. Beliau muncul dalam Brokeback Mountain (2005), We Are Marshall (2006), Shooter (2007), Transsiberian (2008), Stone of Destiny (2008), The Open Road (2009), Transcendence (2014), Fantastic Four (2015) sebagai Invisible Woman dan The Martian (2015). Beliau juga muncul dalam minisiri seram FX, American Horror Story: Murder House sebagai Hayden McClaine.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Kate Rooney Mara dilahir dan dibesarkan di Bedford, New York. Beliau adalah anak perempuan kepada Timothy Christopher Mara dan Kathleen McNulty Mara (née Rooney).[3] Beliau adalah anak kedua daripada empat orang adik beradik, mempunyai seorang abang, Daniel; seorang adik perempuan, Patricia (dikenali secara profesional sebagai Rooney Mara, juga seorang pelakon); dan seorang adik lelaki, Conor. Bapa Mara berketurunan Ireland, Jerman dan Perancis Kanada manakala ibunya berketurunan Ireland dan Itali.[4]

Karier[sunting | sunting sumber]

Televisyen dan pentas[sunting | sunting sumber]

Peranan televisyen pertama Mara adalah dalam drama NBC, Law & Order pada tahun 1997. Beliau kemudiannya membuat penampilan dalam beberapa siri televisyen termasuk Madigan Men, Ed dan Law & Order: Special Victims Unit. Mara mendapat dua peranan berulang pada tahun 2003, sebagai Kate dalam Everwood dan sebagai Vanessa dalam Nip/Tuck.[5] Mara juga muncul dalam Cold Case, Boston Public, CSI: Miami dan CSI: Crime Scene Investigation pada tahun yang sama.

Mara di Festival Filem Sundance 2008

Mara telah dipilih sebagai watak utama dalam siri WB 2004, Prodigy.[6] Beliau mempunyai peranan berulang dalam siri WB, Jack & Bobby pada tahun 2005 dan siri TV Fox, 24 pada ahun 2006, melakonkan watak Shari Rothenberg. Mara menyertai barisan pelakon drama komedi HBO, Entourage untuk musim keenam siri itu pada tahun 2009. Beliau melakonkan watak Brittany.[7] Mara menjalani penggambaran empat episod siri itu pada tahun 2009.[8] Pada tahun 2011, beliau membuat penampilan dalam siri seram FX, American Horror Story sebagai Hayden McClaine. Mara ditawarkan peranan itu oleh Ryan Murphy, bekas penerbitnya dalam Nip/Tuck.[9]

Pada tahun 2012, Mara menyertai barisan pelakon House of Cards sebagai Zoe Barnes.[10] Beliau menjalani penggambaran musim kedua siri itu, yang ditayangkan pada Februari 14, 2014. Pada Julai 10, 2014, beliau dicalonkan Anugerah Primetime Emmy untuk Pelakon Wanita Sokongan Cemerlang dalam Drama Bersiri.

Beliau membuat penampilan pentas pertamanya pada tahun 2003 di Festival Teater Williamstown dalam Landscape of the Body bersama Lili Taylor.[11] Mara membintangi The Alice Complex, sebuah produksi pentas oleh Peter Barr Nickowitz di Dixon Place, Bandar Raya New York pada tahun 2005 dan di Teater Blank di Los Angeles pada tahun 2006. Produksi itu juga dibintangi Harriet Harris.[12]

Filem[sunting | sunting sumber]

Penampilan filem pertama Mara adalah dalam Random Hearts bersama Harrison Ford pada tahun 1999, diarahkan oleh Sydney Pollack. Beliau melakonkan watak Jessica Chandler. Beliau seterusnya muncul dalam Joe the King (1999) dan Tadpole (2002) bersama Sigourney Weaver. Mara membintangi Peoples (2004), sebuah drama yang menjalani penggambaran di Louisville, Kentucky. Beliau membintangi filem seram, Urban Legends: Bloody Mary dan muncul bersama Noah Wyle dan Illeana Douglas dalam filem 2005, The Californians. Peranan sokongannya sebagai anak perempuan kepada karakter Heath Ledger dalam Brokeback Mountain pada tahun itu mendapatkannya pujian meluas.

Beliau muncul dalam Zoom sebagai Summer Jones (aka Wonder). Beliau kemudiannya muncul dalam We Are Marshall, dibintangi Matthew McConaughey. Mara melakonkan watak Annie Cantrell. Pada tahun 2007, beliau muncul dalam filem komedi, Full of It bersama Ryan Pinkston. Beliau muncul dalam Shooter, sebuah filem genre dibintangi oleh Mark Wahlberg.[13]

Mara di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2008

Pada tahun 2007, beliau menghabiskan kerjanya untuk filem Transsiberian oleh Brad Anderson. Beliau menghabiskan tiga bulan menjalani penggambaran filem ini di Vilnius, Lithuania bermula bulan Disember 2006. Filem ini juga menjalani penggambaran di Beijing dan Rusia.[14]

Mara membintangi filem 2008, Stone of Destiny, ditulis dan diarahkan oleh Charles Martin Smith sebagai Kay Matheson. Film ini juga dibintangi Billy Boyd, Robert Carlyle dan Charlie Cox.[15] Penggambaran bermula pada bulan Jun 2007 di Glasgow.[16] Pada bulan Disember 2008, Mara muncul dalam T Takes: Brooklyn 09, diarahkan oleh Brody Baker.[17] Beliau membintangi The Open Road sebagai Lucy.[18]

Pada tahun 2009, Mara menjalani penggambaran filem komedi, Peep World, dibintangi Michael C. Hall, Sarah Silverman dan Rainn Wilson,[19] dan menyertai barisan pelakon Iron Man 2, membuat penampilan kameo sebagai Marshal A.S.[20] Mara menjalani penggambaran filem romantik komedi happythankyoumoreplease di Bandar Raya New York pada bulan Julai 2009. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Josh Radnor (How I Met Your Mother).[8] Pada tahun 2010, Mara melakonkan watak Kristi Moore dalam 127 Hours.[21]

Mara muncul dalam Ironclad (2011).[22] Mara muncul dalam filem pendek, Ten Year, diterbitkan oleh Channing Tatum.[23] Mara kemudiannya membintangi versi penuh filem ini.[24] Pada tahun 2012, Mara membintangi filem thriller, Deadfall bersama Eric Bana dan Olivia Wilde.[25][26] Pada tahun 2013, Mara membintangi video Broken Bells untuk lagu Holding On For Life. Mara muncul dalam Transcendence (2014), dibintangi Johnny Depp dan diarahkan oleh Wally Pfister.[27]

Pada tahun 2015, beliau melakonkan watak Invisible Woman dalam Fantastic Four.[28] Pada tahun yang sama, beliau juga mempunyai peranan sokongan sebagai angkasawan, Johanssen dalam filem yang diarahkan oleh Ridley Scott, The Martian.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mara menetap di Los Angeles, California[29][30] or New York.[31][32] Beliau mempunyai hubungan dengan pelakon, Max Minghella dari tahun 2010 sehingga 2014.[33]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1999 Joe the King Allyson
1999 Random Hearts Jessica Chandler
2002 Tadpole Miranda Spear
2004 Time Well Spent Perempuan Filem pendek
2004 Prodigy
2005 Urban Legends: Bloody Mary Samantha Owens Terus-ke-video
2005 Brokeback Mountain Alma Del Mar Jr. (umur 19)
2005 The Californians Zoe Tripp
2006 Zoom Summer Jones / Wonder
2006 Fireflies Taylor
2006 We Are Marshall Annie Cantrell
2007 Full of It Annie Dray
2007 Shooter Sarah Fenn
2008 Transsiberian Abby
2008 Stone of Destiny Kay Matheson
2009 Big Guy Kate Filem pendek
2009 Open Road, TheThe Open Road Lucy
2010 Happythankyoumoreplease Mississippi
2010 Iron Man 2 Marshal A.S.
2010 127 Hours Kristi Moore
2010 Peep World Meg
2011 Ironclad Isabel
2011 10 Years Elise
2012 Deadfall Hanna
2013 Fighting Jacob Becky
2014 Transcendence Bree
2014 Tiny Detectives Detektif Kate Filem pendek
2015 Fantastic Four Sue Storm / Invisible Woman
2015 Man Down Natalie Drummer
2015 The Martian Beth Johanssen
2015 Captive Ashley Smith
2016 Megan Leavey Megan Leavey

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1997 Law & Order Jenna Erlich Episod: "Shadow"
2000 Madigan Men Julie Episod: "White Knight"
2000 Ed Kelly Kovacs Episod: "Pretty Girls and Waffles"
2001 Law & Order: Special Victims Unit Lori Episod: "Pixies"
2003 Everwood Kate Morris 2 episod
2003 Nip/Tuck Vanessa Bartholomew 4 episod
2003 Cold Case Jill Shelby Episod: "Look Again"
2003 Boston Public Helena Gelbke Episod: "Chapter Seventy-Five"
2004 CSI: Miami Stephanie Brooks Episod: "Murder in a Flash"
2004 CSI: Crime Scene Investigation Janelle Macklin Episod: "Formalities"
2005 Jack & Bobby Katie 6 episod
2006 24 Shari Rothenberg 5 episod
2009 Entourage Brittany 4 episod
2009 T Takes Kate 2 episod
2011 American Horror Story: Murder House Hayden McClaine 8 episod
2012 Tron: Uprising Perl (suara) 2 episod
2013–14 House of Cards Zoe Barnes 13 episod
2015 Moonbeam City Chrysalis Tate (suara)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Josh Horowitz (February 23, 2014). "Kate Mara". Happy Sad Confused (Audio siar). SoundCloud. Peristiwa berlaku di 1:53. Dicapai August 11, 2015. 
  2. ^ "Kate Mara". TV Guide. Dicapai September 1, 2014. 
  3. ^ Bird, David (December 24, 1980). "Notes on People; It's Goodbye for a Long-Time Greeter Mara and Rooney Clans to Gather at Wedding Rudolf Bing Speaks His Mind About the Met Former Student Musician Has a New Role Santa Gets a Helper". The New York Times. Dicapai April 30, 2010.  (fee required)
  4. ^ Biografi untuk Rooney Mara di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  5. ^ Warn, Sarah (September 2003). "Nip/Tuck Increases Lesbian Visibility by Leaps/Bounds". AfterEllen.com. Retrieved on September 7, 2008.
  6. ^ "Casting Call". March 4, 2004. The Hollywood Reporter.
  7. ^ O'Connor, Mickey (April 25, 2009). "Entourage News: 24 Alumna Clocks In as E's Assistant". TV Guide. Dicapai April 25, 2009. 
  8. ^ a b "The Rumble". July 12, 2009. New York Post. Retrieved on July 12, 2009.
  9. ^ Donnelly, Matt (December 19, 2011). "Kate Mara on the Rooney Mara rivalry, 'American Horror Story'". Los Angeles Times. Dicapai December 22, 2011. 
  10. ^ Andreeva, Nellie (February 1, 2012). "Jennifer Finnigan Joins David E. Kelley TNT Pilot, Kate Mara in Netflix 'House of Cards'". Deadline.com. Dicapai February 7, 2012. 
  11. ^ Brantley, Ben (July 19, 2003). "The Allure Of an Empty Paradise". The New York Times. Dicapai February 23, 2007. 
  12. ^ "'The Alice Complex' to Star Elbrick and Banes". Broadwayworld.com. July 18, 2008. 
  13. ^ Fleming, Michael (April 11, 2006). "'Shooter' Targets Mara". Variety. Dicapai February 27, 2007. 
  14. ^ Hopewell, John & Fleming, Michael (November 30, 2006). "Cast aboard for Anderson". Variety. Retrieved on February 27, 2007.
  15. ^ Pendreigh, Brian (June 17, 2007). "Romancing the Stone: Scots heist destined for Hollywood". Scotland on Sunday. Dicapai June 17, 2007. 
  16. ^ "Stone of Destiny film under way". BBC News. June 29, 2007. Dicapai June 29, 2007. 
  17. ^ "T Takes". T. Retrieved on April 23, 2009.
  18. ^ Frater, Patrick (February 7, 2008). Trio will hit 'Open Road'. Variety. Retrieved on February 8, 2008.
  19. ^ "Showbiz people briefs". April 23, 2009. Reuters. Retrieved April 23, 2009.
  20. ^ Marnell, Blair (January 7, 2010). ""War Machine Creator Says 'Iron Man 3' Could Use 'Demon In A Bottle' Story, Debunks 'Iron Man 2' Rumor". MTV. Retrieved January 8, 2010.
  21. ^ Fernandez, Jay A.; & Kit, Borys (February 12, 2010). "Kate Mara in talks for Boyle's '127 Hours'". Reuters. Retrieved February 12, 2010.
  22. ^ Woodrow, Emily (October 24, 2009). "Medieval battle scenes in the Valleywood mud". South Wales Echo. Retrieved on October 26, 2009.
  23. ^ Fleming, Mike (October 19, 2010). "Channing Tatum Has 'Ten Year' Feature Itch". Deadline.com. Retrieved October 20, 2010.
  24. ^ 'Ten Year' shooting begins in Albuquerque. KWES. Associated Press. January 6, 2011.
  25. ^ Thompson, Bob (April 16, 2011). "Eric Bana can be whatever you need him to be". National Post. Dicapai November 4, 2011. 
  26. ^ Chan, Stephanie (November 30, 2012). "Eric Bana, Olivia Wilde, Kate Mara, Sissy Spacek and Kris Kristofferson take part in the intense dinner table scene for director Stefan Ruzowitzky's thriller". The Hollywood Reporter. Dicapai April 19, 2013. 
  27. ^ Kate Mara Boards Johnny Depp Project ‘Transcendence’, Variety.
  28. ^ Kroll, Justin (February 19, 2014). "'Fantastic Four' Cast Revealed". Variety. Dicapai February 20, 2014. 
  29. ^ "'She's the girl closest to me in my life' Kate Mara insists she feels no sibling rivalry with sister Rooney as she sizzles in new photo shoot". www.dailymail.co.uk. Dicapai October 30, 2014. 
  30. ^ "After an eye-catching turn on the Netflix hit House of Cards, Kate Mara has a few more tricks up her sleeve". Modernluxury.com. Dicapai October 30, 2014. 
  31. ^ "ROONEY MARA FAMILY TREE". Pittsburgh Post-Gazette. February 4, 2012. Dicapai February 9, 2012. 
  32. ^ "Kate Mara verified Twitter Account". Twitter. Dicapai October 30, 2014. 
  33. ^ Finn, Natalie (August 29, 2014). "Kate Mara and Max Minghella Split Up After 4 Years of Dating". E!. Los Angeles. Dicapai August 30, 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]