Kategori:Biografi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Biografi (daripada perkataan Greek bios bererti "hidup", dan graphein bererti "tulis") adalah genre penulisan dan bentuk media lain seperti filem, berasaskan penulisan mengenai kehidupan seseorang. Walaupun biografi mungkin menumpu pada subjek rekaan atau bukan-rekaan, istilah ini biasanya dikaitkan dengan bukan rekaan (non-fiction). Bersetentangan dengan profil atau curriculum vitae, biografi mengembangkan sudut rumit dan menonjolkan perbezaan perwatakan termasuk pengalaman peribadi. Biografi bukan setakat senarai fakta seperti tarikh lahir, pendidikan, kerjaya, hubungan dan kematian. Ia juga menyelami perasaan melalui kejadian tersebut.