Kavalri ringan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Serangan Briged Ringan yang terkenal, didalam Pertempuran Balaclava pada tahun 1854 (dilukis oleh William Simpson pada tahun 1855)
Rejimen Ke-4 Hussar (Perancis) dalam Pertempuran Friedland, 14 Jun 1807. "Vive l'Empereur!" oleh Édouard Detaille, 1891.
Lukisan askar Sowar dari Kavalri Ringan Ke-6 Madras, sekitar tahun 1845

Kavalri ringan sering dipanggil Kuda Ringan terdiri daripada askar bersenjata ringan (dan perisai ringan) yang menunggang kuda, bertentangan dengan kavalri berat, dimana penunggang (dan kadang kala kuda) dilengkapi dengan perisai berat. Misi utama kavalri ringan adalah meninjau, menyaring, memeriksa, menjarah, dan paling penting sekali, komunikasi, dan ia biasanya dilengkapi dengan lembing, pedang, busur dan kemudian senapang karbin.

Kavalri ringan telah jarang digunakan oleh orang Greek dan orang Rom (walaupun askar bantuan Rom sering berkuda), tetapi popular dikalangan tentera Asia Tengah dan Asia Barat. Orang Arab, orang Hungary, orang Hun, orang Mongol, orang Turki, orang Parthia, dan orang Parsi adalah askar kavalri ringan yang cekap dan pemanah berkuda.

Dengan penurunan feudalisme dan golongan kesateria di Eropah, kavalri ringan menjadi lebih menonjol dalam tentera darat benua tersebut. Ramai dilengkapi dengan senjata api, kerana orang yang terdahulu dilengkapi dengan busur. Contoh-contoh kavalri ringan orang Eropah termasuklah stradiot, hobelar, hussar, chasseurs à cheval, cossacks, chevau-léger, uhlan dan beberapa dragoon.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan dan nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bryan Fosten (1982). Wellington's Light Cavalry. Osprey Publishing. ISBN 0-85045-449-2. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]