Semenanjung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Semenanjung Korea

Semenanjung ialah formasi geografi yang terdiri daripada tanah yang dikelilingi oleh laut pada tiga sisi dan pangkalnya bersambung dengan tanah besar. Contohnya seluruh negeri Florida, Semenanjung Tanah Arab (dikongsi oleh Arab Saudi, Yemen, Oman, Emiriyah Arab Bersatu dan Kuwait), semenanjung Indochina (dikongsi oleh Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand, Malaysia, dan Myanmar) dan semenanjung Anatolia (Turki).

Semenanjung Tanah Melayu juga merupakan sebahagian daripada semenanjung Indochina.

Disebaliknya, Tanjung merujuk kepada tanah yang menjulur ke laut tetapi tidak sempit pangkalnya.