Kaya Scodelario

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kaya Scodelario
Scodelario pada tahun 2014
Kelahiran
Kaya Rose Humphrey

(1992-03-13) 13 Mac 1992 (umur 32)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2007–sekarang

Kaya Rose Scodelario (lahir Kaya Rose Humphrey; 13 Mac 1992) ialah seorang pelakon Inggeris. Beliau dikenali dengan lakonannya sebagai Effy Stonem dalam Skins dan sebagai Teresa Agnes dalam siri filem Maze Runner. Beliau dipilih untuk watak wanita utama dalam Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales, dijadual ditayangkan pada tahun 2017.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Scodelario dilahirkan di Haywards Heath, England. Ibunya, Katia Scodelario, ialah orang Brazil dan berpindah ke England pada tahun 1990 (nama keluarganya datang dari datuknya).[1] Bapanya, Roger Humphrey merupakan orang Inggeris.[2][3][4] Ibu-bapanya bercerai ketika beliau masih kanak-kanak dan beliau dibesarkan serta menggunakan nama keluarga ibunya dan fasih Berbahasa Portugal.[5]

Karier[sunting | sunting sumber]

Skins[sunting | sunting sumber]

Ketika berumur 14 tahun, Scodelario telah dipilih untuk berlakon dalam siri pertama tahun 2007, Skins sebagai Effy Stonem. Scodelario meninggalkan rancangan itu selepas siri keempat untuk memberi laluan kepada karakter generasi ketiga. Lakonannya dipuji oleh pengkritik dan beliau dicalonkan dua kali dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah TV Quick pada tahun 2009 dan 2010.[6] Scodelario menyambung wataknya sebagai Effy dalam siri terakhir Skins.

2009–sekarang[sunting | sunting sumber]

Scodelario membuat penampilan filem pertamanya dalam Moon yang dibuka di Festival Filem Sundance 2009 dan menerima ulasan positif. Dalam filem keduanya, Shank, beliau melakonkan watak bernama Tasha. Filem ini ditayangkan pada 26 Mac 2010.[7] Sebagai tambahan, beliau muncul dalam Clash of the Titans sebagai Peshet.

Scodelario pada tahun 2009

Scodelario sebelum ini pernah menandatangani bersama Models 1 dan telah menjadi model untuk pelbagai majalah termasuk Teen Vogue, Nylon, Instyle UK, Elle UK, Dazed & Confused, Vogue dan i-D. Beliau juga muncul dalam video muzik Stay Too Long, She Said, Love Goes Down dan Writing's on the Wall oleh Plan B.[8] Beliau juga dilihat berada dalam video muzik Old Isleworth oleh The Ruskins[9] dan lagu 2012 Robbie Williams, Candy.[10]

Pada bulan April 2010, Scodelario mengesahkan pemilihannya sebagai Cathy dalam Wuthering Heights diarahkan oleh Andrea Arnold.[11] Fotografi utama bermula pada bulan September[12] dan selesai pada bulan November 2010.[13] Filemi ini dibuka di Festival Filem Venice pada bulan September 2011[14] dan menerima ulasan positif.[15] Wuthering Heights juga muncul di beberapa festival filem antarabangsa yang lain termasuk Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011,[16] Festival Filem London,[17] dan Festival Filem Sundance 2012.[18] Filem ini ditayangkan di UK pada 11 November.[19]

Tahun 2011 mendatangkan lebih banyak projek untuk Scodelario. Beliau menandatangani untuk membintangi Twenty8k sebagai Sally Weaver.[20] Pengambaran mengambil masa selama enam minggu ketika bulan April dan Mei 2011.[21] Filem ini ditayangkan pada bulan September 2012.[22] Pada lewat bulan Jun, Scodelario mengumumkan bahawa beliau telah menandatangani untuk membintangi Now Is Good bersama Dakota Fanning.[23] Filem ini adalah berdasarkan novel Jenny Downham, Before I Die.[24] Beliau melakonkan watak Zoey.[25] Produksi menjalani pengambaran selama tujuh minggu pada bulan Julai[26] dan Ogos.[27] Pada lewat bulan September, Scodelario menjalani pengambaran siri televisyen BBC One, True Love.[28] Episodnya ditayangkan pada 19 Jun 2012.[29]

Scodelario pada tahun 2012

Pada bulan Januari 2012, Scodelario menjalani pengambaran filem Amerika pertamanya, Emanuel and the Truth About Fishes di Los Angeles. Beliau membintangi sebagai Emanuel. Filem ini mendapat pelepasan terhad pada 10 Januari 2014.[30] Semasa melawat teman lelakinya di set Spike Island pada bulan April, Scodelario menjalani pengambaran sebagai penampilan kameo untuk filem itu.[31] Beliau juga menyertai kempen pengiklanan untuk jenama barang kemas Korea, J. Estina.[32] Pada tahun 2013, beliau membintangi drama bersiri Channel 4, Southcliffe.[33]

Scodelario menandatangani untuk membintangi francais filem, The Maze Runner pada bulan April 2013. Beliau membintangi sebagai Teresa dalam filem pertama yang ditayangkan pada bulan September 2014 dan sekuel, Maze Runner: The Scorch Trials, ditayangkan pada bulan September 2015.[34] Beliau juga dijadual membintangi Tiger House.[35] Scodelario juga menandatangani untuk membintangi The Moon and the Sun yang dijangka ditayangkan pada tahun 2015.[36]

Scodelario terlibat dengan Stay With Me yang akan diarahkan oleh Tim Fywell dan dihasilkan oleh Festival Film & TV. Beliau akan melakonkan watak Lamb.[37] Produksi dijadual bermula pada bulan Februari/Mac 2012.[38] Beliau juga terlibat dengan Invisible, yang ditulis, diarah dan dihasilkan oleh Robert Cavanah. Scodelario akan melakonkan watak Lola.[39] Beliau juga akan membintangi Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales, dijadual ditayangkan pada tahun 2017.[40]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Scodelario mendedahkan dalam satu temubual bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Jack O'Connell selama setahun sebelum berpisah pada bulan Jun 2009.[41][42][43] Beliau mempunyai hubungan bersama Elliott Tittensor sejak lewat tahun 2009 tetapi berpisah pada awal tahun 2014.[44] Semasa pengambaran The Moon and the Sun, Scodelario mula menjalinkan hubungan bersama Benjamin Walker.[45]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2009 Moon Eve
2010 Clash of the Titans Peshet
2010 Shank Tasha
2011 Wuthering Heights Catherine Earnshaw
2012 Now Is Good Zoey
2012 Twenty8k Sally Weaver
2012 Spike Island Penjual T-shirt
2013 The Truth About Emanuel Emanuel
2014 The Maze Runner Teresa Agnes
2014 Tiger House Kelly
2014 A Plea for Grimsby Teman wanita Jone Filem pendek
2015 Maze Runner: The Scorch Trials Teresa Agnes
2017 Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales Carina Smyth
2017 Maze Runner: The Death Cure Teresa Agnes
TBA The Moon and the Sun Marie-Josèphe

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2007–2010, 2013 Skins Effy Stonem[46] Watak utama (26 episod)
2012 True Love Karen 2 episod: "Holly", "Adrian"
2013 Southcliffe Anna Minisiri (4 episod)

Web[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2013 Walking Stories Sara Campbell 8 episod

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Artis
2009 Stay Too Long Plan B
2010 She Said Plan B
2010 Old Isleworth The Ruskins
2010 Love Goes Down Plan B
2011 Writing's on the Wall Plan B
2012 Candy Robbie Williams

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.indiewire.com/article/futures-wuthering-heights-breakout-kaya-scodelario
  2. ^ "Britain's Got Talent", The Sunday Times Magazine, 25 January 2009, page 5. http://www.imagebam.com/image/50aa3045509301/ (Scanned image) "Half Brazilian, fluent in Portuguese and stunningly attractive"
  3. ^ "Twitter". Mobile.twitter.com. Dicapai pada 20 November 2013.
  4. ^ TV and Radio. "Kaya Scodelario on life after 'Skins'". Telegraph. Dicapai pada 20 November 2013.
  5. ^ Sunday Telegraph, Stella Magazine supplement, January 2010 Issue, page 23.
  6. ^ "Awards and Nominations". Kaya Scodelario Web. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-05. Dicapai pada 2015-11-28.
  7. ^ "Shank". Dicapai pada 18 January 2010.
  8. ^ The Defamation of Strickland Banks di YouTube
  9. ^ The Ruskins – Old Isleworth (OFFICIAL EXPLICIT VERSION)) di YouTube
  10. ^ Robbie Williams – Candy ) di YouTube
  11. ^ Reynolds, Simon (4 April 2010). "Scodelario is 'Wuthering Heights's Cathy". Digital Spy. Dicapai pada 4 April 2010.
  12. ^ Lavallee, Eric (1 September 2010). "Tracking Shot September 2010: Yellow, Wuthering Heights, Super 8, Return, My Week With Marilyn, Drive and Contagion". IonCinema.
  13. ^ Jagernauth, Kevin (22 November 2010). "Andrea Arnold Casts James Howson As Cinema's First Black Heathcliff In 'Wuthering Heights'". Indie Wire. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-26. Dicapai pada 2015-11-28.
  14. ^ "Venezia 68". La Biennale di Venezia. 28 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-29. Dicapai pada 2015-11-28.
  15. ^ Lyttelton, Oliver (6 September 2011). "Venice '11 Review: 'Wuthering Heights' Is A Superb, Groundbreaking Adaptation Of The Classic Tale". IndieWire. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-16. Dicapai pada 2015-11-28.
  16. ^ "TIFF Festival '11 Special Presentations". Toronto International Film Festival. 16 August 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-21. Dicapai pada 2015-11-28.
  17. ^ de Semlyen, Phil (7 September 2011). "London Film Festival Line-Up Announced". Empire.
  18. ^ "2012 Sundance Film Festival Announces Films in Spotlight, Park City at Midnight, Next <=> and New Frontier". Sundance. 1 December 2011.
  19. ^ Reynolds, Simon (3 August 2011). "'Wuthering Heights' date confirmed, first Heathcliff picture unveiled". Digital Spy.
  20. ^ "Twenty8k". ScreenTerrier. 19 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-03. Dicapai pada 2015-11-28.
  21. ^ "Jonas Armstrong Shooting 'Twenty8k'". The Irish Film & Television Network. 27 April 2011.
  22. ^ "Twenty8k Info". Kaya Scodelario Web. 6 July 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-29. Dicapai pada 2015-11-28.
  23. ^ Scodelario, Kaya (24 June 2011). "Scodelario Announces "Now Is Good" Involvement". @kayascollywogs.
  24. ^ Lyttelton, Oliver (17 May 2011). "Paddy Considine, Olivia Williams & Jeremy Irvine Join Dakota Fanning In 'Now Is Good'". Indie Wire. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-10. Dicapai pada 2015-11-28.
  25. ^ "Rumours + Film Updates". Kaya Scodelario Web. 29 June 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-29. Dicapai pada 2015-11-28.
  26. ^ "BBC Films Unveils Upcoming Slate at Cannes". News on News. 16 May 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-16. Dicapai pada 2015-11-28.
  27. ^ Parker, Ol (19 August 2011). "Parker Tweets About Film Completion". @olparker1.
  28. ^ "Kaya Returns To Television". Kaya Scodelario Web. 28 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-29. Dicapai pada 2015-11-28.
  29. ^ "BBC One - True Love, Holly". Bbc.co.uk. 19 June 2012. Dicapai pada 20 November 2013.
  30. ^ Sneider, Jeff (5 January 2012). "4 thesps hook 'Fishes'". Variety.
  31. ^ "Kaya Makes Cameo in "Spike Island"". Kaya Scodelario Web. 1 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-29. Dicapai pada 2015-11-28.
  32. ^ "Kaya to Model for J. Estina". Kaya Scodelario Web. 27 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-29. Dicapai pada 2015-11-28.
  33. ^ Jeffery, Morgan (28 September 2012). "'Skins' stars Joe Dempsie, Kaya Scodelario join new Channel 4 drama". Digital Spy.
  34. ^ "Kaya Cast in "The Maze Runner"". Kaya Scodelario Web. 8 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-29. Dicapai pada 2015-11-28.
  35. ^ "Tiger House". Kaya Scodelario Web. 9 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-29. Dicapai pada 2015-11-28.
  36. ^ "Kaya Joins "The Moon and the Sun"". Kaya Scodelario Web. 20 March 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-22. Dicapai pada 2015-11-28.
  37. ^ "Stay With Me Update". Kaya Scodelario Web. 21 May 2011.
  38. ^ "Stay With Me Rescheduled". Kaya Scodelario Web. 29 August 2011.
  39. ^ "Invisible: You Can't Escape Your Past..." R&R Film.
  40. ^ "Skins star Kaya Scodelario joins the Pirates of the Caribbean crew". BBC Newsbeat. Dicapai pada 9 February 2015.
  41. ^ "Kaya Scodelario | Sexy grumpster | Girls We Love". FHM.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-20. Dicapai pada 20 November 2013.
  42. ^ Company (magazine). Interview Diarkibkan 2011-07-14 di Wayback Machine (Scanned image) Quote: "I got linked to Nicholas Hoult when he was in Skins. I was only 14 at the time and played his sister! Just for the record I've never been married to Nick Hoult. I did go out with Jack [who plays Cook] for a year and we were quite open about our relationship in the press."
  43. ^ Heat Interview.(Scanned image)
  44. ^ "Kaya Scodelario has been secretly dating Shameless star Elliott Tittensor". The Sun. 13 January 2010. Dicapai pada 7 May 2011.
  45. ^ "The Happiest Woman in the World". @kayascods. 28 December 2014.
  46. ^ "darkhorizons.com". darkhorizons.com. Dicapai pada 27 September 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]