Robbie Williams

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Robin Williams.
Robbie Williams
Robbie Williams.jpg
Williams di upacara pembukaan Piala Dunia FIFA 2018 di Moscow, Rusia
Latar belakang
Nama lahirRobert Peter Williams
Kelahiran (1974-02-13) 13 Februari 1974 (umur 45)
Stoke-on-Trent, Staffordshire, England
Genre
Pekerjaan
  • Singer
  • songwriter
  • musician
  • record producer
Instrumen
  • Vokal
  • gitar
Tahun aktif1990–kini
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
Laman sesawang
robbiewilliams.com

Robert Peter Williams (lahir 13 Februari 1974) ialah seorang pemuzik dari England. Beliau pernah menganggotai kugiran Take That dari tahun 1989 sehingga 1995, sebelum memulakan kerjaya solonya pada tahun 1997.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Robert Williams lahir pada 13 Februari 1974 di Stoke-on-Trent, Staffordshire, England. Ibu bapanya, His parents, Janet (nama keluarga asal: Farrell) dan Peter Williams merupakan pengurus sebuah pub di Burslem bernama Red Lion sebelum ayahnya menguruskan kelab peminat Port Vale FC.[1]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Dalam kugiran Take That (1989-1995)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1990 ketika Robert berusia 16 tahun, ibunya mencadangkan memasuki suatu grup vokal lelaki sepertimana yang diiklankan di akhbar. Beliau menghadiri ujibakat diuruskan Nigel Martin-Smith sebelum berjaya menyertai grup ini - kini bernama Take That - pada usia 16 tahun. Robbie mula menonjol sebagai penyanyi vokal utama dalam beberapa lagu yang menjadikan gruo itu mula terkenal. Namun, Robbie lama-kelamaan mula berselisih dengan Nigel dalam pertikaian berkaitan peraturan dikenakan terhadap anggota Take That yang dianggap mengongkongnya. Perkara ini juga memburuk apabila dia mula menjadi ketagihan minum arak dan mengambil dadah kokaina untuk meredakan tekanan;[2] masalah ini memuncak apabila beliau menghadapi masalah terlebih dos pada malam sebelum acara MTV Europe Music Awards pada november 1994.[3]

Rakaman dokumentari For the Record turut menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap idea-idea muzik yang lebih cenderung genre hip hop dan rap kurang dipedulikan ketuanya Gary Barlow yang lebih mahukan mereka menyanyi dalam genre balada.

Perangai Robbie yang semakin memberontak dan kurang ambil perhatian merisaukan anggota lain sehingga mereka sekumpulan berbincang keadaan sendiri sebelum konsert jelajah "Nobody Else"; Robbie bersetuju berpisah setelah tamatnya konsert ini. Take That dibubarkan secara rasminya ketika Robbie tepat berusia 22 tahun pada 13 Februari 1996.[4]

Sebagai pemuzik solo (1997-kini)[sunting | sunting sumber]

Robbie melancarkan debut solonya dengan suatu saduran lagu George Michael berjudul "Freedom" yang mencecah temapt kedua dalam carta UK Singles Chart.[5] Beliau mula merakam album pertamanya di studio Maison Rouge do London pada Mac 1997, album tersebut yang berjudul Life thru a Lens disiapkan dan diedarkan pada September tahun sama.

Beliau mula menjadi sangat masyhur dengan lagu single keempatnya "Angels" yang tidak sahaja masuk temapt tertinggi sebagai lagu paling larisnya di United Kingdom[6] tetapi juga menjadikannya dikenali serata Eropah dan Amerika Selatan.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Life thru a Lens (1997)
  • I've Been Expecting You (1998)
  • Sing When You're Winning (2000)
  • Swing When You're Winning (2001)
  • Escapology (2002)
  • Intensive Care (2005)
  • Rudebox (2006)
  • Reality Killed the Video Star (2009)
  • Take the Crown (2012)
  • Swings Both Ways (2013)
  • The Heavy Entertainment Show (2016)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sherwin, Phil (2010). The Port Vale Miscellany. Brimscombe Port: The History Press. m/s. 10. ISBN 978-0-7524-5777-2. 
  2. ^ "Robbie: 'Drugs gave me best times of my life'". The Telegraph. 20 Disember 2004. Dicapai 14 Jun 2018. 
  3. ^ "Robbie Williams early career". Discographies, biographies, news. StarPulse.com. Dicapai 19 Mac 2013. 
  4. ^ Wynne-Jones, Ros (14 Februari 1996). "Broken promises as Take That can take no more". The Independent. Dicapai 14 Jun 2018. 
  5. ^ "Robbie Williams". 8notes.com. Dicapai 23 Disember 2009. 
  6. ^ "Award Certification for "Angels"". BPI. Diarkibkan daripada asal pada 3 January 2008. Dicapai 4 Januari 2008. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]