Kebogelan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Tanpa pakaian" dilencongkan ke sini. Untuk kecenderungan untuk kebogelan dalam perkara bukan-seksual, lihat Naturisme.


Calon-calon pemuda yang memasuki Kor Marin telanjang menjalani pemeriksaan fizikal di San Francisco, 1941.

Kebogelan[1] atau ketelanjangan[2] adalah keadaan badan seseorang yang tidak memakai pakaian atau tidak ditutupi apa-apa pun - yakni, telanjang[2] atau bogel[1] sehingga menampakkan dan mendedahkan kulit keseluruhan anggota badan termasuk kemaluan sendiri.

Seni garis menunjukkan seorang lelaki dan wanita bogel direka untuk mendidik makhluk asing mengenai badan manusia, dari Plak Pioneer.

Kebogelan mungkin timbul dalam banyak situasi, baik dalam konteks seksual atau bukan-seksual. Perbuatan berbogel selalunya dilakukan oleh manusia ketika ia sedang melakukan persetubuhan, atau pencucian/pembersihan (pakaian ataupun tubuhnya) secara bersendirian di dalam ruangan tertutup seperti di dalam tandas. Namun ada juga manusia yang berbogel ketika tidur, sementara ada juga bertelanjang pada situasi yang berlainan misalnya seperti untuk tujuan keselamatan dan peragaan diri. Tempoh bagi seseorang itu bertelanjang juga berbagai bergantung kepada situasi, dengan beberapa orang memilih untuk hidup gaya hidup telanjang, sementara yang lain melakukannya cuma sekejap, seperti pada ekshibisionisme, atau kadang-kala, seperti berenang secara bertelanjang. Ketelanjangan telah digambarkan dalam berbagai media, kesenian, fotografi, filem dan di Internet. Ini merupakan faktor dalam hiburan dewasa dari berbagai jenis. Ketelanjangan di hadapan orang lain dapat menimbulkan kontroversi kerana ketelanjangan bukanlah merupakan suatu budaya yang boleh suka-suka ditonjolkan kepada masyarakat secara bebas.

Banyak orang memiliki pandangan yang amat kuat tentang kelakuan bertelanjangan, yang kepada mereka mengangkat isu-isu dan standard dari kerendahan hati, kesopanan dan moraliti. Pada waktu yang sama, aspek erotik dari ketelanjangan telah menarik penonton pada setiap saat dalam sejarah manusia.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Kebogelan secara kasarnya dibahagikan kepada 2 situasi yang berbeza iaitu:

  • Telanjang bulat: bertelanjang bebas tanpa mengenakan seurat benang atau kain bagi menutup tubuh khususnya pada bahagian alat sulit/bahagian intim individu.
  • Telanjang separa: keadaan di mana mengenakan pakaian atau kain masih dikenakan untuk menutup bahagian sulitnya, namun penutupan tersebut agak terhad dan masih mendedahkan susuk tubuh dan seolah-olah kelihatan bertelanjang atau tanpa mengenakan pakaian (misalnya dalam keadaan masih berpakaian dalam atau pakaian mandi).

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Beriadah[sunting | sunting sumber]

Terdapat seberapa kegiatan yang dilakukan dalam keadaan bogel ini termasuk lumba lari, berbasikal dan sebagainya. Di Eropah, ada sebilangan kawasan pantai khusus di mana para pengunjung digalakkan bertelanjang semasa beriadah malah sebarang pakaian diharamkan.

Yoga itu sendiri pernah lazim dilakukan dalam keadaan kurang berpakaian sejak zaman dahulu lagi, ia pernah dicatat dalam kitab Bhagavata Purana dari abad ke-7.

Kaum lelaki masyarakat Yunani Purba digalakkan bertelanjang semasa bersukan di mana ia dianggap sebagai tanda menghormati dewa-dewi (lagi-lagi kepada Herakles, Hermes dan Theseus[3]) serta mengalakkan kesedaran bentuk jasmani dalam kalangan pesukan. Malah, sikap berpakaian semasa bersukan ini atau rasa malu berbogel sebagai sikapkegasaran.[4]

Bermandi[sunting | sunting sumber]

Sekeluarga bertelanjang di Tasik Senftenberg, Jerman (gambar bertarikh 1983)

Sauna sering digunakan dalam keadaan tidak berpakaian langsung seperti di rantau Skandinavia[5][6] serta di negara-negara berbahasa Jerman (termasuk Jerman dan Austria).[6] Sauna-sauna Skandinavia sering mengasingkan pengguna mengikut jantina namun Eropah Barat - termasuk Switzerland, Belgium, Belanda dan Luxembourg[a] - tidak begitu.[b][7]

Masyarakat Jepun digalakkan berbogel semasa dalam permandian baik di bangunan awam khusus (sentō) atau rumah penginapan mata air panas (onsen).[8] Mereka selalunya mandi secara campur jantina namun semakin kurang lazim sejak zaman Meiji.[9] Tempat permandian sering diasingkan mengikut jantina di kawasan kota[10]

Adab di rumah permandian jjimjilbang di Korea bergantung mengikut jenis - para pelawat mesti berpakaian jika rumah tersebut bercampur jantina, namun pelawat mesti bertelanjang di rumah yang khusus jantina tertentu sahaja.[11][8]

In Russia, public banyas are clothing-optional and are usually gender-segregated.[8]

Seni[sunting | sunting sumber]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Mengikut budaya[sunting | sunting sumber]

  • Nude adult human female in anatomical position, seen from the front.
    Perempuan dewasa bogel
    Nude adult human male in anatomical position, seen from the front.
    Lelaki dewasa bogel

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Bogel". Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP.
  2. ^ a b "'telanjang' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 28 April 2020.
  3. ^ Pausanias (geographer), Guide to Greece, 4.32.1
  4. ^ Adams 2005, m/s. 57.
  5. ^ Daney 1998.
  6. ^ a b c Scheuch 2004, m/s. 156-.
  7. ^ a b Kast 2014.
  8. ^ a b c Sood 2012.
  9. ^ Hadfield 2016.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Japan tidak disediakan
  11. ^ Milner 2015.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan