Kehilangan medan minyak Blok L dan M

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kehilangan medan minyak Blok L dan M milik Malaysia dan diserahkan kepada kerajaan Brunei berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009 .[1]

Pada 22 April 2010, akhbar ekonomi The Edge melaporkan suatu pernyataan Murphy Oil Corp bahawa Petronas telah menamatkan kontrak perkongsian pengeluaran untuk Blok L dan M kerana padang minyak itu “bukan sebahagian daripada Malaysia lagi. Surat itu dihantar oleh Petronas pada 21 April 2010.

Isi Perjanjian 16 Mac 2009[sunting | sunting sumber]

Perjanjian itu meliputi persetujuan komersial yang membolehkan Malaysia menyertai dan membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan itu untuk tempoh 40 tahun.

Kaedah kewangan dan operasi bagi melaksanakan persetujuan ini akan dibincangkan lagi oleh kedua-dua pihak (Malaysia dan Brunei). Menurut perjanjian ini,perkara ini bukan satu kerugian bagi Malaysia dari segi sumber minyak dan gas.Ketika itu, Abdullah melakukan lawatan kerja dua hari ke Bandar Seri Begawan pada 15 dan 16 Mac 2009 sebelum meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dua minggu kemudian pada 3 April 2009. Perjanjian itu ditandatangani selepas kabinet Malaysia meluluskan urusan itu pada 11 Februari 2009.

Perjanjian ini mengesahkan sempadan dalam lima sektor yang sudahpun ditetapkan menerusi perjanjian-perjanjian sebelum ini pada 1920, 1931, 1933 (dua perjanjian berasingan) dan 1939. Sektor lain yang belum mempunyai perjanjian sempadan darat,hal sempadan darat akan ditetapkan berdasarkan prinsip aliran air. Apabila urusan persempadan darat selesai, satu sempadan yang muktamad dan kekal akan ditetapkan antara Sarawak di bahagian Malaysia dan Brunei di satu pihak lagi.[2][3]

Nilai Blok L dan Blok M[sunting | sunting sumber]

Tun Dr Mahathir dalam laman blog peribadinya Chedet.com mengatakan simpanan minyak mentah di situ bermutu tinggi, dianggarkan nilainya 100 bilion dolar Amerika Syarikat. Potensi hasilnya dianggarkan RM320 bilion.[4]

Gugur tuntutan Limbang[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mac 2009, Bernama melaporkan Abdullah Ahmad Badawi di Bandar Seri Bengawan menyatakan bahawa “Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutan ke atas Limbang. Pengguguran tuntutan oleh Brunei itu adalah sebahagian daripada Pertukaran Surat-Surat yang dimeterai beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

Tetapi pada 18 Mac 2009, akhbar The Brunei Times, Menteri Luar dan Perdadangan Kedua Brunei, Lim Jock Seng melaporkan "isu tuntutan wilayah ke atas Limbang tidak dibincangkan dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani pada hari Isnin yang menyelesaikan isu dua-hala yang tertangguh antara Brunei Darussalam dan Malaysia.”

Pihak Kementerian Luar pula tidak menafikan kenyataan pihak Brunei itu.

Pendedahan Tun Dr Mahathir[sunting | sunting sumber]

Pada 30 April 2010, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan akhbar The Edge mendedahkan bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi secara diam-diam menyerahkan dua blok medan minyak Blok L dan Blok M kepada negara Brunei. Dr Mahathir selaku Penasihat Petronas menyatakan Malaysia menuntut dua blok itu berasaskan sejarah.

Pihak Petronas tidak mengetahui penyerahan medan minyak itu. Petronas telah menandatangani perjanjian perkongsian pengeluaran dengan syarikat minyak Amerika Syarikat Murphy Oil Corp.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]