Keita Mandjou

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Keita Mandjou
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1979-11-28) 28 November 1979 (umur 37)
Tempat lahir Nzérékoré  Guinea
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1+316 in)
Posisi permainan Pemain tengah serangan, Penyerang
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2004–2007 Perak 75 (50)
2007–2008 Brunei DPMM 21 (11)
2009–2010 Portland Timbers 39 (12)
2009–2010 Salgaocar (pinjaman) 9 (8)
2010-2012 Pune FC 17 (16)
2013 Kelantan 10 (4)
Pasukan kebangsaan
1998-2001 Guinea B23 16 (10)
2001-2011 Guinea 36 (16)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 16 Januari, 2013.
† Kemunculan (Gol).

Keita Mandjou (lahir 28 November 1979) ialah bekas pemain bola sepak kebangsaan Guinea dan beliau beragama Islam. Beliau bermain sebagai pemain tengah dan juga sebagai penyerang.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Keita memulakan kerjaya profesional sebagai pemain bola sepak di Perak, dengan penampilan pertama beliau pada 12 September 2004 menentang PKNS FC. Beliau telah menjadi keterujaan peminat Perak FA sehingga selepas perlawanan tersebut, beliau telah diarak keluar oleh para peminat.[1] Beliau juga memainkan peranan utama atas kejayaan Perak FA dalam Piala FA yang telah menyebabkan lanjutan kontrak beliau dengan pasukan Perak FA dalam liga MSL 2005.

Keita telah memenangi Anugerah Kasut Emas dalam musim Liga Super Malaysia 2005–06, dengan menyumbat 17 gol. Beliau juga ialah 3 orang calon untuk Anugerah Pemain Import Popular dalam anugerah yang julung kalinya diadakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia, tetapi beliau tidak memenanginya.[2]

Beliau telah dikaitkan dengan perpindahan ke sebuah kelab Indonesia, iaitu Persija Jakarta pada tahun 2007,[3] tetapi beliau tidak membiarkan khabar angin tersebut menjejaskan prestasinya di padang, dan sekali lagi menjadi penjaring gol terbanyak bagi Liga Super Malaysia 2006-07.

Keita telah dilepaskan daripada kontraknya pada penghujung musim 2007 kerana "isu keluarga", dan selepas beberapa kali mencuba nasib untuk menjadi pemain dalam pasukan kelab Perancis, FC Lorient.[4] beliau telah menandatangani kontrak dengan pasukan Brunei, Brunei DPMM FC, dan bermain satu musim dengan pasukan tersebut dalam Liga Singapura.

Pada Januari 2009, Keita telah menandatangani kontrak dengan Portland Timbers dalam Liga Bahagian I USL.[5] Keita telah memilih untuk bermain sebagai penyerang, tetapi sekali sekala akan bermain di bahagian tengah dan membantu 2 orang penyerang.

Pada musim USL-1-2009, Portland telah meminjamkan Keita kepada kelab Salgaocar S.C. yang bermain dalam I-League.[6] Keita telah kembali kepada Portland pada April 2010.[7]

Selepas kembali kepada pasukan Timbers daripada pinjamannya, Keita gagal mendapatkan rentaknya dalam musim 2010. Keita muncul dalam 10 perlawanan liga dan hanya menjaringkan 1 gol. Pada 1 September 2010, Keita telah dipindahkan ke sebuah kelab dari India, Pune FC.[8]

Pune FC[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Disember 2010, Keita memulakan perlawanan pertama Pune FC dalam musim tersebut, dengan keputusan seri, 1-1 menentang Mohun Bagan. Pada 30 Januari 2011, Keita telah menyumbat hatrik pertama untuk pasukan tersebut ketika menentang JCT Mills dalam I-League.

Kelantan FA[sunting | sunting sumber]

Selepas dua musim bersama Pune FC, Keita telah kembali ke Malaysia dan telah menyertai Kelantan FA sebagai pemain import keempat untuk pertandingan Piala AFC 2012[9] Bagaimanapun, beliau tidak dapat bermain untuk Kelantan FA dalam Piala AFC 2012 kerana mempunyai masalah dengan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Keita ialah bekas ketua pasukan bola sepak kebangsaan Guinea bawah 23 tahun.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Perak[sunting | sunting sumber]

Portland Timbers[sunting | sunting sumber]

  • Piala Pesuruhjaya Divisyen Satu USL 2009

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]