Persatuan Bola Sepak Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Persatuan Bolasepak Malaysia)
Lompat ke: pandu arah, cari
Persatuan Bola Sepak Malaysia
FAM
Logo persatuan
Ditubuhkan 1933
Ibu pejabat Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor
Penggabungan FIFA 1954 [1]
Presiden DYTM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail[2]
Tapak sesawang fam.org.my

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di negara Malaysia. Bola sepak tiba di Malaya dengan British. Orang-orang tempatan kemudiannya mempelajari permainan berkenaan. Tidak lama selepas itu, ia menjadi permainan yang terulung di Malaysia. Sehingga akhir abad ke-19, bola sepak menjadi tiang tengah kepada kebanyakan kelab-kelab sukan di Malaysia. Tetapi ianya tidak distrukturkan. Walaupun Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan, pertandingan hanya terhad kepada kelab-kelab di dalam daerah Kuala Lumpur sahaja. Pejabatnya terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

FAM merupakan ahli kepada Gabungan Bola Sepak Asia dan FIFA. Presidennya sekarang ialah Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail. Terdapat empat belas persatuan bola sepak negeri di Malaysia.

Kronologi[sunting | sunting sumber]

Seperti mana dunia bola sepak yang lain, penyebaran permainan bola sepak juga berkait rapat dengan migrasi koloni ideologi British. Adalah dipercayai permainan pertama di Semenanjung Malaysia pada awal 1900-an sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan orang luar adalah tinggi di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor and Negeri Sembilan.

  • Pada tahun 1951, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri Malaysia yang pertama - telah menjadi Presiden.
  • Dalam tahun 1974, pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Haji Hussein, yang telah berkhidmat hanya setahun.
  • Kerusi tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1975.
  • Dalam tahun 1984, Sultan Pahang memegangnya sehingga tahun 2014.
  • Kemudian kerusi ini diisi oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah.
  • Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-53 diadakan pada 25 Mac 2017 untuk melantik Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021. Buat masa ini, hanya jawatan Presiden sahaja telah diketahui di mana Tunku Ismail Idris diisyhtiharkan telah menang tanpa bertanding selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa menarik diri.[3]

Senarai Presiden dan Setiausaha organisasi FAM[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kongres FAM

FAM mempunyai Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Pelaksana (Jawatankuasa Tetap). Untuk Jawatankuasa Eksekutif, ahli-ahlinya dipilih melalui kongres FAM tiga tahun sekali.

Pejabat Nama Tempoh
Presiden Sir Andrew Caldecott 1933
M.B. Shelley
Dr J.S. Webster
S.D. Scott
R. Williamson
J.E. King 1927
Adrian Clark –1940
H.P. Byson 1948
Dr C. Rawson 19??-1958
Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Haji Sir Abdul Hamid Halim Shah II 1958-1974
Tun Abdul Razak 1975-1976
Tan Sri Hamzah Datuk Abu Samah 1976-1983
Sultan Haji Ahmad Shah 1984-2014
Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah 2014–2017
Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail 2017-sekarang
Setiausaha A.R. Singham 1941
Datuk Kwok Kin Keng 1948-1979
Dato' T.P. Murugasu 1980-1987
Dato' Paul Mony Samuel 1988-2000
Dato' Dell Akbar Khan
Dato' Ibrahim Saad 2005-2007
Dato' Azzuddin Ahmad 2007-2013
Dato' Hamidin Mohd Amin 2013-sekarang

Jawatankuasa Tetap 2017/2021[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Eksekutif[sunting | sunting sumber]

  • Timbalan Presiden:
  1. Datuk Seri Subahan Kamal (Selangor FA)
  2. Datuk Wira Yusoff Mahadi (Melaka United)
  • Naib Presiden:
  1. Encik Joehari Ayub (Sabah FA)
  2. Dato' Ab Ghani Hassan (Negeri Sembilan FA)
  3. Dato' S. Sivasundaram (Selangor FA)
  4. Datuk Rosmadi Ismail (Kelantan FA)
  • Exco FAM (lelaki):
  1. SAC Dato' Azisman Alias (PDRM FA)
  2. YB Dato' Aminuddin Omar (Kedah FA)
  3. Datuk Hishamudin Yahaya (Pahang FA)
  4. Dato' Jefferey Low Han Chau (Kedah FA)
  5. Supt. Md Dali Wahid (PDRM FA)
  6. Encik Christopher Raj (Ahli perniagaan)
  7. Encik Subkhiddin Mohd Salleh (Persatuan Pengadil Bola Sepak Malaysia)
  8. Encik Firdaus Mohamed (Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor)
  • Exco FAM (wanita):
  1. YB Dato' Suraya Yaacob (Persatuan Bola Jaring Malaysia)
  2. Puan Shafizah Umamah Abdul Mutalib (Persatuan Bola Jaring Malaysia)[4]

Kongres[sunting | sunting sumber]

  1. Datuk Seri Afandi Hamzah (Kelantan FA)
  2. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Selangor FA).
  • Setiausaha Agung: Datuk Hamidin Mohd Amin
  • Ahli: 38 persatuan bola sepak negeri yang bergabung.

Kecemasan[sunting | sunting sumber]

Kewangan dan Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Pasukan Pengurusan Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-20 Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-17 Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-15 Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pertandingan tempatan[sunting | sunting sumber]

  • Pengerusi: YH Dato’ Afandi Hamzah.
  • Timbalan Pengerusi: Datuk S. Sivasundram

Undang-undang dan Peraturan[sunting | sunting sumber]

Pertandingan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

  • Pengerusi: Datuk Rozabil Abdul Rahman
  • Timbalan Pengerusi: Datuk Sudarsono Osman

Jabatan Pelesenan Kelab FAM[sunting | sunting sumber]

Jabatan Pelesenan Kelab FAM akan mengendalikan semua kelab-kelab bola sepak yang berkaitan hal lesen bagi kelab-kelab bola sepak di Malaysia untuk menyertai pertandingan Liga Super Malaysia, Liga Perdana Malaysia, Liga FAM, Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia.[5] Ia juga boleh mendapatkan kelab-kelab bola sepak untuk menyertai kejohanan Liga Juara-Juara AFC dan Piala AFC .[6] Jabatan Pelesenan Kelab FAM akan mengeluarkan dua dokumen bagi lesen kelab, iaitu:-

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]