Pergi ke kandungan

Keluang Mariana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keluang Mariana
CITES Appendix I (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Chiroptera
Keluarga: Pteropodidae
Genus: Pteropus
Spesies:
P. mariannus
Nama binomial
Pteropus mariannus
Desmarest, 1822
Julat keluang Mariana
Sinonim

Pteropus keraudren Quoy & Gaimard, 1824

Keluang Mariana (Pteropus mariannus), turut dikenali sebagai keluang Marianas,[3] ialah kelawar mega yang hanya dijumpai di Kepulauan Mariana, dan Ulithi (sebuah atol di Kepulauan Caroline).[4] Kehilangan habitat mendorongnya ke status terancam, dan ia tersenarai sebagai terancam oleh US Fish and Wildlife Service. Pemburuan, kehilangan habitat dan perkenalan spesies ceroboh telah menyumbang kepada penurunan spesies ini.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Keluang Mariana ialah kelawar bersaiz sedang yang beratnya 0.6 hingga 1.1 lb (270 hingga 500 g), dan mempunyai panjang lengan depan 5.3 hingga 6.1 in (13.4 hingga 15.6 cm). Si jantan spesies ini sedikit lebih besar daripada si betina. Abdomennya berwarna daripada hitam hingga perang, dengan rerambut kelabu. Selubung dan lehernya berwarna perang terang hingga perang keemasan, dan kepalanya berubah-ubah daripada perang ke hitam. Telinganya bulat dan matanya besar, memberikannya ciri-ciri keasuan, dengan itu banyak kelawar mega dipanggil "flying fox" (rubah terbang) dalam bahasa Inggeris.[5]

Pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]

Pada 2001, populasinya dianggarkan berjumlah antara 300 dan 400 ekor kelawar di Sarigan.[6] Jumlah populasi terkini tidak diketahui, namun satu kepadatan diketahui ada di Titik Ritidian di Guam.[7] Pada 2013, Bat Conservation International menyenaraikan spesies ini sebagai satu daripada 35 spesies dalam senarai keutamaan pemuliharaan dunianya.[8]

Subspesies

[sunting | sunting sumber]

Pteropus mariannus mempunyai tiga subspesies:[4]

  • P. m. mariannus (keluang Mariana Guam)
  • P. m. paganensis (keluang Mariana Pagan)
  • P. m. ulthiensis (keluang Mariana Ulithi)
  1. ^ Mildenstein, T. (2020). "Pteropus mariannus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T188566753A22083400. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-3.RLTS.T188566753A22083400.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
  3. ^ "Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2808". Act No. 686  2008. m/s. 1–108. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2023-09-16. Dicapai pada 2023-09-16.
  4. ^ a b Templat:MSW3 Chiroptera
  5. ^ "Mariana fruit Bat (=Mariana flying fox) (Pteropus mariannus mariannus)" Diarkibkan 2009-02-26 di Wayback Machine, U.S. Fish & Wildlife Service Environmental Conservation Online System
  6. ^ Johnson, Nathan C.; Wiles, Gary J. (Oktober 2004). "Population size and natural history of Mariana fruit bats (Chiroptera: Pteropodidae) on Sarigan, Mariana Islands" (PDF). Pacific Science. Honolulu: University of Hawaii Press. 58 (4): 585. doi:10.1353/psc.2004.0044. hdl:10125/2744. S2CID 84109386.
  7. ^ Maxfield, Barbara (2009-07-22). "Guam National Wildlife Refuge Draft Comprehensive Conservation Plan Released for Public Review and Comment" (PDF). US Fish and Wildlife Service. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-07-19. Dicapai pada 2012-02-21. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  8. ^ "Annual Report 2013-2014" (PDF). batcon.org. Bat Conservation International. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada Julai 7, 2017. Dicapai pada Mei 1, 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]