Kem tahanan Jasenovac

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pelan kem utama Jasenovac

Kem tahanan Jasenovac (Serbia-Croatia: Logor Jasenovac/Логор Јасеновац, disebut [lôːgor jasěnoʋat͡s]; Bahasa Yiddish: יאסענאוואץ) merupakan kem penghapusan yang dibina di Slavonia yang dibina oleh pihak berkuasa Negara Merdeka Croatia ketika Perang Dunia Kedua. Kem ini telah ditubuh oleh kerajaan rejim Ustaše dan tidak dikendalikan oleh Jerman Nazi.[1] Ia merupakan salah satu kem tahanan terbesar di Eropah. [2] dan telah dirujuk sebagai "Auschwitz Balkan dan "Auschwitz Yugoslavia".[3]

Ia telah dibina pada Ogos 1941 di atas sebuah tanah lapang di antara pertemuan Sungai Sava dan Una berhampiran kampung Jasenovac. Kem ini dibongkar pada bulan April 1945. Ia terkenal kerana "amalan kekejaman dan jumlah mangsa yang besar".[4] Di Jasenovac, kebanyakan mangsa adalah dari etnik Serbia, selain Yahudi, Rom dan beberapa penentang politik rejim Ustaše. Jasenovac merupakan sebuah komplkes dengan lima buah kem kecil[5] sekitar lebih 210 km2 (81 bt2) di tebing Sungai Sava dan Una. Kem terbesar adalah kem "Brickworks" kira-kira 100 km (62 mi) tenggara Zagreb. Keseluruhan kompleks termasuklah kem kecil Stara Gradiška, tapak pembunuhan, lima buah ladang kerja dan kem Rom Uštica.[6][7]

Jumlah mangsa[sunting | sunting sumber]

Mayat-mayat banduan Jasenovac di Sungai Sava[8]

Semasa dan sejak Perang Dunia Kedua, terdapat debat dan kontroversi mengenai jumlah mangsa yang dibunuh di kem tahanan Jasenovac sepanjang ia beroperasi selama lebih daripada tiga tahun setengah. Pada tahun 1964, pemerintah Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia menjalankan sebuah kaji selidik populasi dan laporan menunjukkan seramai 59,188 orang telah terbunuh, dan laporan itu tidak dikeluarkan sehinggalah tahun 1989.[9] The survey results showed a far lower figure of 59,188 killed at Jasenovac, of whom 33,944 were recorded as Serbs.[10] Ahli akademik Croatia, Vladimir Žerjavić pula dalam buku yang diterbitkannya pada tahun 1989 dan 1992 menyatakan seramai kira-kira 83,000 orang telah terbunuh di Jasenovac. Angka yang diberikan oleh Žerjavić telah dibantah oleh pengarah Muzium Mangsa Genosid di Belgrade, Milan Bulajić yang mempertahankan angka beliau iaitu 1.1 juta orang terbunuh, walaupun kemudiannya ditolak sebagai "tiada nilai ilmiah". Namun, sejak persaraan Bulajić dari jawatannya pada tahun 2002, pihak muzium tidak lagi mempertahankan angka 700,000 hingga 1 juta mangsa kem. Pada tahun 2005, Dragan Cvetković, seorang penyelidik dari Muzium dan juga seorang penulis Croatia telah menerbitkan sebuah buku dengan menyatakan terdapat kira-kira 100,000 orang mangsa di Jasenovac.[10]

Muzium Memorial Holokus Amerika Syarikat di Washington, D.C. menyatakan anggaran mangsa pembunuhan rejim Ustaša adalah di antara 77,000 dan 99,000 orang di Jasenovac di antara tahun 1941 dan 1945, yang terdiri daripada; "45,000 hingga 52,000 orang Serbia; 12,000 hingga 20,000 orang Yahudi; 15,000 dan 20,000 orang Rom (Gypsy); dan 5,000 hingga 12,000 etnik Croatia dan Muslim, penentang politik dan agama rejim."[7][10] Tapak Memorial Jasenovac Memorial turut melaporkan jumlah yang serupa iaitu 80,000 and 100,000 orang mangsa.[6]

Bunga Batu[sunting | sunting sumber]

Bunga Batu, monumen yang didirikan untuk mangsa di Jasenovac, Slovania

Sebuah monumen mangsa kekejaman Ustaše semasa Perang Dunia Keduayang dikenali sebagai "Bunga Batu" (Bahasa Croatia: Kameni cvijet; Templat:Lang-sr-Cyrl) telah dibina di Jasenovac. Monumen tersebut telah direka oleh Bogdan Bogdanović dan dirasmikan pada tahun 1966. Ia dibina bagi memperingati kekejaman yang dilakukan di kem tahanan Jasenovac.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ljiljana Radonić (2009), Heinz Fassmann; Wolfgang Müller-Funk; Heidemarie Uhl, eds., "Krieg um die Erinnerung an das KZ Jasenovac: Kroatische Vergangenheitspolitik zwischen Revisionismus und europäischen Standards" (dalam bahasa German), Kulturen der Differenz- Transformationsprozesse in Zentraleuropa nach 1989 (Göttingen: V&R unipress): pp. 179
  2. ^ Pavlowitch 2008, m/s. 34.
  3. ^ Dedijer 1992.
  4. ^ Tomasevich 2001, m/s. 399.
  5. ^ Brietman (2005), p. 204
  6. ^ a b Official website of the Jasenovac Memorial Site
  7. ^ a b United States Holocaust Memorial Museum
  8. ^ The bodies of Jasenovac prisoners floating in the Sava River.
  9. ^ Federal Bureau of Statistics in 1964; published in Danas, 21 November 1989
  10. ^ a b c Kolstø 2011, m/s. 226–41.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku
Jurnal
  • Byford, Jovan (2007). "When I say "The Holocaust," I mean "Jasenovac": Remembrance of the Holocaust in contemporary Serbia". East European Jewish Affairs. 37 (1): 51–74. doi:10.1080/13501670701197946. 
Laman web

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Witness to Jasenovac's Hell. Ilija Ivanović (with Wanda Schindley, ed.), Aleksandra Lazic (translator), Dallas Publishing, 2002
  • State Commission investigation of crimes of the occupiers and their collaborators in Croatia (1946). Crimes in the Jasenovac Camp. Zagreb. 
  • Ustasha Camps by Mirko Percen, Globus, Zagreb, 1966; 2nd expanded printing 1990.
  • Ustashi and the Independent State of Croatia 1941–1945, by Fikreta Jelić-Butić, Liber, Zagreb, 1977.
  • Romans, J. Jews of Yugoslavia, 1941– 1945: Victims of Genocide and Freedom Fighters, Belgrade, 1982
  • Antisemitism in the anti-fascist Holocaust: a collection of works, The Jewish Center, Zagreb, 1996.
  • The Jasenovac Concentration Camp, by Antun Miletić, Volumes One and Two, Belgrade, 1986. Volume Three, Belgrade, 1987 (2nd edition, 1993).
  • Hell's Torture Chamber by Đjorđe Milica, Zagreb, 1945.
  • Die Besatzungszeit das Genozid in Jugoslawien 1941–1945 by Vladimir Umeljić, Graphics High Publishing, Los Angeles, CA, 1994.
  • Srbi i genocidni XX vek (Serbs and 20th century, Ages of Genocide) by Vladimir Umeljić, (vol 1, vol 2), Magne, Belgrade, 2004
  • Kaputt, by Curzio Malaparte; translated by Cesare Foligno, Northwestern University Press, Evanston, IL, 1999.
  • Der kroatische Ustascha-Staat 1941–1945, by Ladislaus Hory and Martin Broszat, Deutsche Verlags-Anstalt, Stuttgart 1964.
  • Novak, Viktor (2011). Magnum Crimen: Half a Century of Clericalism in Croatia. 1. Jagodina: Gambit. 
  • Novak, Viktor (2011). Magnum Crimen: Half a Century of Clericalism in Croatia. 2. Jagodina: Gambit. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]